.

.

KARTiKEL

Sabtu, 12 Disember 2015

80 Hari di Korea : Hari 71 (Kelas Malaysia & Tukang Masak Yang Baik Hati)

Baki masa yang ada hanya lebih kurang seminggu saja lagi untuk berada di Daegu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Walau sudah diatur jadual oleh guru mentor, beberapa kali juga saya 'dipaksa' untuk menerjah masuk kelas-kelas yang menurut mereka blom belajar mengenai Malaysia. 


80 Hari di Korea : Hari 71 (Kelas Malaysia & Tukang Masak Yang Baik Hati)


Sudah tentu lah saya gembira untuk berkongsi kisah-kisah Malaysia dengan mereka. Apatah lagi beberapa orang pelajar menunjukkan minat untuk mempelajari Bahasa Malaysia, sambil menegur saya dengan ucapan 'Selamat Pagi'. Bangga kan? Sebab saya sendiri pun tak pernah ajarkan Bahasa Malaysia secara rasmi kepada mereka.



80 Hari di Korea : Hari 71 (Kelas Malaysia & Tukang Masak Yang Baik Hati)


Di kelapangan yang ada juga, saya mula ambil inisiatif untuk mengemaskan barang-barang yang ada di meja saya. Sedih juga perasaannya. 3 bulan rasanya sangat sekejap. Macam semalam baru datang ke Daegu nih. Beberapa artikel, majalah sekolah dan surat-surat penting saya simpan untuk digunakan sebagai dokumentasi sekembalinya ke Malaysia nanti.





Sebelah petang sebelum pulang, saya berkunjung dulu ke pejabat bagi bertemu dengan Pengetua yang dah lama saya tak jumpa. Tujuannya hanya untuk bertanya khabar. Beliau memang seorang pengetua yang sangat rajin, sentiasa sibuk dan sangat kuat bekerja. Tidak pernah saya lihat beliau pulang tepat pada jam 5 petang tamat sesi persekolahan. Kadang-kadang jam 9 malam pun masih berada di sekolah. Begitulah rajinnya dan hebatnya budaya kerja Korea. 


Mungkin kerana rasa bersalah tidak dapat meluangkan banyak masa bersama saya sepanjang minggu ini, maka beliau mengajak saya untuk sesi makan malam di kedai favourite saya. Kedainya terletak dekat dengan sekolah. 

Yang saya paling suka, sebab tukang masaknya juga sudah tahu yang saya seorang Muslim dan hanya makan makanan Halal. Beliau juga sanggup untuk translate semua menunya kepada Bahasa Inggeris hanya untuk saya faham. Terharunya!



80 Hari di Korea : Hari 71 (Kelas Malaysia & Tukang Masak Yang Baik Hati)


Di kedai tersebut juga, ramai para pelajar yang sedang menjamu selera. Pengetua pula asyik memaklumkan kepada tukang masak yang juga pemilik kedai bahawa saya akan kembali ke Malaysia pada minggu hadapan. Sedih juga rasanya sebab dah lama bertegur sapa dengan mereka. 


80 Hari di Korea : Hari 71 (Kelas Malaysia & Tukang Masak Yang Baik Hati)


Saya ambil kesempatan untuk bergambar dengan pemilik kedai yang baik hati nih. Tak lupa juga saya tinggalkan kad nama saya untuk beliau hubungi jika ada melawat ke Malaysia suatu hari nanti. Janji saya dengan beliau, jika saya ke Korea suatu hari nanti, pasti saya akan jejakkan kaki ke sini lagi!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan