.

.

KARTiKEL

Rabu, 9 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 69 (Promote Sekolah di Wolam Middle School)

Awal pagi Pengetua dah maklumkan supaya saya menyertai pasukan promosi sekolah untuk ke sekolah Wolam Middle School. Sekolah high school di Korea nih terpaksa menjalankan promosi dari sekolah ke sekolah bagi mendapatkan pelajar terbaik dari middle school. Lebih ramai pelajar yang nak datang belajar, bermakna lebih ramai pilihan yang mereka ada.


80 Hari di Korea : Hari 69 (Promote Sekolah di Wolam Middle School)


Dan bila pergi promosi, mereka bukannya sekadar buat kerja lepas tangan. Bersungguh-sungguh mereka buat. Bermula dengan majalah promosi, video dan juga kumpulan guru yang akan keluar ke semua sekolah middle school di seluruh Daegu ini. 

Walaupun datang ke Korea hanya untuk beberapa bulan, tetapi dapat lah juga saya rasa bangga sebab dapat menyumbangkan diri dalam mempromosikan sekolah Daegu Girls Commercial High School, bermula daripada penghasilan sehinggalah keluar promosi ke sekolah lain. 










Saya juga rapat dengan ketua bahagian promosi, Mr Lee Byeong Dong, kawan baik saya di sini. Maka saya juga membantu mereka secara langsung untuk fotografi dan juga video. Siapa tak bangga kan jika melihat hasil kerja  saya turut digunakan dalam majalah sekolah di Korea untuk tahun ini. Pasti jadi kenangan indah untuk saya!


Di Wolam Middle School, saya diberi peluang untuk berada bersama Mr Lee bagi promosi dalam kelas. Ada lebih kurang 6 pasukan, yang terdiri daripada 12 orang guru untuk 6 buah kelas yang berbeza. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang guru dan seorang pelajar. Setiap pasukan dibekalkan dengan bahan promosi yang terdiri daripada poster, buku dan borang kemasukan.






Disebabkan saya tidak lah mahir untuk bertutur bahasa Korea, maka saya hanya berdiri di sudut kelas sambil bergerak menangkap gambar. Sesekali Mr Lee memaklumkan saya sebagai guru pertukaran UNESCO dan peranan kami dalam menaiktaraf keterlibatan sekolah dalam pengantarabangsaan. 

Saya juga diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan secara tak langsung memperkenalkan Malaysia kepada pelajar-pelajar Korea. Walaupun hanya sebilangan kecil sahaja yang tahu mengenai Malaysia, tapi saya rasa bangga sebab dapat menjadi duta kecil Malaysia di sini. 




Bagi menunjukkan kebolehan pelajar sekolah ini, maka guru pengiring kami telah menjemput seorang pelajar yang mahir bertutur Bahasa Inggeris. Saya berbual dengan pelajar tersebut sambil bertanyakan beberapa perkara mengenai sekolah Wolam Middle School dan juga mengenai cita-citanya sebagai seorang pelajar.

Lama juga berbual dengan pelajar yang ramah ini. Pengetua saya, Mr Bae berada di samping kami untuk menjadi perantara yang lebih baik. Sebab kadang-kadang ada perkara yang perlu dijelaskan dengan lebih baik kerana faktor beza budaya. 




Selesai daripada sesi perkongsian di Wolam Middle School ini kami bergerak pulang ke sekolah. Rakan guru lain yang berada di sini, meneruskan misi promosi sekolah Daegu Yeosang ke satu lagi sekolah. Kali ini saya tak sertai sebab mengikut pengetua ke tempat lain. Walaubagaimanapun, ini adalah satu pengalaman menarik buat saya!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan