.

.

KARTiKEL

Isnin, 14 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 72 (Lawatan ke Daegu Il Science High School)

Selesai lawatan ke Saeron Elementary School, kami bergerak mahu pulang ke sekolah saya. Namun, dalam perjalanan, terserempak dengan satu lagi sekolah, iaitu Daegu Il Science High School. Ini adalah sebuah sekolah Sains yang terhebat di Daegu. Menerima pelajar-pelajar terbaik dari seluruh Daegu, maka sekolah Sains ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang berhajat nak melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains.




Rekabentuk bangunannya memang class sangat. Tak nampak langsung macam sekolah. Asalnya sekolah Daegu Il Science High School ini adalah sebagai ganti kepada sekolah Sains Daegu Science High School yang telah diupgrade kepada sekolah Sains dengan pengambilan pelajar-pelajar super cemerlang dari seluruh Gyeongsang Province, meliputi Daegu sehingga lah ke Busan. Maka Daegu Il Science High School ini memberi peluang kepada anak-anak Daegu yang juga mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah Sains.


Seperti di Saeron Elementary School, sistem kawalan keselamatan di sekolah Daegu Il Science High School juga menggunakan sistem yang hampir serupa. Iaitu menggunakan kad dan lock system dari dalam bangunan. Mungkin menyedari kami tercongak-congak kat depan gate, maka pintu dibukakan lock nya dari sistem dalam sekolah.




Dari sini kami bergerak menuju ke pejabat sekolah. Di sana, kami dipertemukan dengan Penolong Kanan 1 (Kyo Gam Sonsaengnim) kerana pengetuanya tiada di sekolah. Diberi sedikit penerangan sambil minum-minum teh di pejabat sekolah, kami dipertemukan dengan seorang guru Sains yang mahir berbahasa Inggeris. Beliau akan menjadi tourist guide kami di sini.

Guru tersebut membawa kami melawat ke sekitar sekolah sambil menerangkan kegunaan bilik-bilik khas tersebut. Agak kagum juga saya dengan kemudahan di sekolah sains tersebut. Walaupun bilangan muridnya hanya lebih kurang 170 orang murid, 35 orang guru, tetapi kemudahan nya memang la sangat kebaboom,










Hanya ada lebih kurang 80 orang pelajar untuk satu grade. Maka sepatutnya ada lebih kurang 240 bagi 3 grade di situ. Maka saya bertanya mana pegi lagi lebih kurang 70 orang pelajar. Katanya 70 orang pelajar Grade 3 (umur Tingkatan 6) sudah pun berjaya memasuki universiti sebelum masuk ke Grade 3. Hebat!


Kami dibawa ke makmal-makmal Sains mereka yang cukup canggih. Bilik pertama adalah bengkel inovasi yang mana pelajar diberi peluang sebebasnya untuk menggunakan semua peralatan, mesin dan kelengkapan di situ untuk mencipta. Memang best lah kalau saya jadi budak-budak tu. Masa untuk mencipta!






Kemudian ke makmal Biologi, Fizik dan Kimia. Wahhhh.. Memang terlopong mulut saya melihat kecanggihan makmal mereka di sini. Baru level sekolah menengah kot. Tapi kemudahan mereka dah level universiti. Lengkap ada nano mikroskop, 3d printer, hologram dan pelbagai lagi mesin-mesin canggih yang saya pun tak pernah tengok. Hu3.



Dari sana kami dibawa lagi melawat ke kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya adalah bilik belajar malam, perpustakaan dan observatory. Ya. Observatory untuk meninjau bulan bintang yang lengkap dengan kemudahan katil untuk pelajar bermalam!








Observatory yang disediakan bukan alang-alang. Siap ada teropong yang level planetarium punya, lengkap berbumbung kubah. Fuiyo. Memang kagum saya. Kagum! Di bahagian luar juga tersedia kemudahan teropong yang lebih pelbagai dengan bumbung boleh dikawal. Hebat sekolah nih.




Selesai di sini, kami terpaksa bergegas sikit pulang kerana Pengetua saya ada temujanji dengan rakannya di tempat lain. Maka misi kami melawat di sini dihabiskan di sini saja.

Walaubagaimanapun, sesi lawatan selama 2 jam itu cukup membuka mata saya akan kehebatan kemudahan yang disediakan di sekolah Sains mereka. Sekalipun baru berada di tahap sekolah menengah, tetapi kemudahan mereka memang lah bertaraf universiti. Maka tak hairan lah pelajar-pelajar Korea berada jauh di hadapan dengan segala kemudahan-kemudahan seperti ini.


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan