About Me

80 Hari di Korea : Hari 65 (Cuaca Makin Sejuk & Jatuh Sakit)

Pagi-pagi hari nih bangun dah sejuk sangat. Rupanya hujan dari sejak semalam lagi. Hujan di Korea nih lain macam sikit. Selalunya renyai dan berlarutan untuk tempoh yang panjang. Maka satu hari lah akan rasa sejuk. Sejuknya bukan sejuk nyaman yang macam kita alami di Malaysia. Tapi sejuknya sejuk yang menyerap ke tulang, sebab sekarang dah musim autumn dan hampir masuk musim winter.





Rakan seMalaysia saya pula, Hanne terus tak dapat nak datang ke sekolah sebab tak sihat. Musim-musim macam nih memang senang nak jatuh sakit. Maka duduk lah kat English Room nih sorang-sorang. 




Bila berhubung dengan rakan-rakan lain di Seoul, rupanya beberapa orang lagi antara kami juga tak sihat. Perubahan cuaca daripada musim autumn nak ke musim winter nih memang drastik sikit cuaca nya. Kalau tak jaga kesihatan, senang jatuh sakit.









Guru mentor pulak selalu berpesan. Nak tidur malam, pastikan memakai baju dan seluar yang tebal. Baru lah selesa dan susah nak jatuh sakit. Sesekali pekena Uuja Tea, teh limau dengan madu, memang sangat selesa untuk memanaskan badan. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. x biasa lg duduk kat sini kalau rasa sejuk dan jatuh sakit tu.... saya sudah duduk sini almost 3 thn.... sejuk ini x kira sejuk pun.... boleh dikatakna nyaman dan musim plg best....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah.. memang tak biasa.. datang pun untuk sekejap sahaja.. sekadar pertukaran.. tapi pengalamannya sangat lah berharga

      Padam