About Me

Kempen Minum Air Elak Strok Haba dan Dehidrasi

Dengan keadaan negara kita yang semakin panas akibat fenomena el nino yang melanda dunia, maka beberapa langkah perlu diambil bagi mengatasi cuaca panas ini. Kesan seperti strok haba dan juga dehidrasi, boleh berlaku sehingga ke tahap yang kronik dan boleh membawa kepada kematian. 


Kempen Minum Air Elak Strok Haba dan Dehidrasi


Pihak sekolah saya, melalui  Panitia Sains telah mengambil inisiatif melancarkan Kempen Minum Air 8 Gelas Sehari bagi tujuan menarik lebih ramai pelajar untuk minum air sebanyak mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku.

Kaedahnya mudah sahaja. Air bertapis disediakan di dalam bekas berpili, beserta dengan beberapa gelas polisterena. Pelajar dibenarkan untuk minum di situ. Lokasinya yang berdekatan dengan makmal Sains juga menggalakkan pelajar untuk mengambil kesempatan untuk minum seketika sebelum masuk ke kelas.


Kempen Minum Air Elak Strok Haba dan Dehidrasi


Kempen Minum Air Elak Strok Haba dan Dehidrasi


Kempen Minum Air Elak Strok Haba dan Dehidrasi


Kempen Minum Air Elak Strok Haba dan Dehidrasi


Untuk pengetahuan juga, sekolah kami belum mempunyai water cooler. Bagi sekolah baru dengan dana yang sangat terhad, tentulah ada perkara yang jauh lebih penting di mana perlu disalurkan dana tersebut. Tetapi jika ada pihak yang sudi nak menaja water cooler ini bagi kepentingan para pelajar di SMK Jerlun ini, saya sangatlah mengalu-alukan!






Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Dapatkan penapis air yang teenage k Dari kami.air yang ADA mineral Dan bersih membekalkan nutrition untuk kesihatan anda Hubungi saya 01127161998

    BalasPadam