About Me

80 Hari di Korea : Hari 59 (Hanbok di Seomun Market)

Walaupun hari nih hari cuti Sabtu, tetapi geng-geng sekolah di Daegu Girls Commercial High School nih memang suka ajak keluar. Kata mereka nak ajak tengok baju-baju tradisional Korea yang cukup glamer, iaitu Hanbok. Dan tak ada tempat lain yang lebih menarik nak tengok benda-benda macam tu selain daripada di Seomun Market. 





Hari hujan sejak dari pagi. Saya dah keluar rumah baru perasan. Maka sejuk dan terpaksalah kenakan baju yang tebal-tebal sket. Sebab suhu sejuk nya memang tak tertanggung oleh saya. Rombongan kami nih disertai oleh Cikgu Park Geu Mi, Cikgu Park Ji Eun, Cikgu Jung dan juga pengetua sendiri. Meriah!




Sebenarnya, saya sudah beberapa kali ke Seomun Market. Kali pertama adalah hanya beberapa minggu selepas saya sampai ke Korea. Tapi dah diorang ajak, maka saya nak juga cuba pengalaman berjalan-jalan di Seomun Market ini bersama rakan-rakan di Korea nih. 






Untuk pengetahuan, Seomun Market ini juga merupakan antara pasar traditional Korea yang paling lama di Korea Selatan nih. Malah dipercayai telah wujud sejak daripada zaman Dinasti Joseon lagi!


Fokus utama kami pada kali ini adalah untuk mencari barang-barang cenderamata, Hanbok dan juga mencuba street food. Bab Hanbok dan cenderamata memang banyak sangat pilihan. Tapi kena pandai pilih lah sebab ada banyakkkkkk sangat kedai. Di sini baru lah saya perasan yang Hanbok nih sebenarnya sangat cantik pemakaiannya. 







Jadi jadi budaya geng-geng Korea nih, suka ke coffee house. Terutamanya pada ketika cuaca sejuk macam nih, lagi lah sedap minum kopi panas. hahahaha.. Feeling-feeling Korea sket. Kami ambil masa untuk berbual tentang banyak lagi perkara yang berlaku di sini. Keakraban memang terasa! 


Mungkin lepas balik nih, Korea akan jadi kampung kedua saya selepas Malaysia! :)





Catat Ulasan

0 Ulasan