.

.

KARTiKEL

Rabu, 28 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 43 (Nangang Festival Hari 01)

Yeay! Nangang Festival yang dinantikan. Excited jugak saya sebab nak merasa kemeriahan sambutan ini disebabkan auranya dah mula terasa sejak daripada pelajar melakukan persiapan awal lagi. Festival tahunan sekolah ini memang sangat meriah dan penuh dengan tetamu yang hadir.





Majlis bermula pada jam 10 pagi. Semua pelajar berkumpul di dewan dan menikmati persembahan daripada kelas-kelas. Persembahan pembukaan adalah daripada pelajar-pelajar 3rd grade. Macam biasa, ianya adalah tarian Kpop yang memang cukup popular dalam kalangan pelajar-pelajar di sini. Cuma pada saya, pakaian dan gerakan sesetengah nya tuh agak kurang sesuai bagi pelajar sekolah. Tapi, di Korea nih, mereka tidak ada masalah!

Untuk hari ini, giliran pelajar daripada 1st grade (Tingkatan 4) untuk memperkenalkan negara mereka. Banyak! Dimulakan dengan memperkenalkan mengenai negara tersebut, dan kemudiannya disusuli dengan persembahan yang berkaitan. Ada kelas yang mempersembahkan tarian dan ada juga yang mempersembahkan lakonan. Tapi banyaknya tarian dan nyanyian lah.











Bagi saya aktiviti ini agak bagus. Secara tak langsung, pelajar juga akan belajar mengenai negara lain secara lebih meluas. Tidak hanya pada kebudayaan melalui pameran di kelas, tetapi juga melalui aktiviti persembahan seperti ini. Saya yang cikgu pun ada juga yang baru tahu mengenai negara-negara tertentu. Hmm.. kena baca banyak Geografi nih.. 


Selesai perhimpunan di dewan, maka aktviti jualan bermula. Setiap pelajar boleh bergerak dan mengunjungi kelas-kelas lain. Ada yang jual makanan, ada permainan dan macam-macam lagi. Paling laku, tentu lah kelas yang buat rumah hantu. Beratur sampai ke hujung!









Saya ambik peluang juga mencuba banyak aktiviti dan permainan di situ. Menarik dan cute! Kadang-kadang tu tak minat sangat. Tetapi sebab nak support usaha yang dilakukan oleh pelajar, maka saya buat juga untuk ambil hati diorang. Diorang lagik lah excited. Cikgu international lah katakan! :D

























Dalam pada itu, ramai juga pengunjung daripada luar yang datang, terutamanya pelajar-pelajar lelaki. Seperti yang anda sedia maklum, sekolah ini adalah sekolah pelajar perempuan semua. Maka peluang seperti ini digunakan sepenuhnya untuk masuk dan menjelajah sekolah ini. Yang masuk nak jumpa ngan awek pun ramai! 

Di bahagian luar pulak ada guru yang memantau orang luar keluar masuk. Jika ada pelajar lelaki yang mahu masuk, pemeriksaan nya lebih teliti, terutamanya yang membabitkan rokok dan hal keselamatan pelajar. 

Agensi luar turut hadir bagi mempromosi produk dan bahan mereka. Saya dapat cuba goggle yang mirip kepada kesan minum arak kepada pemandu kereta. Pening sekejap walaupun tak mabuk! 




Pihak sekolah juga mengambil peluang untuk mempromosikan sekolah mereka kepada pihak luar melalui pameran di booth. Di Korea, sekolah High School (menengah atas) berlumba-lumba mempromosikan sekolah mereka bagi mendapatkan pelajar yang terbaik. Pelajar ini pula akan digunakan oleh sekolah sebagai modal mereka untuk menarik lebih ramai pelajar berpotensi daripada middle school.





Kemudian semua guru dan pelajar bergerak sekali lagi ke dewan. kali ini adalah untuk pertandingan karaoke dalam kalangan pelajar. Suka menyanyi rupanya diorang nih. Ada yang ok, ada yang tak ok jugak. Satu pengalaman baru untuk saya.

Sambil menunggu keputusan daripada juri, kami dihiburkan dengan persembahan daripada guru-guru baharu sekolah ini. Satu kumpulan menyanyi, satu kumpulan menari lagu kpop (cikgu perempuan) dan kumpulan cikgu lelaki pula menyanyi lagu dengan mengenakan pakaian uniform sekolah. Memang gamat jadinya. Lawak!




Untuk hari ini, majlis selesai pada jam hampir 9 malam. Di bahagian dataran di bawah, penuh dengan orang-orang luar yang datang berkunjung ke Nangang Festival. Cukup jam 9, semua orang 'dihalau' daripada kawasan sekolah. 





Saya pula balik rumah, terus tidur. Letih!



1 ulasan: