About Me

Idea P&P Sains : Pola Pertumbuhan Manusia

Bagi tajuk pertumbuhan, kali ini saya buat sedikit kelainan bersama pelajar saya. Biasanya hanya berada sesi dalam kelas / makmal, tetapi kali ini saya nak bawak mereka ke luar. Maka saya beri tugasan kepada mereka. Tugasannya adalah menyediakan satu drama pendek bagi tajuk Pola Pertumbuhan Manusia. 


Idea P&P Sains : Pola Pertumbuhan Manusia


Kaedah ini juga dikenali sebagai role-play. Pelajar main peranan. Bahasa mudahnya, berlakon. Jarang sekali juga kita dedahkan pelajar dengan pendekatan yang sebegini. Tetapi tidak salah untuk mencuba. Apatah lagi jika kita ada sekumpulan pelajar yang amat berdedikasi tinggi dalam melaksanakan tugasan.

Jika ingin mengadakan pendekatan role-play sebegini, antara beberapa cabaran yang mungkin kita akan menghadap adalah:
1. Pelajar tidak tahu teknik lakonan
2. Pelajar malas menyediakan bahan sokongan untuk berlakon
3. Pelajar malu
4. Pelajar malas untuk banyak kerja buat persiapan
5. Lakonan yang dijalankan tiada kena mengena dengan tajuk

Maka untuk menangani masalah ini, saya mulakan dengan arahan yang jelas. Saya percaya, jika arahan kita jelas, dan tidak mengelirukan, pasti pelajar akan dapat melaksanakan tugasan dengan baik.


Idea P&P Sains : Pola Pertumbuhan Manusia


Berikut adalah antara beberapa arahan yang saya jelaskan kepada pelajar:
1. Pengarah (ketua kumpulan) dilantik bagi memastikan kerja-kerja persiapan dijalankan mengikut masa
2. Setiap ahli perlu dilantik dan mempunyai tugas masing-masing. Tiada ahli tidur.
3. Skrip perlu disediakan untuk disemak dalam bentuk folio berkumpulan
4. Tempoh durasi lakonan adalah dalam masa 10 minit.
4. Lakonan bebas, tetapi perlu mengandungi perkara-perkara penting dalam pembelajaran.
5. Saya senaraikan juga kepada pelajar beberapa kata kunci yang perlu ada dan dikaitkan dalam lakonan mereka. Antaranya adalah 5 fasa pertumbuhan, bayi paling cepat, remaja lelaki, remaja perempuan, akil baligh, perubahan fizikal, nutrisi, dewasa, orang tua, pertumbuhan negatif.
6. Setiap kumpulan perlu menggunakan prop yang tersendiri (bagi mengelakkan ada kumpulan yang datang melenggang)
7. Maklumkan kepada pelajar bahawa ada guru / pelajar dari kelas lain akan dijemput untuk menjadi penonton mereka. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat dan bersungguh membuat persiapan lebih baik. 
8. Jika tiada guru / pelajar kelas lain yang mahu hadir, gunakan kamera video bagi merakamkan persembahan mereka. Ini pun berfungsi sama macam di atas.


Idea P&P Sains : Pola Pertumbuhan Manusia


Tempoh masa diberikan untuk persiapan adalah 3 hari. Ketua perlu menghantar skrip dalam bentuk folio berkumpulan selewat-lewatnya sejam sebelum persembahan. Masa persembahan adalah menggunakan 2 masa pdp. 


Maka pada hari kejadian, persembahan pun berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah tiada masalah yang mendesak. Beberapa orang rakan guru datang memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang terpuji. 

Banyak kelebihan yang saya lihat pada persembahan mereka. Kesungguhan mereka semua kumpulan saya bagi A+! Terbaik dari ladang. Cukup komited. Beberapa penambahbaikan juga dimaklumkan kepada mereka sejurus tamat semua kumpulan membuat persembahan. Boleh lihat sendiri dalam video  kompilasi di bawah.




Secara keseluruhannya memang saya sangat berpuas hati dengan kualiti komitmen dan usaha mereka. Sungguh mengkagumkan. Tak sangka sehingga begitu sekali mereka sanggup berusaha menunaikan tugasan dengan sebaik mungkin. Memang saya puji. Walaupun ada serba sedikit kekurangan pada persembahan, tetapi usaha mereka itu menunjukkan mereka sudah mencuba yang terbaik. 

InshaAllah jika ada topik lain yang sesuai, pasti saya akan cuba lagi!




Catat Ulasan

0 Ulasan