About Me

80 Hari di Korea : Hari 02 (Medical Check Up & Malam Kebudayaan)

Hari kedua untuk Local adjustment bagi Program Pertukaran Guru Malaysia Korea, bermula pukul 6 pagi. Sebabnya kami perlu melalui sesi medical check up di sini. Maka, bermula semalam lagi, kami tidak dibenarkan untuk makan selepas jam 9 malam. Awal pagi nih pula, dalam jam 5.45 pagi semua delegasi dari negara lain dah berkumpul di lobi.





Medical check up dijalankan di Korea Medical Institute (KMI). Setibanya kami di sana, kami diberikan kunci loker masing-masing bagi menyimpan pakaian dan peralatan. Sebab semuanya menggunakan baju yang sama yang disediakan oleh pihak hospital. Laki warna hijau. Perempuan warna pink.





Rasanya sistem yang digunakan di hospital swasta nih memang cukup efisien. Keluar dari bilik sana, bergerak ke bilik seterusnya pula untuk sesi pemeriksaan lain. Cekap sungguh! Cuma masalah bila nak mendengar arahan daripada juru periksa dalam setiap bilik. Sebab kebanyakkan mereka tidak tahu berbahasa inggeris. Inggeris yang sangat minima, dengan slang Korea yang kadang-kadang menyebabkan lain pula dengar perkataan yang disebutnya.

Selesai di KMI, kami bergerak ke APCEIU. Diberikan set sarapan berupa kimbab plak kali nih. Jenuh nak menelan. Tapi dah makin boleh masuk dan boleh layan dah makanan Korea walaupun baru hari kedua. Kagum juga dengan kesungguhan pihak APCEIU dalam menyediakan makanan halal bagi guru yang beragama Islam. Daebak!

Kemudian, sesi ceramah bermula. Ceramah disampaikan Dr Namgi Park daripada Gwangju National University of Education dengan tajuk ceramahnya "What we can learn from each other's education".





Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam ceramah beliau adalah mengenai kekuatan sistem pendidikan di Korea. Antaranya adalah:

1. Homeroom teacher yang mengajar semua subjek.
Ya. Cikgu sekolah rendah di Korea mengajar semua subjek. Ini bagi membolehkan guru-guru mengintegrasikan pembelajaran dalam setiap subjek, terutamanya jika ada yang berkaitan. Tahu berapa subjek yang mereka perlu kuasai? 10!

2. Teacher rotation system
Guru-guru di Korea akan ditukarkan sekolah (re-deployment) setiap 5 tahun sekali bagi membolehkan guru-guru mendapat pengalaman yang pelbagai, di sekolah yang pelbagai. Barulah guru-guru tersebut menjadi mantap dan tidak selesa hanya pada satu sekolah sahaja. Tak boleh saya bayang kalau sistem nih dipraktikkan di negara kita. ;)

3. Guru yang berkualiti tinggi. Top 5%
Pemilihan guru adalah daripada pelajar-pelajar lepasan peperiksaan awam yang mendapat keputusan yang paling cemerlang. Di Korea, pelajar cemerlang menjadikan guru sebagai profesyen utama mereka. 

Dengan jumlah cuti yang banyak dan gaji yang tinggi, ini adalah pilihan pertama mereka jika nak senang. Satu lagi, profesyen yang menjadi pilihan adalah bekerja di syarikat Samsung. Walaupun bergaji besar, tapi jumlah cutinya masih sedikit jika dibandingkan dengan profesyen sebagai guru.

4. Zeal for education of parents
Ibubapa juga sangat bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. 

5. High motivation for learning
Pelajar juga sangat bersemangat untuk belajar bagi mendapatkan profesyen dan kehidupan yang lebih baik.


Selesai ceramah, kami menjamu selera di Spaghettia. Dr Namgi Park juga turut bersama kami. Peramah orangnya. Beliau dah melawat Malaysia sebanyak 3 kali dah sebelum nih. Tiba-tiba delegasi Malaysia membuat kejutan. Nyanyian lagu Happy Birthday untuk .... saya! Sambut besday di Korea kali nih. Kelass! ;)





Sesi disambung lagi dengan sesi ceramah untuk sebelah petang oleh Prof Kidong Bae daripada Hanyang University. Kali ini sesi ceramah adalah berkaitan dengan 'History and Culture of Korea and Keeping Memory of life". 





 Antara yang disentuh oleh Prof Kidong Bae adalah mengenai kitaran bagi penyelidikan ethnografi yang bakal kami laksanakan. Bermula dengan menentukan konteks dan memilih apa bidang yang kita nak. Kemudian membuat pemerhatian. Menganalisa data dan akhirnya membuat penulisan.

Sesi disambung lagi dengan bimbingan daripada guru mentor untuk menghasilkan lesson plan yang baik. Kedua-dua nya memang mengkongsikan nasihat yang baik untuk diikuti oleh kami. Setiap negara membentangkan lesson plan masing-masing. Sekurang kurangnya ada juga idea yang dapat dikongsi daripada aktiviti tersebut. Berguna untuk digunakan semasa berada di sekolah masing-masing nanti.







Untuk tahun nih, ada beberapa ciri lesson plan yang ditetapkan oleh mereka. Lesson plan mesti lah melibatkan hands-on bersama pelajar, serta mengadakan perbandingan antara kebudayaan Malaysia dan juga kebudayaan Korea.







Pada jam 6 petang, kami diberikan set makan malam lagi. Sebab tidak akan pulang ke Glad Hotel untuk malam kebudayaan. Tak sabar nak tengok persembahan delegasi lain daripada Vietnam, Filipina dan Mongolia. Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah persembahan daripada Malaysia lah tentunya. First time kot joget-joget. Terus kena menari kat Seoul!

Untuk persembahan delegasi Malaysia, kami buat sedikit perubahan pada saat akhir. Bagi menampakkan lagi kemeriahan persembahan, maka kami tambahkan lagu joget di akhir persembahan. Ini bagi tujuan mengajak peserta lain untuk turut sama menari Joget. He3.. kasi happening sket!













Memang meriah sungguh sesi persembahan kebudayaan malam nih. Semua peserta dari setiap negara pun sporting-sporting saja. Sebelum tu semua muka ketat-ketat saja. Ternyata muzik dapat menyatukan banyak negara! ;)


Dalam pada tu sempat lagi pihak APCEIU buat kejutan lagi sekali untuk sambutan hari lahir saya. Kali nih lampu dipadamkan, dan nyanyian lagu Happy Birthday berkumandang. Kek berlilin diusung ke depan dan satu dewan bertepuk tangan nyanyi sama-sama. Kenangan terindah kot sambut hari lahir dengan kenalan-kenalan dari negara lain. TQ APCEIU!!





Sesi hari nih tamat lebih kurang dalam jam 9 malam. Semua bergembira dengan kemeriahan pada malam ini. Yang paling gembira sebab esok pagi sesi kami akan bermula pada jam 11 pagi. So dapat tidur lebih masa sket untuk hari nih! yeayyyy..  

Untuk versi video, boleh tonton di bawah. Semoga terhibur!








Catat Ulasan

2 Ulasan