About Me

Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea

Sebulan yang lalu, kumpulan guru-guru Malaysia yang pernah ke Korea bagi Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea (KOMTEP) telah dimaklumkan mengenai suatu peluang terbaik, sekali lagi untuk berkongsi pengamalan kami selepas kembali ke Malaysia. 


Delegasi Malaysia ke Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Delegasi Malaysia ke Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea

28 orang guru dari seluruh Malaysia; 12 daripada batch tahun 2014, 10 daripada batch 2015 dan 6 daripada batch 2016 berpeluang untuk menjadi wakil Malaysia ke Konferens antarabangsa, SSAEM (Sharing Stories on Asia Pasific Education Movement) 2016 di Seoul, Korea. Ya. Bakal ke Korea sekali lagi! 



Idea Awal Pembentangan
Daripada 28 orang, hanya 6 guru yang berminat untuk mencuba nasib dengan menghantar idea awal pembentangan. Dan daripada 6 tersebut, 2 orang guru telah terpilih mewakili Malaysia, walaupun pada awalnya hanya dimaklumkan mungkin seorang guru sahaja yang bakal ditanggung oleh APCEIU-UNESCO. 


Idea ringkas untuk pembentangan di SSAEM 2016 didraf kasar
Idea ringkas untuk pembentangan di SSAEM 2016 didraf kasar

Alhamdulillah. Rezeki menyebelahi saya pada kali ini. Idea ringkas mengenai pembentangan saya telah terpilih bagi dibentangkan di konferens antarabangsa tersebut. Memang sangat gembira yang tak terkata. Peluang terbaik untuk saya kongsikan apa aktiviti yang saya dah buat dan laksanakan di SMK Jerlun.



Delegasi Malaysia
Selain daripada saya, delegasi Malaysia akan disertai oleh 6 orang pegawai lagi. Kami terdiri daripada pelbagai peringkat lapisan dalam sistem pendidikan Malaysia.



Delegasi Malaysia ke Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Delegasi Malaysia ke Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea

1. Datuk P Kamalanathan (Timbalan Menteri Pendidikan I)
2. Datuk Suliaman Wak (Pengarah Bahagian EPRD)
3. Dr Noor Zaila (Timb Pengarah Dasar di BPG)
4. Cik Siti Mariam (Pen Pengarah Dasar di BPG)
5. Encik Sazali (Pengetua SM Pendidikan Khas Shah Alam)
6. Cik Pauline (KOMTEP 2015 / SJKC Keh Seng, Melaka)
7. Encik Norhailmi (KOMTEP 2015 / SMK Jerlun, Kedah)

Datuk P Kamalanathan yang juga merupakan ketua delegasi Malaysia juga diberikan peluang memberikan ucapan sebagai VIP utama bagi konferens yang dijalankan. Bangga woo, perjalanan kali ini ditemani oleh Timbalan Menteri Pendidikan! :)



Tiba di Korea
Penerbangan ke Korea pada 6 Disember kali ini adalah dengan menggunakan Korean Air. Penerbangan 6 jam tersebut daripada Kuala Lumpur dan tiba di Incheon, Seoul, Korea pada jam 7 pagi. Untuk pengetahuan, waktu di Korea, adalah sejam lebih cepat berbanding Malaysia. 


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Korean Air 

Sedikit cemas apabila saya tiba-tiba dibawa ke Pejabat Imigresen. Bila ditanya, pegawai hanya bertutur dalam bahasa Korea. Lagi lah cemas saya apabila melihat seorang warga luar, Nepal yang juga turut berada dalam bilik yang sama. 

Bila dah lama sikit, baru lah saya faham kenapa. Rupanya mereka sedikit pelik melihat pasport saya yang memiliki cop ke Korea selama 3 bulan pada tahun lepas. Mujurlah surat jemputan ke konferens tersebut dan juga maklumat penerbangan ada bersama saya. Selepas ditunjukkan surat tersebut, maka saya diberikan laluan belakang untuk keluar. Huhuhu..


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Selesa di Sheraton D-Cube Seoul City Hotel. Sorang dapat satu bilik ok

Seterusnya kami disambut oleh agensi dan dibawa ke tempat menginap, iaitu Hotel Sheraton D-Cube City. Hotel ini juga pernah digunakan untuk pasukan kami menginap untuk final presentation pada tahun lepas. Maka, agak familiar walaupun pening dengan konsep bangunan hotel bersama shopping complex.



Welcoming Dinner
Hari kedua, kami hanya diberikan masa untuk berehat. Seharian di hotel. Banyak lagi delegasi daripada negara lain yang belum tiba, ekoran masa penerbangan yang berbeza. Cuma pada sebelah malamnya diadakan welcoming dinner untuk semua delegasi. 



Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Welcoming dinner delegasi Malaysia bersama Jay dan Han

Di sini lah baru bertemu dengan rakan-rakan delegasi daripada negara lain yang terlibat dalam program APTE (Asia Pasific Teacher Exchange) ini. Antaranya adalah daripada Indonesia, Filipina, Mongolia, dan Vietnam.

Beberapa negara yang baru menyertai program pertukaran guru ini juga ada. Antaranya adalah delegasi daripada negara Thailand dan juga delegasi daripada negara Cambodia yang akan menyertai program ini pada tahun hadapan. 

Wah! Makin meriah..

Welcoming dinner hanya melibatkan ucapan ringkas daripada wakil delegasi negara masing-masing. Ringkas dan padat. So semua dapat makan cepat-cepat, sambil berborak dengan wakil delegasi daripada negara lain.



Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Mr Kim JaeHong atau juga Jay, wajah familiar bagi guru Malaysia dalam KOMTEP

Dan paling saya gembira adalah apabila dapat bertemu dengan focal point di Korea bagi batch kami, iaitu Mr Kim Jay Hoong yang kini sudah naik pangkat ke bahagian lain. Jay sudah tidak lagi mengendalikan pasukan guru Malaysia kerana terlibat dalam menyediakan kurikulum Global Citizenship bagi beberapa buah negara yang menggunakan khidmat UNESCO. Tugas Jay kini dikendalikan oleh Han. 



The Conference Day
Bagi memastikan segalanya berjalan dengan baik, maka saya bersedia lebih awal pada hari ini. Saya dan Pauline, rakan batch KOMTEP 2015 sama-sama akan berkongsikan best practises kami. Bezanya, saya diberikan slot pada sesi plenary, manakala Pauline diberikan slot pada sesi concurrent (selari) yang akan berlangsung di 3 bilik serentak.


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea

Sesi plenary bermaksud, semua delegasi dan peserta akan berada di dalam dewan besar bagi mendengar sesi perkongsian daripada wakil setiap negara. 

Walaupun pada mulanya, dimaklumkan akan diberikan masa 8 minit untuk saya bentangkan follow-up activities saya, beserta dengan slide pembentangan; tetapi atas sebab masa, maka sesi pembentangan pada sesi plenary ditukarkan kepada bentuk discussion, dengan masa yang diberikan hanya 3 minit.


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Bersama rakan guru dari Filipina dan juga Indonesia

Setiap negara akan menghantar 2 wakil, iaitu seorang mewakili kementerian, manakala lagi seorang akan mewakili guru. Untuk Malaysia, Datuk Suliaman Wak (Pengarah Bahagian EPRD) mewakili kementerian, manakala saya mewakili guru. 

Serius saya katakan sangat berbangga dapat peluang untuk berada di atas pentas tersebut. Bukan sekadar menyertai konferens peringkat antarabangsa, tetapi juga dapat menyumbangkan idea perkongsian bersama guru dan pegawai pendidikan yang lain. Lain sungguh perasaannya!


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Bagi wakil Malaysia, saya dan Datuk Suliaman Wak (Pengarah EPRD) mengambil tempat

Apatah lagi saya juga dimaklumkan, bahawa video saya digunakan untuk ditayangkan di dalam dewan sebelah sebagai bahan pameran daripada Malaysia. Best sangat!


Untuk perkongsian pada slot saya, saya dikehendaki menjawab soalan apakah impak dan kes spesifik yang telah saya laksanakan di Malaysia sekembalinya saya dari Korea pada tahun lepas.



Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
It's me in action! Hahahahha

Saya mulakan jawapan dengan latar belakang murid sekolah saya, SMK Jerlun yang 90% terdiri daripada keluarga dengan pendapatan rendah. 63% merupakan anak petani dan 25% anak nelayan. 

Kemudian saya kongsikan ada 3 perkara yang telah dijalankan oleh saya di sekolah, iaitu:

1. Integrasikan seni dalam pembelajaran Sains
Seni digunakan sebagai bahan untuk menarik minat murid mempelajari subjek Sains. Pelajar akan melukis, mewarna, buat model bagi meningkatkan keyakinan diri terhadap kepintaran yang pelbagai. 


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Seni dalam Sains

2. Penggunaan ICT dalam pembelajaran murid
Saya seorang pengguna tegar teknologi dalam pendidikan. Saya gunakan ICT untuk mengajar. Tetapi yang lebih penting adalah sejauh manakah, saya mampu membuatkan pelajar saya menggunakan ICT untuk mereka belajar. 


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Penggunaan Teknologi untuk pendidikan

3. Kesedaran tentang Global Citizenship
Kita tidak boleh nafikan tentang peluasan konsep 'rakyat' pada zaman sekarang yang lebih meluas. Sebagai guru, kita perlu sediakan murid kita supaya berilmu dan tahu untuk 'menempatkan' diri mereka pada tempat yang sepatutnya, terutamanya bila ada interaksi dengan masyarakat luar.


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Cakna terhadap budaya luar

Walaupun hanya 3 minit, tetapi saya harapkan perkongsian ini dapat memberi idea yang baik untuk rakan guru di negara lain juga. Tetapi rata-rata maklumbalas yang saya dapat dari rakan negara lain, sebenarnya mereka sangat berminat dengan bagaimana cara saya menerapkan penggunaan seni dalam pembelajaran Sains. Sesuatu yang boleh saya kembangkan dengan lebih baik lepas ini.



Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Guru-guru Korea yang berada di luar negara diberi penghormatan

Sesi plenary kemudiannya diteruskan dengan sesi concurrent di tiga bilik yang berbeza. Kebanyakannya adalah pembentangan daripada guru Korea yang mengikuti program pertukaran di negara lain, serta guru Filipina yang masih berada di Korea. 


Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Bersama guru-guru Korea yang ke Malaysia pada September hingga November yang lalu

Majlis penutupan berlangsung pada sebelah petang dengan sebahagian besar peserta sudah tidak berada di majlis. Delegasi kemudiannya terus bergerak ke Sungai Han bagi sesi makan malam. 


Saya lebih gembira kerana guru mentor saya, Mr Kim dan juga pengetua sekolah saya di Korea, Mr Bae sanggup datang jauh daripada Daegu untuk bertemu dengan saya di sini. Malah mereka juga mengambil keputusan untuk bermalam di Seoul, sebelum pulang pada esok hari. 



Mr Kim dan Mr Bae bergambar kenangan dengan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan
Mr Kim dan Mr Bae bergambar kenangan dengan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan

Pembentangan Antarabangsa di SSAEM 2016, Korea
Sesi minum kopi bersama Mr Kim dan Mr Bae

Sesi malamnya, kami minum kopi bersama beberapa lagi pegawai dan guru dari Malaysia yang turut mereka kenali pada pertemuan sebelum ini. 



Cultural Visit
Awal pagi ini dimulakan dengan sesi jalan-jalan di kawasan sekitar hotel. Mr Kim dan Mr Bae masih setia menemani kami menikmati keindahan musim sejuk di Korea. Angin sejuk dengan suhu -4 selsius benar-benar membawa erti yang mendalam dalam persahabatan Malaysia - Korea ini.


Mr Kim dan Mr Bae sanggup datang jauh dari Daegu bagi bertemu dengan saya. Kamsahamnida!
Mr Kim dan Mr Bae sanggup datang jauh dari Daegu bagi bertemu dengan saya. Kamsahamnida!

Sesi jalan-jalan diakhiri dengan aktiviti yang paling digemari oleh orang Korea, iaitu minum kopi. Memang terasa nikmatnya bila tengah sejuk-sejuk dengan winter, kemudian dapat berehat dan santai untuk minum kopi panas. Fuuhhhh.. nikmat weyh!

Sambil menikmati kehangatan kopi, kami berbincang mengenai perbezaan budaya di dunia, bertumpu kepada kesan daripada pelaksanaan program ini. Saya agak tersentuh terutamanya bila Mr Bae menyatakan beliau dan anak murid di sekolah beliau banyak mendapat pendedahan mengenai Islam melalui program ini.


Mr Kim dan Mr Bae sanggup datang jauh dari Daegu bagi bertemu dengan saya. Kamsahamnida!
Minum kopi lagi untuk say goodbye!

Sebelum ini, sangat kurang maklumat yang mereka tahu mengenai Islam. Dan apabila berpeluang mendapatkannya melalui saya dan guru Indonesia pada tahun sebelumnya, persepsi mereka benar-benar berubah. Malah kata beliau, langsung tak sama seperti yang diperolehi daripada TV!

Dan daripada sana, sebenarnya kata Mr Bae, walaupun kita mungkin kelihatan tidak sama secara luaran, dari segi berpakaian, budaya, bahasa, tapi sebenarnya dari segi dalaman, rasa baik, rasa berkasih sayang, rasa simpati semuanya adalah sama. Universal. 

Perbincangan selesai, apabila kami perlu mengucapkan selamat tinggal buat Mr Kim dan Mr Bae. Sangat gembira saya dapat berjumpa dengan mereka bagi pertemuan kali ini.

Kami pula pada waktu tengah hari nya dibawa melawat ke DDP, iaitu Dongdaemun Design Plaza. Saya sudah pernah berada di kawasan seperti kapal angkasa ini pada waktu malam. Pemandangan nya sangat indah sekali. Namun pada waktu siang juga kelihatan sangat indah rekabentuk bangunannya.


Fly Hailmi fly. Fly above the sky!

Wefie bersama di Dongdaemun Design Plaza, DDP
Wefie bersama di Dongdaemun Design Plaza, DDP

Kami diberikan masa free and easy tour selama 3 jam di sini. Puas juga membelek pakaian dan barangan lain di bangunan shoping complex yang berdekatan. Memang cantik-cantik baju Korea nih. Stylo mylo. 

Tapi sayangnya, disebabkan kami datang pada musim winter, maka pakaian yang ada juga kebanyakkan nya adalah pakaian winter. Serius lawa. Tapi tak praktikal kalau nak beli untuk dipakai di Malaysia. Maka, tengok saja lah..



Hari Akhir di Seoul
Hari terakhir kami di Seoul, tiada apa yang istimewa. Hanya menanti masa untuk pulang. Perlu check out pada jam 12 dan seterusnya bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pada jam lebih kurang 5 petang. 

Kali ini semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada banyak kerenah birokrasi untuk saat mahu pulang ini. Penerbangan pulang juga tanpa sebarang kesulitan. Semuanya berakhir dengan sangat baik.



Wefie terbaik untuk tahun ini, bersama Datuk P Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I
Wefie terbaik untuk tahun ini, bersama Datuk P Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I

Hasil dapatan daripada penyertaan konferens antarabangsa ini juga pada saya sangat baik. Selain berpeluang untuk menambah kenalan guru daripada negara lain, saya sendiri dapat merasakan peningkatan professionalisme dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. InshaAllah pengalaman ini akan dikongsikan dengan lebih ramai warga pendidikan selepas ini. Amin!



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kena tunggu 10 hari baru dapat siap kan lengkap. Hari-hari pon kena videokan macam acah buat dokumentari National Geographic 9apps.

    BalasPadam