.

.

KARTiKEL

Isnin, 9 November 2015

80 Hari di Korea : Hari 55 (Persembahan Muzikal Untuk Daegu Arts in Education Festival)

Tibalah hari yang dinantikan, iaitu hari persembahan teater muzikal untuk majlis pembukaan bagi Daegu Arts in Education Festival tahun 2015. Saya rasa sangat teruja sebab tak sabar nak habiskan semua yang sudah saya lalui sepanjang 2 bulan berlatih muzikal tersebut. Walaupun jauh di sudut hati, sebenarnya rasa gementar teramat lah sangat nak menanti debaran naik ke pentas. 





Walaupun kerap keluar memberikan ceramah kepada pelajar, tetapi untuk naik ke pentas bagi berlakon, menari dan menyanyi, bukanlah suatu perkara mudah untuk saya. Rasanya saya lagi sanggup naik pentas untuk bagi ceramah, daripada melakukan perkara seperti nih. Tapi demi sebuah pengalaman berharga, saya sahut cabaran dan dugaan ini. Ketepikan segala perasaan malu yang tak bertempat... dan, Fighting! 



Awal pagi dah kami sampai ke Smiling Art Center nih. Untuk bersiap dan juga melakukan persediaan saat-saat akhir. Segala peralatan saya bawa dan juga periksa berulangkali nak letak sebelah kiri atau sebelah kanan pentas bergantung kepada saya keluar masuk pentas nanti. Ingat senang ka chek oi.. 








Bila dah raptai saat akhir nih, baru lah saya tahu. Rupanya persembahan kami ini akan diiringi oleh beberapa persembahan daripada pelajar sekolah rendah. Maksudnya, ada ketika lagu yang sebelum nih kami praktis sendiri-sendiri, rupanya ada pasukan sekolah rendah yang akan mengikut tarian kami di beberapa tempat dalam dewan persembahan. Memang meriah giler! 

Kagum pula dengan komitmen dan kreativiti puan Director kami.


Majlis pun berlangsung. Banyak jugak rupanya benda-benda kecil yang kami perlu ikut. Ini semua bagi memastikan kelancaran program seperti yang dijalankan. Baju-baju yang saya perlu tukar pula dah siap saya letakkan di bahagian yang sepatutnya. Timing masa pun rasanya dah ok. Sempat nak bertukar baju. 









Pertama kali naik pentas untuk benda-benda macam tu, memang nervous tak tau nak bagitau. Tapi saya sedapkan hati dengan alasan mencari pengalaman baru dan juga berada di khalayak yang tak dikenali. Hahahaha. Rasanya taktik berjaya kot. Hilang sikit rasa gementar. 

Masa-masa menanti time untuk saya keluar beraksi plak, sempat juga saya jeling-jeling ke arah pentas. Dalam pada tu memang sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa ingat queue saya dan juga minimumkan kesilapan yang berlaku di atas pentas sebanyak mungkin. 









1 jam persembahan terasa sangat lama. Mungkin sebab rasa gementar jugak kot. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Masa saat nih, memang hanya rasa sangat gembira, teruja dan puas hati dengan persembahan dan penglibatan saya dalam muzikal ini. 

Macam tak sangka dengan kebolehan diri. Tak lah pandai sangat menari dan berlakon, tetapi sekurang-kurangnya saya dah cuba explore satu lagi kemahiran dan bakat daripada saya sendiri. Terima kasih juga untuk Puan Director dan rakan-rakan guru di Korea yang banyak bagi dorongan dan kepercayaan kepada saya untuk melakukan yang terbaik!











Dan saya yakin, rakan-rakan lain juga pastinya sangat berpuas hati dengan persembahan tadi. InshaAllah akan jadi kenangan yang takkan dilupakan sepanjang berada di Korea ini. Kamsahamnida! Saranghamnida! :D









0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan