About Me

80 Hari di Korea : Hari 13 (Observe Kelas di Korea II)

Sekali lagi hari ini saya akan diberi peluang untuk meng'observe' pengajaran cikgu-cikgu Korea. Jika semalam pdp bagi cikgu Business, English dan juga Commercial Design, pada hari ini kami berpeluang untuk melihat teknik pengajaran bagi cikgu Muzik, Korean History dan juga Physical Education, iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.






Kelas Muzik
Kelas muzik diadakan di Bilik Muzik yang kedap bunyi. Maka sebarang bunyi dari alat muzik yang dimainkan pelajar tak akan didengar oleh orang luar. Subjek Muzik hanya dipelajari oleh pelajar Grade 2 sahaja, iaitu pelajar Tingkatan  5 jika di Malaysia. Pelajar Grade 3 lebih sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan awam dan juga memohon pekerjaan sebaik tamat sekolah.

Untuk 10 kelas di Grade 2, hanya seorang guru Muzik dipertanggungjawabkan mengajar. Jika dilihat pada buku teks, pelajar akan mempelajari jenis-jenis muzik yang pelbagai. Antaranya adalah klasik, lagu antarabangsa, lagu pop dan tak lupa juga lagu-lagu tradisional Korea. Alat muzik yang diperkenalkan juga banyak, terutamanya yang tradisional Korea.





Pelajar diajar memainkan 'tanso' sejenis alat muzik tradisional Korea yang seperti seruling. Nak kata lebih kurang rekoder pun boleh jugak. Cuma agak susah untuk ditiup bagi menghasilkan bunyi. Mulut perlu dileperkan dan alat muzik perlu dicondongkan dengan sesuai, baru dapat menghasilkan bunyi yang dikehendaki. Saya ada cuba. Tapi langsung tak berjaya! he3..

Dalam masa yang lebih kurang 50 minit, pelajar juga diajar memainkan lagu favorite sepanjang zaman orang Korea, iaitu Ari-Rang. Walaupun ada pelajar yang terkial-kial, tapi diteruskan juga. Dan pelajar akan sambung latihan di rumah, atau pun semasa aktiviti kokurikulum nanti.





Oh ya.. Mereka juga tidak menggunakan sistem Do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk muzik mereka. Sebaliknya menggunakan istilah mereka sendiri dalam Bahasa Korea. Tapi bunyi nya tetap sama lah. :)



Kelas Korean History
Untuk kelas ini, rasanya sama seperti kelas Sejarah kita. Mula-mula menarik sebab persembahan cikgu nya yang bertenaga. Tapi lama kelamaan saya pula yang mengantuk sebab tak faham bahasa diorang dan juga banyak sangat perkataan.

Walaubagaimanapun, konsep pdp yang sentiasa berteraskan kepada kerja berkumpulan masih diamalkan. Mungkin disebabkan itu juga susunan meja dan tempat duduk adalah menepati keperluan Ciri-Ciri Susunatur Abad 21 yang memudahkan pelajar berkolaborasi.





Kelas Physical Education
Ini yang paling confius. Masa mula masuk kelas sehingga 20 minit pertama, kami tertanya-tanya, subjek apakah ini. Jika seperti yang dimaklumkan oleh Kim Songsaenim, guru Mentor, ini adalah kelas Physical Education, iaitu Pendidikan Jasmani. Akan tetapi kelas berlangsung di dalam kelas biasa, serta tak nampak langsung gambar-gambar atau apa-apa yang berkaitan dengan PJK.

Kemudian barulah dapat tangkap sket. Rupanya pengajaran cikgu nya pada hari ini adalah untuk pelajar mereka cipta sendiri gerakan semasa senam tari / senam robik. Jadi aktivitinya adalah pelajar boleh memilih sendiri lagu yang akan digunakan, dan setiap pelajar pula akan mereka satu gerakan bagi kumpulan masing-masing.







Saya lebih gembira kerana dimaklumkan oleh guru Mentor, esok saya akan diberi peluang untuk observe cikgu Sains pula mengajar. Yeay.. saat yang ditunggu-tunggu! Kita tunggu update untuk hari esok yer!







Catat Ulasan

0 Ulasan