About Me

80 Hari di Korea : Hari 12 (Observe Kelas di Korea)

Pagi-pagi hari nih Kim Songsaenim datang bagitahu kami berpeluang untuk observe kelas. Wah.. suka suka suka! Sebab saya memang dah lama menantikan peluang untuk melihat sendiri teknik pengajaran dan  pembelajaran di Korea. InshaAllah saya akan cuba manfaatkan dengan sebaik mungkin. Tetapi untuk hari ini, cuma kelas Business, English dan Commercial Design (Seni) yang saya akan observe.







Kelas Business
Subjek Business adalah merupakan subjek utama di sekolah saya ini. Memandangkan niche utama bagi sekolah Daegu Girls Commercial High School adalah bidang yang berkaitan dengan Business, maka melihat subjek ini diajarkan adalah merupakan satu keutamaan kepada pihak sekolah.

Kelas diadakan di makmal khas untuk subjek Business. Pelajar sama-sama mengucapkan selamat kepada guru. Bahan yang digunakan telah disediakan dalam pc masing-masing. Bermakna pelajar boleh terus membuat latihan dan pentaksiran pada masa yang sama. 





Yang uniknya adalah buku teks yang digunakan. Tidak seperti yang biasa kita lihat bagi buku teks biasa. Sesuai dengan penggunaan nya sebagai buku teks yang digunakan semasa penggunaan komputer, maka buku teks ini boleh diletakkan di atas meja seperti sebuah kalender. Bahan-bahan nya semua berwarna dan comel-comel lukisan nya.

Guru pula sentiasa ceria dan bersemangat sejak dari minit pertama hingga minit terakhir kelas berakhir, iaitu sepanjang 50 minit. Guru juga sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat, hampir ke seluruh kelas. Banyak interaksi berlaku antara pelajar dan guru, menyebabkan semua pelajar fokus kepada pengajaran.





Menariknya mengenai subjek ini adalah, pada sangkaan awal kami, subjek yang diajar adalah subjek ICT. Sebab pelajar diajar cara membuat jadual dan menukar beberapa warna jadual. Tapi selepas meminta penjelasan daripada guru tersebut, rupanya memang pelajar diajar menggunakan ICT untuk subjek Business. Maknanya ke arah menyediakan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. Tidak hanya pada teori business semata-mata.

Jadi tak hairanlah kenapa pelajar-pelajar daripada Daegu Girls Commercial High School nih sangat laku dalam pekerjaan selepas tamat dari sekolah.



Kelas English
Kelas kedua adalah kelas English. Seperti biasa, kelas bagi subjek English akan menggunakan English Classroom, bilik khas untuk subjek ini. Jika di Malaysia, bilik khas yang sama adalah Bilik SAL, Self Access Learning. 

Guru mulakan dengan menulis objektif pembelajaran di papan putih. Pelajar pula berada dalam kumpulan, bagi memudahkan aktiviti. Guru kemudiannya mula mengedarkan bahan edaran kepada setiap pelajar.





Agak mengejutkan apabila kelas Bahasa Inggeris ini diajarkan dalam hampir sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Korea. Pelajar menulis semula perkataan-perkataan English tadi kepada bahasa Korea, bagi memudahkan pemahaman mereka. Setiap patah perkataan. Lebih terkejut lagi kami dimaklumkan kelas ini adalah kelas terbaik bagi subjek Bahasa Inggeris untuk tingkatan tersebut.

Walaupun begitu, pengajaran guru dalam kelas adalah sangat menarik. Boleh dikatakan hampir 80% aktiviti dalam kelas adalah melibatkan penyertaan pelajar. Guru lebih bertindak sebagai fasilitator. 





Dan, yang paling saya suka adalah kerana integrasi yang wujud pada subjek itu tersebut. Contoh bagi subjek Bahasa Inggeris tadi, topik "Eat Healthy & Stay Fit" juga ada integrasi dengan subjek-subjek seperti Sains dan Geografi. Yer. Sebab mereka belajar mengenai budaya pemakanan masyarakat dunia yang lain juga. Jadi secara tak langsung, pelajar dah tahu mengenai pengetahuan am mengenai dunia melalui subjek ini.

Saya lebih gembira kerana di akhir pengajaran, cikgu English ini menayangkan video Makanan dari Malaysia. Wah! Bangga pula tengok makanan Malaysia diperkenalkan kepada anak-anak Korea. Like!



Kelas Commercial Design
Kelas ketiga adalah kelas bagi subjek Commercial Design, atau pun kelas yang sama dengan kelas Pendidikan Seni. Perkataan Commercial Design menunjukkan seni yang mereka pelajari adalah seni yang mampu dikomersialkan. Sebab tu bila tengok kepada hasil lukisan pelajar-pelajar ini, semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Ada nilai untuk dipasarkan.















Pelajar berada di bilik khas untuk subjek ini. Kagum juga lihat mereka melukis dan mewarna tanpa sebarang alas, tetapi masih kemas dan meja pun tak comot. Pili air dan sinki juga sedia ada dalam bilik. Maka tidak ada lelehan air di lantai sepanjang koridor.


Jemput tonton video sepanjang saya observe pada hari ini.





Hari pertama peluang observe cikgu-cikgu Korea ini membuka mata saya mengenai beberapa perkara. Ada yang baik untuk kita ambil buat pengajaran dan tambahbaik kualiti pengajaran kita dalam kelas. Sama-sama kita baiki yer!









Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. The Korean course 80Day Korean is fantastic. The way the information is organised and taught makes the language feel much less frightening than when I worked as a designer for the web design jack company. I work in web design jaSplit into four 80-day modules, 80Day Korean may take you from having no knowledge of Korean to a fairly advanced level.

    BalasPadam
  2. Jabodetabek private tutoring services with teachers coming to the house. More than numerous active tutors will be ready to teach various skills and lessons for the kids to adults ... visit https://privatmurah.vercel.app/les-privat-kembangan-murah.html for more information

    BalasPadam
  3. Very best plus Most affordable Jabodetabek Confidential Lessons, each of our employees in addition to instructors come to your dwelling, established your own review plan and may decide on just about any arena connected with analyze ... go to https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-pulo-gadung.html for further

    BalasPadam
  4. Currently private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it really is hoped so it should be able to foster a generation of individuals with good morals... for more information https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-kelapa-gading_25.html

    BalasPadam
  5. Your writing style is engaging and easy to follow. I didn't get bored while reading the post.

    BalasPadam