.

.

KARTiKEL

Sabtu, 19 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)

Awal pagi hari nih Son Sonsaengnim mengajak saya ke kelas. Padahal untuk minggu-minggu terakhir nih kami sebenarnya dah direhatkan untuk memberi masa kami mengemas dan buat urusan terakhir sebelum kembali ke Seoul. Tapi kali ini, penting. Sebabnya beliau nak saya melihat sendiri bagaimana pelaksanaan bagi pentaksiran amali Sains di Korea. Maka saya ambil peluang untuk ke makmal bersama Miss Son yang lawa nih.


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


Pentaksiran amali Sains ini dilakukan satu kali pada setiap semester. Biasanya akan ada 2 amali Sains yang ditaksir. Dan kedua-duanya mengambil markah lebih kurang 5 -10% untuk peperiksaan akhir nanti. 

Pelaksanaan pentaksiran dijalankan di dalam makmal. Eksperimen yang disediakan adalah eksperimen mengenalpasti asid kuat dan asid lemah serta alkali kuat dan alkali lemah. Eksperimen yang dilakukan juga mudah dengan menggunakan beberapa penunjuk khas seperti Fenoltalein dan juga Metil Jingga.


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


80 Hari di Korea : Hari 73 (Pentaksiran Amali Sains di Korea)


Dalam pentaksiran ini, guru hanya dibenarkan untuk melihat pelajar melakukan eksperimen sendiri. Pelajar pula akan melakukan yang terbaik untuk eksperimen dan menggunakan kertas edaran bagi menjawab soalan yang dikemukakan. 

Menariknya mengenai pentaksiran ini adalah kaedah atau prosedur eksperimen yang disediakan tidaklah complicated. Simple dan mudah untuk difahami dan juga dijalankan. Pelajar hanya perlu berusaha sikit untuk mengenalpasti jenis-jenis asid dan alkali. Itu pun, jadual pemerhatian sudah diberikan. 


Kesimpulan yang saya dapat buat daripada pemerhatian di sini adalah, permudahkan urusan mengendalikan eksperimen kepada pelajar dan perhebatkan bentuk soalan yang diberikan kepada pelajar. Itu lebih membantu mereka menjadi pelajar dan insan yang lebih baik. 



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan