About Me

Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik

Memperkenalkan langkah-langkah penyiasatan saintifik kepada pelajar merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh guru. Apatah lagi langkah-langkah penyiasatan saintifik ini seharusnya sudah berjaya dikuasai oleh pelajar, sebelum mereka mula belajar mengenai topik dan eksperimen lain. Untuk saya secara peribadi, ada 2 eksperimen mudah yang menjadi pilihan saya untuk dicuba oleh pelajar sekiranya jika penyiasatan saintifik ini mahu diperkenalkan kepada mereka.




1) Eksperimen  Bandul

Eksperimen mudah ini memang saya suka gunakan jika mahu menerangkan mengenai langkah-langkah penyiasatan saintifik. Ia juga mudah untuk difahami oleh pelajar. Tak perlu cikgu nak terangkan lebih-lebih. Pelajar juga boleh melakukan sendiri eksperimen mudah ini secara terbimbing.

Untuk kali pertama, biasanya saya akan memberi kebebasan kepada pelajar untuk melakukan eksperimen ini. Yang penting adalah memperkenalkan langkah penyiasatan saintifik dan kemudian memperbetulkan kefahaman mereka mengikut seperti apa yang kita kehendaki. Kena galakkan pelajar berfikir, apa yang mereka perlu buat supaya dapat berfikir secara saintifik.



Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Saya mulakan dengan pelajar bebas menggunakan sepanjang mana tali untuk bandul. Nak panjang pun boleh, nak pendek pun boleh. Mereka yang tetapkan sendiri. Guru pula pastikan sekurang-kurangnya ada satu kumpulan yang buat dengan tali pendek, dan satu dengan tali yang panjang. 

Dan kemudian mereka juga diberi kebebasan untuk mengambil masa bandul bergerak mengikut kriteria mereka sendiri. Nak tunggu 5 kali pusingan boleh. Nak tunggu sampai berhenti pun boleh. 



Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Selepas mereka jalankan buat kali pertama, mintak setiap kumpulan nyatakan apa ketetapan yang mereka telah tetapkan tadi untuk panjang tali dan juga untuk masa. Bila selesai setiap kumpulan nyatakan, maka di sini guru memainkan peranan.

Nyatakan kepada pelajar bahawa dengan pelbagai syarat ketika mengambil setiap ayunan, maka kita semua perlu tetapkan 1 sahaja jenis ayunan yang diiktiraf supaya memudahkan urusan untuk kita membandingkan data nanti. Maka saya perkenalkan pula apa yang dimaksudkan dengan satu ayunan lengkap.


Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik



Minta pelajar jalankan sekali lagi untuk 20 ayunan lengkap pula. Masih kekalkan dengan panjang tali yang sama. Selesai mereka lakukan eksperimen, minta pelajar bandingbezakan mengenai perubahan masa, bila kita gunakan tali yang panjang dan juga kita gunakan tali yang pendek. Di sini kita akan memberi idea besar kepada pelajar, bahawa panjang tali akan mempengaruhi masa yang diambil.


Setelah pelajar berjaya memberi hubungan tersebut, maka kita minta mereka mengenalpasti perkara yang perlu diubah-ubah (p/u dimanipulasikan) dan juga perkara yang akan berubah dengannya (p/u bergerakbalas). 

Pelajar berjaya menyatakan yang diubah-ubah adalah panjang tali dan yang berubah dengannya adalah masa yang diambil. Maka minta pelajar untuk mengubah-ubah panjang tali tersebut bermula daripada 10cm, kepada 20cm, kepada 30cm dan seterusnya. Dalam erti kata lain, mengawal pembolehubah.



Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik



Pantau pelajar ketika mereka mengambil bacaan masa. Ingatkan supaya mereka mencatat bacaan tersebut. Biarkan mereka jalankan eksperimen hingga selesai.

Kemudian minta pelajar tunjukkan bacaan yang mereka ambil dan bandingkan dengan setiap kumpulan. Bandingkan dari segi bagaimana mereka catatkan bacaan. Tegaskan bahawa bacaan tanpa jadual adalah sangat mengelirukan. Maka ajar pula mereka untuk buat jadual. Daripada jadual, terus kepada membuat graf, jika ada masa.



Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Setelah selesai semuanya, maka minta pelajar untuk menceritakan semula apa yang mereka buat dari A sampai Z kepada guru. Rangsang pelajar berfikir kenapa mereka perlu menulis dalam bentuk laporan supaya lebih memudahkan proses penyampaian ilmu. 



2) Eksperimen Pemanjangan Spring

Eksperimen ini juga merupakan eksperimen favorite saya. Pelajar dapat melihat dengan jelas setiap langkah penyiasatan saintifik. Guru boleh membimbing dengan baik dan memperlihatkan satu persatu langkah kepada pelajar. Kaedahnya lebih kurang sama seperti Eksperimen Bandul di atas.



Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Idea P&P Sains : 2 Eksperimen Mudah Untuk Penyiasatan Saintifik


Guru perlulah membiarkan pelajar yang menjawab dan mencuba sendiri untuk melakukan eksperimen itu satu langkah demi satu langkah. Bentuk penyoalan guru ketika membimbing pelajar adalah sangat penting dalam memastikan pelajar memahami langkah demi langkah yang ada dalam penyiasatan saintifik. 


Selamat menyiasat secara saintifik! 




Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sains itu agak mudah pada segi saintifik .... http://www.gerobokbuku.com/

    BalasPadam
  2. That's nice. It was a fine article.
    แทงบอล

    BalasPadam