.

.

KARTiKEL

Sabtu, 1 Ogos 2015

Keputusan Temuduga KOMTEP 2015

Sehari sebelum sambutan raya, pada hari Khamis, saya menerima satu mesej daripada seorang rakan bertanyakan mengenai keputusan temuduga Program Pertukaran Guru Malaysia - Korea 2015 (KOMTEP2015). Seorang rakannya telah berjaya mendapat surat tawaran. Nervous juga saya. Sebab sehingga pada tarikh yang dimaklumkan, masih belum menerima apa-apa surat. Lantas, mula lah saya bersangka 'baik'. Surat mungkin akan tiba selepas cuti raya kot!

Beberapa orang rakan guru yang bersama saya semasa sesi temuduga juga dihubungi bagi bertanyakan khabar dan keputusan mereka. Masing-masing masih belum menerima apa-apa surat atau khabar daripada keputusan temuduga tersebut. Maka sambutan raya pun dipenuhi dengan rasa cemas dan sedikit berdebar menanti keputusan. Walaupun sebenarnya, apa pun keputusan, kami terima jer. Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau kurang berjaya, nampaknya kena cuba lagi.


Keputusan Temuduga KOMTEP 2015


Nak dijadikan cerita pula, terasa panjang pula cuti raya kali nih. Tak sabar sungguh nak menunggu hari pejabat mula bekerja, iaitu pada hari Isnin. Saya bercadang pada hari Isnin akan menghubungi sekolah pada waktu tengahari. Mana lah tahu Bahagian Pendidikan Guru sudah menghantar surat melalui faks ke sekolah. Bayangkan lah berapa hari terpaksa menunggu dengan penuh debaran. Redho jer lah!


Dalam masa menunggu masa untuk menghubungi sekolah, tiba-tiba saya mendapat satu panggilan telefon daripada nombor bermula dengan kod 03. Ok. Nombor KL. Harapnya berita baik lah.

Yang menelefon saya adalah pegawai yang bertanggungjawab menguruskan Program Pertukaran Guru Malaysia - Korea di Bahagian Pendidikan Guru. Alhamdulillah! Ada rezeki saya terpilih sebagai salah seorang daripada 10 orang guru yang akan mewakili Malaysia bagi program KOMTEP 2015! 



Keputusan Temuduga KOMTEP 2015
Surat tawaran mengikuti Program Korea Malaysia Teacher Exchange Programme 2015 (KOMTEP)

Memang gembira tak tau nak cakap masa tu. Bukan senang untuk terpilih sebagai salah seorang peserta program. Lebih-lebih lagi, pemilihan ini juga bermaksud, membawa nama Pendidikan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Harus memikul tanggungjawab dan amanah besar dalam memastikan imej dan nama baik negara digalas dengan baik. 


Sekalipun, program pertukaran guru ini lebih memfokuskan kepada pertukaran budaya dan juga mempromosikan Malaysia di Korea, namun saya rasa ada tugas lain juga yang saya perlu pikul dan kongsi bersama rakan guru di Malaysia, khususnya guru-guru Sains. InshaAllah pemilihan saya ini, akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. 3 bulan di Korea bukan hanya untuk saya seorang mendapat manfaatnya!


Blog ini akan saya gunakan sepenuhnya sebagai medium utama untuk saya berkongsi ilmu. Dan kemahiran menghasilkan video akan digunakan untuk mendokumentasikan teknik pengajaran Sains mereka dalam bentuk video dan bertulis. InshaAllah jika kena dengan gayanya, bermaksud juga ribuan lagi pendidik yang akan menerima kesan daripada program ini. So sila follow blog, facebook, twitter, youtube, dan instagram saya lepas nih yer! ;)


Guru lain yang turut terpilih mewakili Malaysia ke Program Pertukaran Guru Malaysia - Korea 2015 adalah seperti berikut :

01) Norhailmi bin Abdul Mutalib (SMK Jerlun, Kedah)
02) Siti Zubaidah binti Musa (SK Sikamat, Negeri Sembilan)
03) Abdul Razak bin Abdul Hamid (SK (P) Methodist 1, KL)
04) Foong Pau Lin (SJK(C) Keh Seng, Melaka)
05) Leow Huey Han (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang)
06) Siti Akbarlela binti Mohd Noor (SK Seri Selangor, Selangor)
07) Risharry Mohd Ramli (SK Kujang Sain, Sarawak)
08) Siti Asyirah binti Ismail (Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya)
09) Teo Joo Siew (SJKC Foon Yew 5, Johor)
10) Adelyn Chin (SMK Takis, Sabah)


Bagi rakan guru yang kurang berjaya samada semasa permohonan awal atau pun semasa temuduga, jangan cepat putus asa yer. Teruskan mencuba sehingga berjaya. InshaAllah jika memang dah ditakdirkan rezeki untuk anda, memang tak ke mana. Saya doakan kejayaan anda lepas nih!
Di kesempatan ini juga saya ambil untuk ucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan dan juga semua yang mendoakan kejayaan saya semasa mengikuti temuduga tempoh hari. Mungkin berkat doa anda, maka ini lah rezeki Allah untuk saya. Semoga rezeki ini juga memberi manfaat kepada lebih ramai lagi di luar sana. InshaAllah saya cuba lakukan yang terbaik dalam membawa nama Malaysia ke mata dunia! Doakan saya berjaya yer! ;)


4 ulasan:

  1. tahniah cikgu...nanti update perkembangan kat korea ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ.. inshaAllah saya akan sentiasa update perjalanan saya di sana nanti.. jangan lupa follow yer! ;)

      Padam
  2. Tahniah cikgu! Besar harapan saya nak tgk pengalaman guru sains di sana. All the best ya! I will follow. Hehe

    BalasPadam
  3. Tahniah Cikgu Halimi...sy bru skodeng2 blog cikgu...aura cikgu sgt positif...malu sy..sudah 7 tahun mengajar tp belum hasilkan apa2...mungkin lepas ni cikgu bg tips2 utk jd insan luar biasa mcm Cikgu Halimi..kipidap...hihi

    BalasPadam