.

.

KARTiKEL

Isnin, 26 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 39 (Lagi Latihan Muzikal)

Hari Ahad kali nih seperti biasa latihan muzikal. Memandangkan hari persembahan dah makin tiba, maka banyak lama lah tempoh latihan yang dijalankan. Beberapa perubahan kecil pada kedudukan dan juga skrip masih perlu diubah oleh Puan Pengarah kami yang cukup berbakat. 




Saya tak ler nak lorat sangat. Al Maklumlah pegang watak kecik sampingan ekstra. Bak kata omputih, watak picisan saja. Ha ha. Melilau lilau atas pentas, pastu sebut ' Hana.. Dul.. Set!" (satu... dua.. tiga!). Sempoi giler kan skrip. Ha ha ha. Takper, janji pengalaman di negara orang tu mahal sangat harganya.

Bagi yang pegang watak utama, memang kesian juga tengok diorang. Tak berhenti-henti asyik lepas satu scene, masuk satu scene. Kagum tengok semangat diorang yang bersungguh-sungguh, bersemangat tinggi dan juga tak pernah ego walaupun ada beberapa orang pengetua yang join pementasan ini. Kena marah dengan Director pun masih boleh minta maaf dan cuba buat dengan lebih baik. Hebat kan sikap orang Korea nih?.




Part yang saya paling tak tahan adalah part menangis sendu sedan selepas kematian hero utama. Mak aiii.. Set-set Korea nih bab-bab menangis memang serah kat diorang lah. Bersungguh-sungguh menangis! Padahal baru latihan jer kot. Dah macam tengok drama 'Winter Sonata' dengan 'Autumn in My Heart' plak gayanya. Terbaik!

Latihan tamat pada jam lebih kurang 10 malam. Mujur juga dapat pengetua yang baik dan sanggup hantar kami balik ke rumah, walaupun agak jauh sikit dari rumah beliau. Senang. Balik rumah, terus pejam mata.. 




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan