About Me

80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)

Saya gembira sket hari nih. Sebabnya dah lama berangan nak ke Itaewon nih. Sebab ini lah satu-satunya kawasan yang ada banyak kedai makanan halal dan juga paling penting satu-satunya masjid di Seoul, dan mungkin juga di Korea nih. Kalau di tempat lain yang ada pun, hanya lah islamic centre yang juga dijadikan masjid. Tapi menurut bacaan di wikipedia, selain di Itaewon, juga terdapat masjid di Busan, Anyang, Gyeonggi, Gwangju, Daegu dan juga Kaesong. 



80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


Kebetulan pula semasa cuti Chuseok nih, tak banyak kedai yang dibuka. Kedai makan yang kami nak tuju pun tutup juga, tapi tetap bersyukur sebab ada jugak kedai yang masih bukak. Nak menjamu selera, nak makan daging dan ayam halal yang dah lama tak rasa sejak dok kat Korea nih.


Kedai Makan Halal - Eid Restaurant
Rezeki kami kali nih di Eid Restaurant. Kedai makan halal ini diusahakan oleh seorang anak muda bernama Saad. Memang orang Korea yang telah memeluk Islam beberapa tahun lalu. Menurut Saad, semua ahli keluarganya sudah memeluk Islam dan sekarang giat menjalankan tugas-tugas menyediakan umat Islam dengan keperluan mencari yang halal.



80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)



80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


Saad mengusahakan kedai makan Eid nih di samping sebuah guesthouse yang disifatkan sebagai 'Muslim-friendly'. Maksudnya, ada disediakan sejadah dan ruang sembahyang. Selain itu, Saad juga kini mula menjalankan perniagaan Hijab yang menggunakan fabrik berkualiti tinggi dari Korea. Projek kerjasama beliau dengan seorang penuntut Malaysia di universiti berhampiran.

Beliau seorang yang sangat ramah. Sambil kami menjamu selera, diceritakan beberapa jenis makanan yang menjadi pilihan di kedai makan halalnya. Jika tak salah saya, kedai makan ini merupakan kedai makan halal yang pertama menjadi sijil halal daripada badan Islam di Korea, iaitu Korean Muslim Federation. Tahniah Saad!





Saya mencuba Bulgogi (daging), Zu mencuba Samgyetang (ayam sup sekali dengan nasi) dan Kak Lela mencuba Jajangbap. Semuanya memang sedap! Baru betul ada rasa makanan Korea, tapi dengan penyediaan yang halal. Harganya pun murah jika nak banding dengan kedai-kedai lain. Bulgogi yang saya makan hanya Won 10 000 (RM37), berbanding menu sama yang dimakan oleh rakan saya di kedai lain dengan harga Won 15 000 (RM55). 



80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)
Bulgogi

So, rakyat Malaysia yang berkunjung ke Seoul, Korea dan berminat nak cuba makanan Korea yang halal, boleh lah berkunjung ke kedai Eid Restaurant ini jika anda dah sampai ke kawasan Itaewon ini. 



Seoul Central Mosque
Seterusnya, kami menuju ke Masjid Itaewon atau nama sebenarnya, Seoul Central Mosque. Masjid ini dibuka pada tahun 1976 dan diuruskan oleh badan Islam Korea, iaitu Korean Muslim Federation (KMF). Populasi Islam di Korea tak lah ramai mana. Hanya dalam lingkungan 35 000 orang termasuk pekerja dari luar. Jika betul-betul Korea, hanya dalam 30 000 sahaja.


80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


Sebelum datang ke sini, saya sangka Masjid ini terletak di tanah lapang. Rupanya sangkaan saya meleset. Masjid Itaewon ini terletak di atas sebuah bukit. Dalam kawasan yang sama, juga terdapat sebuah sekolah agama, iaitu Prince Sultan Abdul Aziz Elementary School untuk anak-anak nih belajar agama dan mengaji.



War Memorial Park
Perjalanan pulang dari Itaewon sempat juga kami singgah ke War Memorial Park. Melihatkan kepada tugu yang ada di pintu masuk utama mengingatkan saya kepada Tugu Negara kita. Tugu di War Memorial Park ini diukir dengan penuh emosi dan cerita. Dapat rasa emosi dan perasan saat menatap wajah-wajah di tugu tersebut. Tahniah untuk pengukirnya!



80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


Di sini juga ada disediakan ruang muzium yang mempamerkan barang-barang perang. Di kawasan luar pula menempatkan kapal-kapal perang dan juga kenderaan lain yang digunakan semasa Perang Korea. Boleh tengok kereta kebal, jet pejuang dan helikopter yang digunakan dengan lebih dekat. 



80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


80 Hari di Korea : Hari 20 (Itaewon, Makanan Halal & War Memorial Park)


Selesai ronda-ronda di sini, maka kami pun pulang ke rumah di kawasan Gayang. Dapat balik rumah awal untuk hari nih sebab nak siapkan pakaian untuk balik ke Daegu hari esok. Sampai jumpa lagi Seoul!





Catat Ulasan

0 Ulasan