.

.

KARTiKEL

Selasa, 6 Oktober 2015

80 Hari di Korea : Hari 25 (2015 Daegu Korea-China Choir Festival)

Hari nih kami menerima jemputan untuk menyaksikan persembahan pasukan koir sekolah Daegu Girls Commercial High School. Bukan calang-calang persembahan. Sebab mereka akan mempersembahkan nyanyian mereka ini untuk 2015 Daegu Korea-Korea Choir Festival di Daegu City Hall. Peringkat antarabangsa kot.




Kami tiba di Daegu City Hall pada jam 2 petang. Kebetulan pula sampai bersama ramai lagi rakan guru dari sekolah saya. Bagusnya semua sebab datang support team sekolah untuk buat persembahan. Tapi sayangnya, sebab blom boleh masuk. Sebab ada show tengah berlangsung. Jadi kami kena tunggu masa perantaraan baru boleh masuk.

Hmmm.. mewah kot Daegu City Hall nih. Memang sesuai diadakan persembahan yang standard antarabangsa nih. Kerusi dan pentas, serta fasiliti yang disediakan memang terbaik. 




Banyak juga pasukan-pasukan daripada seluruh Korea dan China yang menyertai Festival nih. Mula-mula ingatkan hanya ada pelajar sekolah sahaja. Rupanya mak-mak orang dan pak-pak orang pun ada. 

Tengok daripada persembahan koir diorang nih, memang dapat tahu lah betapa diorang sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam menyediakan diri untuk datang buat persembahan nih. Semangat kot!













Pasukan koir Daegu Girls Commercial High School mempersembahkan nyanyian lagu legenda sepanjang zaman Korea yang bertajuk "Arirang" dan juga "Beautiful Nara". (Nara = country). 

Boleh tengok persembahan diorang kat bawah nih.


Arirang
Daegu Girls Commercial High School



Beautiful Nara
Daegu Girls Commercial High School



Team favorite saya selain daripada pasukan koir sekolah, dah tentulah sebuah sekolah rendah daripada Daegu yang mempersembahkan lagu bertajuk "Mugung hwa". "Mugung hwa" bermaksud bunga raya, yang juga merupakan bunga kebangsaan bagi negara Korea.





Dan ada satu lagi team antarabangsa daripada Korea yang mempersembahkan lagu Inggeris. Memang hebat kot bagi saya yang agak pertama kali menyaksikan festival koir yang camnih. Satu pengalaman menarik bersama team di Daegu nih.




Selesai persembahan, semua orang pun happy. Kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai2 di ruang hadapan Daegu City Hall sebagai tanda kenang-kenangan. Jom tengok aksi-aksi di bawah.







Bagi perjalanan sepenuhnya sepanjang majlis berlangsung, jemput tonton video 80 Hari di Korea : Hari 25.







0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan