About Me

Ceramah Sains PT3 di SMK Tajar

Sesi perkongsian ilmu diteruskan lagi di daerah Kota Setar, Kedah. Sekolah yang saya maksudkan adalah SMK Tajar. Nama yang asing juga bagi saya sebab jarang ke kawasan Kota Setar nih. Sekolah ini sebenarnya terletak di Langgar. Tapi macam biasa, tak susah nak ke sana. Teknologi GPS dah makin canggih. Maka, sila guna waze saja! ;)


Ceramah Sains PT3 di SMK Tajar oleh Cikgu Hailmi


Tak ramai pelajar yang terlibat memandangkan bilangan pelajar di sekolah ini juga tak ramai. Seingat saya lebih kurang dalam 50 orang pelajar macam tu semasa sesi perkongsian berlangsung. Sesi berlangsung di makmal komputer yang agak selesa sebab ada air cond dalam tu. Ha3.

Pelajar agak malu-malu kucing nak bersoal jawab. Setelah dicuba beberapa kali, barulah ada sebahagian yang mula aktif mencuba menjawab soalan. Pelajar lelaki yang tak sampai 10 orang tu lagi lah diam. InshaAllah, diam diam ubi berisi. Amin!


Ceramah Sains PT3 di SMK Tajar oleh Cikgu Hailmi


Ceramah Sains PT3 di SMK Tajar oleh Cikgu Hailmi


Sesi perkongsian tamat pada jam hampir 4.30 petang. Walaupun berlangsung dalam suasana sopan santun jer semua anak-anak murid nih, tetapi inshaAllah semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh mereka kelak. 


Ceramah Sains PT3 di SMK Tajar oleh Cikgu Hailmi


Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Tajar, terutamanya Cikgu Hamelza yang sudi menjemput saya ke sini. Saya doakan semoga anak-anak Tajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 pada bulan Oktober nanti! 




Catat Ulasan

0 Ulasan