.

.

KARTiKEL

Jumaat, 2 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 19 (Pakai Hanbok, Seoul Street Food & Bunga LED)

Semalam dah penat sangat naik N Seoul Tower, maka hari nih lewat sket kami keluar. Ambik masa nak berehat sket. Lagipun hari nih tujuan nya tak banyak tempat nak pegi. Sekadar nak ke Myeondong nak pakai baju Hanbok secara percuma dan juga nak pegi tengok bunga LED kat satu taman di kawasan Dongdaemun.





Hanbok Percuma
So arah tuju kami yang pertama adalah ke Myeondong. Di sini kami akan ke Seoul Global Cultural Centre yang menyediakan khidmat menggunakan baju tradisional Korea secara percuma. Yer, percuma! Siap boleh pilih lagi nak baju yang design camna. Terletak di M Plaza pada tingkat 5, bersebelahan dengan Butik ZARA.

Cuma kena ingat. Disebabkan benda percuma, maka ramai lah yang ke sini mencuba peluang tersebut. Maka sebaiknya, pegi awal pagi, daftar, dapatkan giliran dan kemudian ronda-ronda Myeondong dan datang balik ke pusat tersebut pada masa yang dijanjikan. Masa yang diperuntukkan setiap kali sesi adalah hanya 10 minit. Tapi itu pun rasanya dah lebih cukup untuk bergaya sakan kat dalam tu.

Tengok aksi-aksi kami dengan pakaian tradisional Korea, Hanbok!









Seoul Street Food
Macam saya cakap tadi, disebabkan kami datang lewat sket, maka giliran kami pun dalam jam 5 petang camtu. So, nak menghabiskan masa menunggu, maka kami meronda dulu pusing-pusing kawasan Myeondong. Tapi kali nih saja tengok Seoul street food. 

Yang Halal rasanya boleh kira dengan jari kot. Ada beberapa peniaga daripada Turki yang jual kebab. Tapi biasanya makanan seafood dan buah-buahan atau yang vege boleh dikatakan sebagai Muslim-Friendly. Itupun jika kedai tersebut memang fokus jual satu benda yang sama saja. Kalau dah bercampur tu, memang takdek lah jawabnya.  


Bunga LED
Dari sana kami bergerak ke Dongdaemun History and Culture Park. Mula-mula sampai, memang terpana melihat keindahan struktur bangunan nya yang saya sangat suka! Nampak futuristik dan canggih sangat. Macam sebiji kapal angkasa lepas. Dengan lampu dan senibina yang camtu, rasa rileks saja mata dan badan melayan perasaan.. hu3

Bersebelahan dengan bangunan ini terdapat kawasan yang mempunyai Bunga LED. Wah!! Ini lagi cantik, unik dan kreatif. Bunga plastik yang menggunakan lampu LED. So nampak bercahaya dan bergemerlapan memenuhi ruang taman. Serius cantik!










Jemput tonton juga video perjalanan saya dan rakan-rakan untuk sepanjang hari nih. Memang enjoy!








0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan