About Me

80 Hari di Korea : Hari 23 (Parti Guru & Besbol Kaki)

Perkara menarik yang berlaku di sekolah pada hari ini adalah kami dimaklumkan akan ada parti makan-makan bagi guru di sini. Aktiviti ini adalah aktiviti guru yang diadakan pada setiap bulan. Kali ini adalah bagi sambutan hari lahir pada bulan September dan juga bagi meraikan trek lari yang baru dibina di sekolah tersebut. Kiranya termasuk dalam aktiviti kelab kebajikan guru lah nih.




Selesai tamat persekolahan pada jam 4.30 petang, semua berkumpul di tepi padang sekolah. Cekap juga mereka nih buat kerja. Pagi sampai tengahari blom ada satu khemah apa pun. Tengok-tengok sebelah petang dah siap berdiri khemah sekali dengan meja dan kerusi. Cekap. Pantas.



Parti Guru
Semua guru bekerjasama menyediakan persiapan untuk makan ini. Makanan disediakan oleh pihak kantin. Hanya ada daging rebus, sayur dan kimchi. Ala-ala makan daging cicah air asam lah nih kalau kat Malaysia. Disebabkan tidak ada benda halal yang boleh dimakan kecuali sayur-sayuran, maka saya hanya minum air berkarbonat yang disediakan. Nasib baik perut dah kenyang tadi masa tengahari. Kalau tak, jenuh mendidih perut tengok diorang makan.

Masa aktiviti nih berlangsung, saya dapat rasakan keakraban antara setiap mereka. Kyo Jang Songsaenim (Pengetua) sangat rileks dan sangat sporting dengan semua guru. Semua orang boleh bergurau senda dan ketawa. Aktiviti yang memupuk semangat bekerja yang sangat baik untuk sesama rakan guru. Apatah lagi ini adalah aktiviti bulanan, maka pasti ada masa untuk mereka santai dan bersosial antara satu sama lain bagi mengukuhkan ikatan antara rakan sekerja.


Sambil-sambil makan, ada sedikit aktiviti pertandingan antara guru disediakan, 'Foot Baseball'. Semua guru dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan satu kumpulan ada lebih kurang 10 - 11 orang guru. Campur lelaki dan perempuan. Saya join team B. Kebetulan langsung tak ada guru yang b0leh bertutur dalam Bahasa Inggeris, maka mati kutu jugak ler saya kat sana. Hmm.. takper.. kita join jer.. ;)



Foot Baseball
Permainan foot baseball nih mudah saja. Peraturan nya adalah seperti peraturan main baseball, tetapi menggunakan kaki. Itu saja. Yang lain semuanya sama. Bagi menyukarkan permainan, guru lelaki hanya dibenarkan menggunakan kaki sahaja untuk passing bola, manakala guru perempuan dibenarkan menggunakan kaki dan tangan. Bagi sepak mula (batting), guru lelaki menggunakan kaki kiri, manakala guru perempuan menggunakan kaki kanan.




Wah, memang seronok saya tengok! Disebabkan baseball merupakan sukan yang sangat popular di Korea, maka tak jadi masalah untuk mana-mana guru baik lelaki atau perempuan untuk memahami peraturannya. Cuma macam biasa lah, ada yang berbakat dalam bidang sukan dan ada jugak tidak. 

Bagusnya sikap mereka yang saya perhatikan adalah, mereka sangat positif. Walaupun kurang berbakat dalam bidang sukan, tetapi mereka tetap cuba buat. Dan kawan-kawan sepasukan juga sangat positif dalam memberi sokongan dan memuji percubaan guru-guru tersebut. Kata-kata semangat nih membuatkan mereka tak takut dan tak malu untuk mencuba. Sikap yang kita boleh ambil.




Team saya kalah teruk. Ha ha ha. Rasanya memang team paling lemah untuk hari tersebut. Tapi semua orang pun happy sebab game nih untuk seronok-seronok melepaskan tekanan selepas seharian penat di tempat kerja. Saya pun tumpang happy untuk mereka.




Acara mereka diteruskan dengan parti karaoke di luar khas untuk guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan September. Saya juga dipelawa memandangkan hari lahir saya juga pada bulan September yang lalu. Tetapi saya terpaksa tolak sebab saya ada sesi latihan bagi drama muzikal yang bakal dipentaskan di Daegu Art in Education Festival pada bulan Oktober nanti, bersama-sama guru dari seluruh Daegu.


Tak sabar nak tunggu esok, sebab guru mentor nak bawak melawat Andong, tapak Warisan Dunia UNESCO!






Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tahniah, menarik cerita2 yg dikongsi..pengalaman yg beharga di sana..semoga terus berjaya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. InshaAllah akan terus dikongsi. Moga yang lain juga dapat manfaat! :D

    BalasPadam