About Me

80 Hari di Korea : Hari 57 (Daegu Science Education Center)

Hari nih pulak saya berpeluang untuk melawat Daegu Science Education Center for Students. Bagus kan diorang Korea nih? Sangat banyak bangunan khusus disediakan kepada pelajar. Macam hari tuh, saya dah ke Daegu Cultural Center for Students. Makanya hanya pelajar sahaja dibenarkan menggunakan kemudahan-kemudahan ini. Nampak tak betapa mereka mementingkan pembelajaran generasi muda, demi kelangsungan negara bangsa Korea.





Lawatan kami ke sini diiringi oleh seorang pegawai yang bertugas di bahagian Jabatan Sains untuk Pendidikan. Sangat sesuai. Banyak sangat yang saya nak tanya dan tahu. Cuma sayang sikit sebab pegawai tersebut tak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dia faham, tapi balas balik dalam Bahasa Korea sambil diterjemahkan semula oleh Pengetua saya.


Saya dimaklumkan kompleks Sains ini mempunyai beberapa bahagian. Ada bahagian pameran, bahagian aktiviti dan juga bahagian makmal pembelajaran. Kompleks ini digunakan sepenuhnya hanya untuk pelajar. Maknanya mana-mana sekolah yang nak datang belajar di sini, boleh menggunakan khidmat yang disediakan di komleks sains ini. 









Saya jadi agak confuse. Adakah ini sama seperti Pusat Sains Negara? Jawab mereka, tidak! Mereka ada Pusat Sains Negara di tempat lain. Dan pusat ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran khusus yang berkaitan dengan pelajar. Hebat!

 Ruang pameran dan aktiviti dibahagikan kepada beberapa jenis bahagian Sains. Antaranya adalah Sains bumi, sains kimia dan berbagai-bagai lagi. Yang menarik perhatian saya adalah setiap aktiviti yang dijalankan di sini adalah menarik, interaktif dan menggabungkan teknologi terkini. 






















Aktiviti paling saya suka dan rasakan menarik adalah model bagi sistem pencernaan manusia. Ianya berbentuk seperti sebuah gua dengan bukaan pertama adalah seperti mulut yang besar. 


Saya dan pegawai tersebut sendiri mencuba aktiviti ini. Memang menarik! Bermula daripada mulut, akan kedengaran bunyi mengunyah sambil audio yang memaklumkan apa yang sedang berlaku di mulut. Kemudiannya bergerak ke bahagian perut, usus dan akhirnya keluar melalui anus. Siap ada bunyi kentut lagi masa kita keluar daripada sana. Pembelajaran yang menyeronokkan!





Dari sana kami menuju lagi ke beberapa pameran lain. Kagum juga saya bagaimana Korea betul-betul menggunakan peruntukan bagi membangunkan fasiliti yang sebegini rupa dan memberi manfaat kepada masyarakat Korea. Saya yakin secara  tak langsung, pasti rakyat berjaya dididik untuk bersikap lebih saintifik. 









Catat Ulasan

0 Ulasan