About Me

80 Hari di Korea : Hari 11 (Latihan Pertama Teater Muzikal)

Sepanjang pagi Ahad nih saya hanya berada di rumah. Kemudian pada waktu petang, bersiap menuju ke sekolah sebab Kyo-Jang Songsaenim (Pengetua) nak bawak ke mesyuarat pertama latihan Teater Muzikal. He3. Yer.. Saya akan terlibat dalam Teater Muzikal untuk guru-guru di Daegu. Dan teater muzikal ini akan dipersembahakan pada awal November untuk Daegu Arts and Education Festival 2015.




Bunyi macam gempak kan. Tapi rasanya kitorang join sket2 jer kot. Nak berdialog dalam Bahasa Korea bukan senang kot. Setakat nak menari berjoget bagai tu memang boleh cuba belajar ler. InshaAllah saya akan cuba yang terbaik. Menunjukkan cikgu-cikgu Malaysia juga serba boleh dan mempunyai sikap yang baik terhadap tugasan dan tanggungjawab yang diberi.

Perjumpaan berlangsung dengan baik sekali. Kebetulan cikgu lakonan kami memang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mudah sket ler beliau nak memperkenalkan cerita dan teater muzikal tersebut tentang apa. Kami juga diperkenalkan kepada semua anggota. Tak sangka juga, ramai pengetua dan guru besar yang turut serta dalam persembahan tersebut. Makanya rugi lah kalau kita tak rebut peluang nih.












Beberapa orang guru yang memang aktif dalam bidang teater, banyak memberi tunjuk ajar. Jika saya perhatikan, budaya mereka sangat menghargai orang-orang yang minat nak belajar, walaupun belum berkemahiran. Puji-pujian juga sentiasa tak lekang daripada mulut mereka. Semangat positif!

Walaupun tak berapa faham pasal cerita dan apa yang diperkatakan sepanjang masa, namun itu tak menghalang kami daripada cuba nak faham cerita besar teater muzikal ini. Kisah mengenai seorang anak yang terpaksa mengorbankan minatnya dalam bidang seni kerana mahu menuruti kehendak ibunya. Kisah sedih akhirnya, tapi ada pengajaran yang semua orang boleh belajar.





Semuanya masih di peringkat awal, untuk saya nak cerita panjang-panjang. Nanti saya akan update penerokaan saya dalam bidang teater muzikal nih dari masa ke semasa. Pengalaman pertama kot, dapat peluang untuk join benda-benda yang macam nih. InshaAllah akan belajar banyak perkara dan akan jadi kenangan manis untuk saya nanti!




Catat Ulasan

0 Ulasan