.

.

KARTiKEL

Jumaat, 14 Ogos 2015

Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara

Berita gembira selepas menerima perkhabaran penyertaan sekolah saya dalam Pertandingan mencipta video Liga Remaja Kreatif 2015 mendapat tempat dalam 10 Terbaik bagi negeri Kedah. Memandangkan ini pertama kali penyertaan di bawah nama sekolah baru di Kedah ini, dah tentu keterujaan saya dikongsi lebih ramai lagi rakan-rakan sekerja dan warga sekolah SMK Jerlun. Apatah lagi dengan status sekolah yang baru dibuka pada tahun lepas, maka tentulah ini juga menjadi highlight kejayaan sekolah pada tahun ini.



Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara


Majlis penyampaian hadiah bagi zon utara diadakan di Eastern & Oriental Hotel, Pulau Pinang. Melibatkan empat negeri lain, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak, dah tentu pengalaman kali ini memberi kelainan kepada saya. Ini kerana semasa di Sarawak, bagi Zon Sarawak hanya melibatkan satu buah negeri sahaja. Tentu suasana nya lebih meriah bila dah ramai-ramai berkumpul dalam jumlah yang besar.


Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara


Majlis bermula seawal jam 10 pagi. Disebabkan pasukan kami tiba sehari lebih awal, serta memilih hotel yang berdekatan dengan hotel berlangsungnya majlis, maka kami tiba lebih awal. Sedikit jamuan sarapan pagi disediakan bagi menjamu selera para pengunjung yang datang. Kesempatan ini juga diambil untuk beramah mesra dengan pasukan-pasukan lain dari negeri Kedah dan juga dari negeri-negeri lain.

Beberapa kenalan facebook yang terdiri daripada kalangan guru dan pelajar juga sempat bertegur sapa secara live. Kalau dulu hanya sempat berbual melalui facebook, tapi alhamdulillah pada hari ini dapat juga bertemu rupa.


Bergambar bersama Cikgu Roszaidi dan pasukan Al Maad dari Perlis

Memang betul. Lain pula debarannya apabila berada dalam dewan besar bersama 40 pasukan lain dari negeri berbeza. Majlis yang dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang saguhati setiap negeri terlebih dahulu. Debaran berakhir setelah emcee mengumumkan nama sekolah terakhir yang terpilih sebagai penerima Saguhati. Dengan kata lain, pasukan sekolah kami telah berjaya melayakkan diri ke Top 3 bagi negeri Kedah. Alhamdulillah, KPI tahun ini tercapai, iaitu menempatkan pasukan sekolah dalam kalangan 3 terbaik bagi peringkat negeri.


Debaran makin bertambah apabila pusingan kedua bagi Top 3 semua negeri dimulakan dengan Negeri Kedah terlebih dahulu. Semua rasa macam nak luruh jantung. Setiap saat dinantikan dengan penuh debar.

Pasukan SMK Jerlun telah berjaya mendapat Tempat Kedua bagi Liga Remaja Kreatif 2015 untuk Negeri Kedah! Alhamdulillah. Tahniah juga kepada anak didik, Amirul, Zafri, Hamizan dan Khairudin yang walaupun kurang pengalaman dalam bidang penghasilan video, namun masih berupaya menghasilkan sesuatu yang luar biasa sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah!

Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara SMK Jerlun


Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara SMK Jerlun

 
Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara SMK Syed Saffi Perlis


Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara Perlis


Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara Pulau Pinang


Majlis Liga Remaja Kreatif 2015 Peringkat Zon Utara



Berikut adalah keputusan penuh bagi Johan untuk setiap negeri bagi Zon Utara.


Perlis
SMK Syed Saffi


Kedah
Maahad Tahfiz Sains Al-Muttaqin


Pulau Pinang
SMJK (C) China Pulau Pinang


Perak 
Malay College Kuala Kangsar


Selesai majlis, saya ambil kesempatan untuk bergambar dengan pelajar dan juga rakan guru yang dah lama berhubung dengan saya melalui media sosial sebelum ini. Rasa puas hati,  dapat berjumpa sebab ada antaranya yang saya sudah kenali sejak 2 tahun lalu. Saya doakan mereka juga dikurniakan dengan semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan video-video kreatif untuk Malaysia.


Bersama En. Taher Musa, orang kuat Liga Remaja Kreatif sejak tahun 2010 lagi. Kipidap!

Pasukan SMK Jerlun bersama orang kuat Liga Remaja Kreatif 2015, Taher Musa

Bersama Aniq dan Wan dari MCKK. Johan bagi negeri Perak!

Bersama Haifa (SMK Tengku Suleiman, Perlis). Animasi dia lawa oooo.. kipidap!

Team MCMC di Pulau Pinang

Kami geng #KAMERA2015

Bersama Cikgu David dan Cikgu Bavani dari Teach For Malaysia

Afiq dari SMK Khir Johari, Perak yang cukup bersemangat pasal-pasal video nih. Kipidap Afiq!!

Wefie dengan team SMK Khir Johari, Perak. Wajib usaha sampai jadi Johan Perak!

Bersama rakan guru dari SEMESTA Studio, dari SMK Tajul Arifin, Perak. Hebat team diorang nih!

Tahniah untuk pasukan SMK Jerlun : Amirul, Hamizan, Zafri dan Khairudin. Pengalaman berharga kan?

Secara peribadi, walaupun kurang berjaya mengulangi kejayaan lalu, tapi saya yakin kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan bidang penghasilan video di sekolah baru saya nih. Buktinya, selepas berita gembira ini tersebar ke sekolah, semakin ramai pelajar yang menawarkan diri bagi terlibat dengan lebih serius dalam bidang penghasilan video di sekolah saya. InshaAllah, jika ada usaha dan kesungguhan, pasti kejayaan akan menyusul!


3 ulasan:

  1. Saya suka post ni. Tahniah Cg Hailmi

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu, banyak info dari post ini. kipidap

    BalasPadam