.

.

KARTiKEL

Jumaat, 15 April 2016

10 Kaedah Pembelajaran Koperatif Abad 21

Bagi merealisasikan Pembelajaran Abad 21, guru haruslah lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk murid. Pelbagai kaedah dan strategi p&P boleh digunakan bagi membolehkan murid berkolaborasi dan lebih aktif belajar. Di sini saya kongsikan beberapa kaedah pembelajaran Koperatif yang boleh digunakan bagi Pembelajaran Abad 21. Selamat mencuba!


10 Kaedah Pembelajaran Koperatif Abad 21



1. Kaedah Jigsaw
a. Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan 
b. Dalam kumpulan tersebut ahli dibahagikan kepada nombor tertentu 1 - 2 - 3 - 4
c. Semua pelajar yang memegang No.1 akan bergerak ke Stesyen No.1 bagi berbincang dengan ahli daripada kumpulan lain yang juga memegang No.1
d. Demikian juga dengan No.2, No.3 dan No.4
e. Selesai perbincangan mengenai topik mereka, pelajar akan kembali ke kumpulan asal dan menjadi pakar bagi topik berkenaan
f. Mereka akan berkongsi hasil perbincangan di group tadi bersama rakan kumpulan asal.


2. Kaedah Make a Match
a. Guru menyiapkan beberapa kad yang tertulis konsep atau topik
b. Setiap pelajar dapatkan sekeping
c. Kemudian mereka akan mencari rakan kelas yang juga memegang kad dengan topik yang sama
d. Pelajar berbincang menyelesaikan tugas secara bersama-sama
e. Pelajar diuji dengan buat persembahan atau kuiz


3. Kaedah Bertukar Pasangan
a. Setiap pelajar mendapat satu pasangan
b. Guru memberikan tugas dan pelajar mengerjakan tugasan dengan pasangan mereka
c. Setelah selesai setiap pasangan bergabung dengan pasangan yang lain
d. Masing-masing akan saling bertanyakan soalan dan mengukuhkan jawapan mereka
e. Hasil perbincangan kemudian dikongsikan semula dengan pasangan asal. 


4. Kaedah Share n Turn
a. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
b. Duduk dengan kawan atau kumpulan
c. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam
          A ke B
          B ke C
          C ke D
          D ke A atau
          Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kita semula yang mengandungi 4 isi atau idea.


5. Kaedah Think Pair Share
a. Berfikir sendirian
b. Bercakap dengan rakan berdua
c. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
d. Rakan yang lain boleh menyoal (soalan diberi oleh guru)


6. Kaedah Gallery Walk
a. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain (guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
b. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
c. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.




7. Kaedah Rally Robin
a. Guru menyoal atau bertanya pelajar
b. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
c. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan


8. Kaedah Menyoal dan Bimbing
a. Meminta pelajar menulis soalan di kad
b. Jawapan ditulis di belakang
c. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
d. Kad diserahkan kepada pelajar
e. Masa diberi untuk pelajar baca soalan dan jawapan
f. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal
g. Pemegang kad memberi klu untuk menjawab soalan tersebut
h. Bertukar rakan untuk soal dan jawab


9. Kaedah Idea Rush
a.  Fikir apa yang guru soal
b. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
c. Pelajar lain tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
d. Kumpulan semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik


10. Kaedah Fan n Pick
a. Duduk dalam kumpulan
b. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri 
   Cth : 1 - 2 -3 - 4
c. Tunggu guru memberi kad
d. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan menjawab soalan
        No. 1 : ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
        No. 2 : menjawab soalan
        No. 3 : menilai jawapan betul atau salah
        No. 4 : merumus jawapan tersebut


Bagi yang dah mencuba kaedah-kaedah di atas, jemput lah juga berkongsi maklumbalas. Semoga perkongsian anda mendapat rahmat Allah. 





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan