.

.

KARTiKEL

Sabtu, 31 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 45 (Bercuti ke Busan)

Hari nih rasa best sungguh sebab Pengetua nak bawak ke Busan! Saya memang dah lama berhajat nak ke Busan. Apatah lagi memang alang-alang dah berada di Korea nih, mesti lah rasa rugi giler kot kalau tak sempat nak ke Busan. Maka hasrat hati disuarakan kepada Pengetua selepas beliau bertanya, mana lagi tempat yang kami nak pergi. Minggu depan dan minggu seterusnya beliau bimbang mungkin akan busy. Confident saya jawab, Busan!





Perjalananan dari Daegu ke Busan hanya mengambil masa 45 minit dengan menggunakan KTX, kereta api laju di Korea ini. Jika gunakan kereta, boleh ambil masa lebih kurang 2 jam jugaklah. Mujur juga ada parking kereta yang luas di stesyen KTX yang terletak bersebelahan sahaja dengan Dongdaegu Station. Senang urusan.

Bila saya dimaklumkan dalam KTX nih tak ada orang check tiket, maka saya memang sangat terkejut. Yer! Hanya ada satu garisan kuning yang tercatat "yang beli tiket dibenarkan masuk.." wahhhh.. nampak tak bagaimana percayanya orang Korea nih kepada rakyat-rakyat nya sehingga kan nak masuk guna pengangkutan awam macam nih pun tak ada yang akan check tiket. Menurut makluman guru mentor saya, hanya sekali sekala sahaja mereka akan mintak check jika berlaku sebarang masalah.






Dong baek Island
Kami tiba di Busan Station sejam kemudian. Dalam pukul 10 camtu. Sebelum ke Hey undae Beach, kami ke Dong Baek Island yang terletak bersebelahan. Dulunya kawasan ini adalah sebuah pulau kecil yang dipenuhi dengan pokok Dong baek nih. Pokok macam pokok bakau. Sekarang kawasan ini ditambak dan dijadikan taman rekreasi. Ada juga bangunan khas yang dijadikan sebagai pusat untuk persidangan APEC yang berlangsung pada 2 atau 3 tahun lepas di Busan.






Hey Undae Beach
Dari sana, kami berjalan kaki ke Hey Undae Beach yang terletak bersebelahan dengan Dong baek Island. Memang cantik! Kawasan pantainya yang luas memang sesuai dijadikan aktiviti keluarga. Apatah lagi saat musim-musim yang hampir dah nak masuk musim sejuk nih. Pantai dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah yang sedang mengadakan lawatan ke sini.






Shinsegei Mall
Dari sana kami bergerak ke Shinsegei Department Mall. Untuk makluman, pusat membeli belah ini adalah yang terbesar di dunia. Siap ada poster besar yang dipaparkan dengan logo Guinness World Record. Memang besar giler! Tak habih pusing untuk satu hari jika berada di sini. Sempat juga saya beli bateri kamera baru. Murah sikit lah daripada harga di Malaysia.






Gamcheon Culture Village
Kemudian kami menuju ke Gamchyeon Culture Village. Kawasan ini memang menjadi idaman saya lagi jika ke Busan sebab pernah terlihat di dalam sebuah rancangan TV. Mula-mula ingatkan di Seoul, rupa-rupanya ada di Busan, Gamchyeon Village nih.

Kawasannya memang lawa dan sangat berwarna warni. Nampak comel saja. Menurut guru mentor saya, kawasan kampung ini dulu merupakan kawasan setinggan yang sangat susah. Asalnya mereka ini adalah pelarian semasa Perang Korea dahulu. Kemudian berubah dari masa ke semasa. Binaan juga diubah daripada kayu kepada batu bata. Dan sekarang menjadi antara kawasan tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara. 













Semasa di sini juga, sempat kami bertemu dengan pelancong 2 adik beradik dari Malaysia. Memang datang untuk bercuti ke Korea. Sempat berbual untuk beberapa minit. Masih banyak tempat nak melawat kata mereka. Pelancong lain pun ada ramai kat sini.



Jagalchi Market
Selesai di Gamchyeon Culture Village, kami bergerak ke Jagalchi Market (jagalchi sijang). Disebabkan Busan nih adalah bandaraya kedua terbesar di Korea dan juga merupakan bandaraya yang terletak dekat dengan pantai, maka Jagalchi Market ini antara tempat yang patut anda lawati jika berkunjung ke Busan. 







Banyak sangat produk dan juga hasil laut yang ada dijual di Jagalchi Market. Memang sangat fresh dan juga ada sedikit berbeza daripada jenis hasil laut di Malaysia. Yang berminat nak merasa makanan seafood di Korea, sini lah tempat yang paling sesuai untuk anda.


International Market
Lebih kurang 100m dari sana, ada pula Guk Jae Market, ataupun lebih dikenali sebagai International Market. Mula-mula saya ingatkan International Market ini adalah dipenuhi dengan penjual internasional dari negara luar, rupanya nama sahaja. Market ini mendapat nama international kerana, suatu ketika dahulu, semasa Perang Korea, market ini menjadi tumpuan sebab ada menjual pelbagai barangan daripada seluruh pelosok negara oleh askar-askar UN yang datang membantu negara Korea. Nama itu kemudiannya melekat sehingga lah sekarang. 








Kami juga sempat mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai barang yang sangat popular di sini. Kedai ini popular kerana sebuah filem Korea yang box office pada tahun ini menggunakan kedai ini sebagai lokasi penggambaran untuk hampir 80% cerita tersebut. Maka ramai lah yang datang ke kedai ini untuk mengambil peluang bergambar di lokasi popular tersebut, termasuklah saya!






Chinatown
Selesai di sini kami bergerak ke Chinatown yang terletak lebih kurang 200m daripada Busan Station. Mula-mula ingatkan ada kedai-kedai China sahaja, rupanya penuh jugak dengan kedai-kedai daripada Russia dan Uzbek. Alhamdulillah, dapat juga jumpa kedai makan halal di Busan nih. Dapat ler 'membelasah' daging halal setelah hampir sebulan tak merasa. Pengetua siap tapaukan lagi untuk saya buat bekalan. Katanya susah saya nak makan daging, maka ada peluang, sila makan banyak-banyak. 


Kami berangkat pulang ke Daegu pada jam lebih kurang 9 malam. Menggunakan KTX, maka jam 10 dah sampai Daegu. Memang sangat gembira dapat ke Busan hari nih, terutamanya bila dapat sampai ke Gamchyeon Culture Village yang dah lama jadi idaman hati! Boleh tidur lena! 




Sampai di Daegu, pengetua dan guru mentor maklumkan gambar kami sekumpulan teater guru masuk dalam suratkhabar tempatan Daegu. Wahh.. best pulak rasa! 


Mae-il Shin Mun - 24 Oktober 2015

Cerita dengan tajuk "Siang Mengajar, Malam Berlatih Muzikal" ini adalah mengenai kami yang akan membuat persembahan teater muzikal bersama guru-guru lain untuk opening ceremony bagi Daegu Arts in Education Festival pada 3 November nanti. Sama-sama nantikan update yer!




3 ulasan:

  1. Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat bagi mereka yang akan ke sana...

    BalasPadam
  2. Salam. Wah semua tempat yang dilawati ni mmg spot2 menarik kat Busan. Salam kenal dari saya dari Ulsan, Korea :)

    BalasPadam
  3. Mohd saiful
    Mcm mana. Nak contact u
    I nak tanya pasai busan dan ulsan

    BalasPadam