About Me

80 Hari di Korea : Hari 44 (Nangang Festival Hari 02)

Nangang Festival untuk hari kedua diteruskan macam biasa. Tapi hari nih lebih kalut untuk saya dan Hanne sebab kami perlu uruskan pelajar-pelajar kelas kami yang akan buat persembahan untuk Malaysia nanti. Maka latihan dan raptai ringkas dilakukan pada awal pagi sebelum persembahan bermula.






Sampai giliran kelas Malaysia, ramai juga yang excited nak tengok. Sebabnya ini satu-satunya kelas yang mempersembahkan majlis perkahwinan. Lagi satu sebab mereka ada 2 orang cikgu daripada Malaysia. So mestilah nak tengok apa sangat yang ada dengan Malaysia nih.





Persembahan dimulakan dengan perarakan masuk pengantin sambil diiringi muzik gamelan. Sengaja pilih lagu gamelan sebab nak bagi nampak etnik dan 'macam suci' sket. Hahaha. Selesai saja perarakan masuk, terus masuk lagu Joget. Pelajar pun dapat menari dengan baik sekalipun agak malu-malu sikit dengan kawan-kawan mereka.

Sedikit perubahan dilakukan saat akhir. Pihak sekolah mahukan kami untuk berada di pentas bagi majlis tepung tawar dan juga penutupan bersama pelajar. Mahu tak mahu, naik jugak ler pentas bersama pelajar yang lain. Bangga jugak kot sebab dapat buat demonstrasi majlis perkahwinan Melayu kat bumi Korea nih!

Sila tengok video perkahwinan di bawah nih.





Selesai semua persembahan, saya pusing-pusing sket untuk ambik video dan gambar. Disebabkan semalam dah beria-ia cuba segala macam, hari nih dah rasa bosan sikit lah. Saya banyak berada di bilik khas kami sambil berbual-bual kosong dengan beberapa rakan guru Korea yang lain.

Nangang Festival selesai pada jam 5 petang pada hari nih. Selesai saja majlis, pelajar dan guru mula lah membersihkan dan juga mengemaskan semula kelas mereka. Terus siapkan pada masa itu jugak. Memang respek. Itu lah budaya mereka. Selesai kerja, terus kemaskan.







Catat Ulasan

0 Ulasan