.

.

KARTiKEL

Sabtu, 3 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 21 (Bas dari Seoul ke Daegu)

Setelah 5 hari berada di Seoul menghabiskan cuti Chuseok (Thanksgiving Day), hari ini saya pulang ke Daegu. Tiket yang dah dibeli oleh guru mentor, Kim Songsaenim secara online, banyak memudahkan kerja saya. Kalau tak, tentu lagi banyak cerita kalau kena beli di kaunter.





Saya keluar awal pagi dari rumah sebab kawan-kawan saya yang di Seoul dah mula bersekolah. So saya pun ikut keluar pada awal pagi juga. Kemudian terus ke terminal bas ekspres Seoul yang terletak di kawasan Gangnam dan tunggu di sana selama hampir 4 jam. Bosan juga. Nasib baik tempat saya parking baik punya tu ada wifi percuma. Maka sedap lah saya menggunakan internet tanpa bergerak-gerak. Telatah orang lalu lalang juga banyak 'menghiburkan' hati saya. Hu3.. #mudahterhibur




Masa nak cari bas, pening jugak saya. Sebab tak jumpa sign yang ada tulis Daegu. Mula-mula pegi ke tempat saya turun bas, yang saya sendiri pun dah ingat-ingat lupa. Tunjuk kat driver bas yang lalu lalang, semua bagi tanda pangkah kat tangan. Ha.. sudah..

Terus bergerak ke kaunter pertanyaan. Tak reti cakap Bahasa Inggeris pula pegawai yang tunggu kat situ.. Nasib baik ada kawan dia kat tepi yang bantu translate. Tu pun faham sket-sket jer.


Sempat juga saya sampai pada masanya. Jangan tak tau. Bas di Korea nih jalan memang ikut waktu betul. Tak cepat seminit apatah lagi lambat seminit. Tak ingat plak nama syarikat bas nih. Tapi masa nak naik bas, driver akan tunggu dan ucap selamat. Kemudian scan kita punya tiket, dan di monitor depan akan gelapkan tempat penumpang yang dah scan tu. So, automatik dah tau, sapa dah naik, sapa yang blom. Canggih dan kreatif betul!





Macam biasa, tali pinggang keledar kena pakai. 10 minit pertama perjalanan, tv bas akan tayangkan dulu langkah-langkah keselamatan. Mula-mula dalam bahasa Korea, kemudian menggunakan bahasa Inggeris. Lepas pengumuman tersebut, saya terus tidur. Sebab perjalanan dari Seoul ke Daegu akan mengambil masa hampir 4 jam. 


Sampai saja di Daegu terus terjaga. He3.. macam ada alarm plak. Sampai saja ke Dongdaegu Station saya terus ambil metro untuk ke stesyen metro yang paling dekat dengan tempat saya, iaitu Hyeonchungro. Alhamdulillah, selamat sampai tempat nak dituju dan selamat kembali juga. 


Seoul, sampai kita jumpa lagi!




1 ulasan:

  1. salam.. saya ada nak buat trip ..mgkin bleyh dapatkan nasihat cikgu.. 01117639405

    BalasPadam