About Me

80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)

Menjelang beberapa hari saja lagi tinggal untuk kami pulang ke Malaysia, maka saya menghantar sebahagian barang ke Malaysia dengan menggunakan Pos Korea. Nasihat dari seorang rakan membuatkan saya buat keputusan, lebih baik membayar di kaunter pos daripada terpaksa membayar di kaunter airport. 


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


Kenapa? Sudah tentu kerana harga yang perlu dibayar untuk lebihan bagasi di kaunter airport adalah jauh lebih mahal daripada harga yang perlu dibayar di kaunter pos. 

Untuk penghantaran ke luar negara seperti ini, pihak Pos Korea sudah siap menyediakan kotak pos yang boleh dibeli dengan pelbagai saiz. Oleh kerana barang yang saya nak hantar adalah bersaiz besar, maka saya beli kotak yang paling besar sekali. Harga kotak taklah mahal sangat.


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


Kemudian barang dimasukkan dan dilekatkan dengan baik. Isi borang dan juga timbang bagi menentukan berapa harga yang perlu dibayar. Semasa mengisi borang juga anda perlu nyatakan barang yang dihantar serta nilainya. 


Untuk kes saya, kiraannya adalah seperti berikut:

Berat barang : 11kg
Shipping (ambil masa 2 bulan) = W33 000 (RM120)
Airplane (ambil masa 2 minggu) = W55 000 (RM200)


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


Manakala perbandingan harga jika lebihan beg seberat ini yang perlu dibayar di kaunter airport adalah boleh mencecah sehingga USD200, iaitu kira-kira RM800. Jauh beza kan?

Maka saya nasihatkan jika anda berkunjung ke Korea, shopping sakan dan tidak mahu membayar mahal di kaunter airport, maka silalah gunakan perkhidmatan Pos Korea. Lebih murah dan mudah.


Lupa pula saya nak ceritakan. Pada sebelah pagi, saya menerima kunjungan daripada seorang guru Korea yang pernah datang mengajar di Malaysia, iaitu Cik Gwak Jin Young. Beliau merupakan anak watan Daegu. Pernah bertemu beliau semasa orientasi di Malaysia, tetapi saya gagal menghubungi beliau sejak tiba di Daegu. 

Pertemuan ini juga adalah secara kebetulan apabila pengetua saya bersungguh-sungguh mendapatkan nombor telefon beliau daripada pegawai pendidikan Daegu. Akhirnya satu pertemuan diatur antara kami. Terharu juga dengan usaha pengetua yang bersungguh-sungguh.


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


Beliau juga cukup gembira melihat saya dalam keadaan yang ok dan ceria di Korea. Ayat pertama beliau saat melihat saya adalah, "Hailmi... You look like a Korean now!".. Saya cuma ketawa besar!

Kami kemudiannya pergi makan tengahari bersama-sama. Beliau yang masih menunggu posting sekarang berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah di Daegu. Saya doakan beliau berjaya!


Sebelah malam pula saya menerima pelawaan daripada Miss Son, teman guru Sains saya. Miss Son seorang yang baik hati dan banyak membantu saya merancang kelas Sains. Disebabkan kami ke kedai yang tidak jauh dari sekolah, maka hanya berjalan kaki sahaja.


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


80 Hari di Korea : Hari 76 (Pos Barang Dari Korea ke Malaysia)


Beliau seorang yang suka bercerita. Walau dalam kesukaran beliau berbahasa Inggeris, namun dicuba juga sedaya upaya bagi membolehkan saya memahami apa yang cuba dimaksudkan. Sesekali kami akan menggunakan apps Google Translate bagi mencari perkataan Inggeris atau Korea yang lebih sesuai untuk digunakan. 

Semakin tinggal beberapa hari saja lagi untuk diluangkan di Daegu ini. Semoga semuanya menggembirakan!




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. assalamualaikum cikgu hailmi salam kenal...saya cari2 pasal pos brg from korea terbaca plak blog cikgu...boleh bagi sy contact number cikgu korea yg pernah duk malaysia tu..sy nak p korea ni kut2 ada yg dia boleh bantu..kalau x keberatan la..tk cikgu

    BalasPadam
  2. Salam cikgu... Bole sy taw masa cikgu pos barang dri korea tu ade
    kena taxs bila tiba di malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Setakat saya tau arituh takdek pun kena cukai ke apa ke. Sebab barang tu dihantar terus ke rumah.

      Padam
    2. Salam cikgu barang dari korea sampai Airport Malaysia ada kos pembayaran dalam talian tak

      Padam
  3. Asalammulaikum cikgu, saya nak tnya, borang yg kita kena isi nnti dkat pos tu, ade english dia tak?

    BalasPadam
  4. Salam cikgu..kalau dari malaysia kke korea aambil masa berapa hari..berat brg xsmpi 1kg

    BalasPadam
  5. Tuan sya sudah folow cara tuan hantar barang pergi malaysia tpi maslahnya sampai di kastam barang tak terus ke alamat yg sya kirim mlah bnyak2 lagi yg mereka minta,,dan perlukah kita nk byar cukai..

    BalasPadam
  6. Hai says ingin bertanya.biasa barang yang kena pos dari korea tu klu sampai malaysia biasa diorg guna penghantaran apa pos laju kh..J&T atau abx.. berapa lama barang tu sampai.. saya tak tahu nak detect barang tu dah sampai kah belum walaupun ada tracking no itu. Mohon pencerahan.

    BalasPadam
  7. Hi..
    Sya nk hantar barang dari malaysia ke koria macam mane cara nya ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai saya ada buat shipping malaysia korea boleh contact saya 0182067014

      Padam