About Me

Bicara Professional KPM : Sesi Perkongsian Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea 2015

Selepas menjalani program pertukaran guru di Korea selama 3 bulan, kami diberi peluang untuk membentangkan hasil dapatan kami kepada KPM. Ternyata peluang ini sangat baik memandangkan dari pihak kami sendiri pun merasakan ada banyak hal yang mahu kami kongsikan hasil 3 bulan berada di sana. Manalah tahu dengan sedikit perkongsian ini, mampu membawa pendidikan Malaysia ke arah yang lebih baik.


Bicara Professional KPM : Sesi Perkongsian Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea 2015 KOMTEP 2015


Untuk sesi perkongsian yang berlangsung di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa ini, kami dikehendaki membentangkan aktiviti yang kami jalankan di Korea dan apa yang akan kami lakukan sebaik sahaja kembali ke Malaysia untuk peringkat sekolah masing-masing. 

Persiapan rapi perlu dilakukan juga memandangkan para tetamu hadirin yang hadir adalah pegawai daripada KPM sendiri, pegawai daripada JPN seluruh Malaysia, dan wakil sekolah masing-masing yang terlibat. Tentu banyak benda yang nak dikongsi dan perlu bersedia juga dengan pelbagai soalan yang mungkin ditanya.


Bicara Professional KPM : Sesi Perkongsian Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea 2015 KOMTEP 2015


Majlis dirasmikan oleh Puan Ee Hong, iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. Lebih mengharukan, majlis perkongsian ini adalah majlis terakhir beliau yang akan bersara tidak lama lagi. 


Saya juga diberi peluang untuk berucap bagi mewakili kumpulan guru Malaysia yang menyertai Korea - Malaysia Teacher Exchange Programme 2015 (KOMTEP 2015). Selaku ketua, saya mewakili rakan-rakan mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas peluang bernilai yang diberikan. 


Bicara Professional KPM : Sesi Perkongsian Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea 2015 KOMTEP 2015


Malah menawarkan diri untuk kembali menyumbang tenaga dan pengalaman ini di peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat kementerian sendiri jika bakti kami diperlukan.


Selesai ucapan, maka bermula lah sesi perkongsian. Sesi dimulakan dengan perkongsian daripada Kak Lela dan Rish dari Howon Elementary School dan diikuti dengan saya dan Hanne dari Daegu Girls Commercial High School.


Majlis selesai dengan jayanya. Beberapa perkongsian mendapat maklumbalas sangat positif daripada pegawai-pegawai yang menghadiri sesi ini. Diharapkan input-input yang diperolehi sepanjang pengalaman ini mampu memberi erti baru kepada pembangunan sistem pendidikan Malaysia yang lebih baik. 


Bicara Professional KPM : Sesi Perkongsian Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea 2015 KOMTEP 2015


Alhamdulillah. Dengan berakhirnya sesi perkongsian ini, bermakna selesai lah sudah perjalanan pengalaman yang sangat bermakna buat saya ini. Walaupun hanya untuk 3 bulan sahaja, tetapi impak nya meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat saya.


Saya ambil kesempatan juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua 10 rakan guru yang terlibat dalam program KOMTEP 2015 (Hanne, Adel, Pauline, Razak, Zu, Kak Lela, Rish, Syira dan Albee). 

Juga kepada pegawai-pegawai KPM yang banyak membantu sepanjang 3 bulan ini, Cik Siti Maryam, Puan Aida, Dr Roslee, Puan Rosnarizah. Juga kepada team IPBA, Dr Ghaz, Puan Norishah, Afiq, Eizhar dan Bang Azmi. Tanpa kalian, pasti pengalaman ini jadi kurang bermakna. Terima kasih!!






Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. hoho..

    terbaik beb.

    congratulations.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum cgu,
    Ada x kriteria2 trtntu yg mmbolehkan kita mngikuti program tersebut,tq

    BalasPadam