.

.

KARTiKEL

Isnin, 21 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 77 (Majlis Perpisahan di Daegu Yeosang)

Saya ke sekolah lebih awal hari nih. Ini kerana satu majlis perpisahan peringkat sekolah akan diadakan di bilik broadcasting sebelum bermula sesi persekolahan. Sepertimana kami disambut ketika mula datang dahulu, kini tiba pula masa untuk kami mengucapkan salam perpisahan kepada semua warga sekolah Daegu Girls Commercial High School.




Untuk majlis ini, saya dan Hanne mengenakan pakaian tradisional Korea, iaitu hanbok yang dihadiahkan oleh Pengetua. Asalnya nak pakai baju nih semasa pembentangan akhir di Seoul. Tetapi memandangkan pengetua tidak dapat bersama kami semasa pembentangan tersebut kerana beliau terlibat dengan kursus, maka kami ambil inisiatif untuk memakai semasa majlis perpisahan di peringkat sekolah. Tanda menghormati hadiah pemberian tuan pengetua. 




Bersama Noona (kakak) dan cikgu Muzik, Puan Sung

Team yang menjayakan majlis perpisahan ini



Bersama kawan baik saya sepanjang di Korea ini, Mr Lee Byong Don

Majlis bermula dengan acara pengetua mengucapkan terima kasih dan juga ucapan kepada saya dan juga Hanne. Tak panjang ucapannya. Mungkin nak beri lebih banyak masa untuk kami berucap. Saya pun sempat berikan ucapan yang pendek dan padat. Sepertimana yang disukai oleh orang Korea. Lagipun saya dan Hanne sudah merancang satu persembahan khas buat warga sekolah Daegu Yeosang ini.




Tanpa pengetahuan mereka, saya dan Hanne dibantu oleh guru Muzik telah merancang untuk menyanyikan lagu perpisahan istimewa buat warga sekolah ini. Layanan baik mereka sangatlah kami hargai. Memang terbaik punya!




Lagu perpisahan tersebut bertajuk,  dinyanyikan oleh . Lagu ini sememangnya popular dalam kalangan orang Korea, terutamanya jika membabitkan untuk majlis perpisahan sebegini. Kiranya memang ngamlah lagu tersebut dipilih. Kena dengan tempatnya. Walaupun tak lah faham sangat maksud sepenuhnya, tetapi dapat rasakan kesedihan lagu nih apatah lagi saat menatap wajah-wajah rakan-rakan dan juga anak murid.

Selesai menyanyikan lagu tersebut, rupanya kami pula menerima satu kejutan. Ada persembahan nyanyian daripada para pelajar. Kami berdiri di sebelah sambil menanti lagu apa yang bakal dinyanyikan oleh pelajar ini. 




Rupa-rupanya mereka menyanyikan lagu kegemaran saya sepanjang berada di Korea ini, iaitu lagu 'Todashi Sarang' yang bermaksud "Love Again" nyanyian Lee Chang Jung. Haish.. apa lagi, memang menderu air mata jatuh sebab sangat terharu dengan apa yang mereka buat ini. 




Sangat-sangat sedih! Apatah lagi saat mereka menaikkan banner "Dont Forget Daegu Yeosang", menyebabkan saya rasa betul-betul sedih kerana terpaksa meninggalkan mereka untuk kali ini.


Team penerbitan majalah dan promosi. Miss Kim, Mr Lee dan Mr Kim





Pelajar Grade 3 yang suka berbual dengan saya walaupun Bahasa Inggerisnya sangat terhad

Kelas Miss Jee yang banyak membantu untuk pameran Malaysia

Terima kasih banyak untuk kenangan yang cukup indah ini. Walaupun hanya untuk 3 bulan sahaja berada di sekolah ini, tetapi kasih sayang yang dirasakan membuatkan saya rasa seperti sebuah keluarga besar di sini. 




3 ulasan:

  1. tak pasal2 sy pembaca blog cikgu pun tersedih dengar pelajar cikgu nyanyi lagu perpisahan tu :")

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhaha.. memang sedih betul kan...
      xpe.. silakan nangis

      Padam
  2. Cari the translation for the song lepas tgk the vid. Lirik dia pun heartbreaking. ��

    BalasPadam