.

.

KARTiKEL

Ahad, 3 April 2016

Perkongsian Pengalaman di Korea dengan Guru Cemerlang Kubang Pasu

Sekali lagi saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman 80 Hari di Korea. Kali ini bersama-sama dengan rakan-rakan guru cemerlang melalui anjuran Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu. Majlis bertempat di SM Sultan Abdul Halim. Tujuan perjumpaan adalah bagi membincangkan isu terkini dalam MGC Kubang Pasu, tapi diselitkan juga sesi 1 jam bagi dikongsi dengan rakan guru lain.


Perkongsian Pengalaman di Korea dengan Guru Cemerlang Kubang Pasu
Perkongsian pengalaman 80 Hari di Korea dengan Guru Cemerlang daerah Kubang Pasu

Seperti biasa saya gunakan Prezi bagi mempersembahkan perkongsian saya.  Prezi yang sama digunakan semasa pembentangan akhir semasa di Korea. Bagi saya persembahan tersebut, lengkap mengandungi semua maklumat seperti yang diperlukan oleh audiens saya. Tambahan pula, Prezi yang sedia interaktif dan juga lengkap beserta video berupa bukti kukuh untuk setiap maklumat yang dikongsikan.


Perkongsian Pengalaman di Korea dengan Guru Cemerlang Kubang Pasu


Alhamdulillah, perkongsian banyak memberikan idea dan perspektif baharu buat rakan guru lain. Rata-rata mereka memang amat kagum dengan fasiliti dan juga sikap dalam bidang pendidikan di Korea. Walaupun, agak berbeza jika nak dibandingkan dengan sistem pendidikan di Malaysia, namun saya rasa kita juga bergerak ke arah yang sama.

Saya cuma berharap, melalui perkongsian yang lebih banyak seperti ini boleh membuka mata lebih ramai warga pendidik, tak kira di lapisan mana kita berada, supaya lebih kuat berusaha mentransformasikan pendidikan di negara kita. Mesti kerja bersama-sama. Bukan saling tunjuk menunjuk. Jom kita kerja kuat! 




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan