.

.

KARTiKEL

Khamis, 10 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 01 (Tiba di Seoul, Taklimat di APCEIU)

Penerbangan MAS ke Korea daripada KLIA yang kami gunakan untuk ke Incheon International Airport tiba pada jam 7 pagi. Cuaca semasa kami tiba adalah sekitar 17 celsius yang mana tidaklah terlalu sejuk. Masih mampu nak bertahan dengan blazer biasa. Ketibaan delegasi Malaysia disambut oleh penyelaras program KOMTEP bagi delegasi Malaysia, iaitu Mr Jay. Rupa pun dah macam retis Kpop. Hu3. Bagus. Peramah orangnya.





Dari sana, dengan menggunakan bas catar, kami dibawa ke hotel menginap. Glad Hotel. Jauh jugak perjalanan dari Incheon nak ke Seoul. Ambil masa sehingga hampir satu jam. Sempat juga lelapkan mata lagi sekali dalam bas mini tersebut.Letih woo.





Sesi taklimat dimulakan pada jam 11.30. Semua delegasi dari negara lain juga berkumpul di ruang lobi. Ada dari Mongolia, dari Vietnam dan Filipina. Katanya ada 72 orang guru dari luar yang akan terlibat dengan Program Pertukaran Guru ke Korea untuk kali ini. Bagus. Ruang untuk tambah kenalan guru daripada negara luar.







Sebelum taklimat bermula, kami diberikan makan tengahari terlebih dahulu di sebuah restoran Korea yang terletak berdekatan dengan Ibu Pejabat APCEIU. Restoran Korea Yesodam. Restoran tak besar mana, tapi mampu memuatkan kesemua delegasi yang ada. Lebih menarik, makanan vege disediakan untuk guru-guru yang beragama Islam. 





Buat masa nih, memang perut saya belum ngam lagi kot dengan makanan-makanan Korea nih. Kimchi lah. Jeruk lah. Masam lah. Slow-slow makan pun rasanya macam cannot go. Hu3. Terus terbayang badan yang akan semakin mengurus lepas 3 bulan di sini. Hu2.

Selesai menjamu selera di restoran tersebut, kami berjalan kaki menuju ke ibupejabat APCEIU. 5 minit perjalanan sahaja. Dekat. 





Sebelum taklimat bermula, kami diberi peluang dulu untuk melihat ruang galeri dan pameran yang disediakan oleh pihak APCEIU. Confirm ambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan. Selesai bergambar, barulah mula bergerak ke dewan seminar di atas bagi sesi taklimat.





Ucapan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah APCEIU, Encik Utak Chung dalam bahasa Korea. Alat bantu pendengaran digunakan lengkap dengan fungsi alih suara. Channel 2 untuk terjemahan dalam bahasa inggeris. 

Ketua delegasi dari Malaysia, Dr Rosli juga diberi peluang untuk memberi ucapan kepada peserta daripada negara lain.





Antara yang disentuh oleh Encik Utak Chung adalah mengenai GCED, iaitu Global Citizenship Education. Pendek kata penddidikan yang bersifat global, tidak boleh tertumpu hanya pada negara tertentu sahaja.

Malah Encik Utak Chung juga beberapa kali menyebut fungsi Malaysia dalam menyediakan panduan dan maklumat berguna mengenai makanan halal, yang bagi Korea merupakan sesuatu yang asing sebelum ini. Tahniah Malaysia!

Selesai tea break, sesi bersama Mr Jay, penyelaras delegasi Malaysia bagi KOMTEP 2014 dan 2015. Sesi bersama beliau ini adalah menyentuh mengenai pengenalan kepada program pertukaran guru ini. Baru lah nampak dengan lebih jelas apa objektif utama kepada program ini, iaitu untuk pertukaran budaya.





Mr Jay juga memperkenalkan satu lagi program APCEIU iaitu SSAEM, Sharing Stories Asia Pasific Education Movements. 


Menariknya, kami diberi rehat selama 15 minit untuk menunaikan solat. Malah 2 buah bilik khas untuk sembahyang juga disediakan kepada peserta yang beragama Islam. Disebabkan tiada peserta Indonesia kali ini, maka peserta Islam hanyalah daripada negara Malaysia. 








Selesai sesi yang terakhir, kami dibawa makan malam di Aprilbori Restaurant yang terletak dekat dengan pejabat APCEIU. Perut dah kenyang, maka balik lah kami ke Glad Hotel untuk berehat. Malam nih dah kena berpuasa, sebab medical check up untuk esok. 

Untuk versi video, boleh tonton di bawah. Semoga terhibur!









0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan