.

.

KARTiKEL

Isnin, 31 Ogos 2015

Idea P&P Sains : Kesan Haba Terhadap Gas

Idea kreatif sains ini dikongsikan oleh Cikgu Razmin al-Muallim dalam group Cikgu Sains Kreatif. Idea aktiviti adalah olahan daripada aktiviti sedia ada Tingkatan 1 dalam Bab 6 (Haba) kerana makmal yang tak cukup radas. Lebih menarik lagi sebab aktiviti boleh diulang untuk aktiviti bagi pembelajaran Tingkatan 2 untuk Bab 6 (Tekanan Udara).


Idea P&P Sains : Kesan Haba Terhadap Gas


Ini sedikit penjelasan yang dikongsikan oleh Cikgu Razmin bagi memudahkan guru lain memahami apa yang cuba ditunjukkan nya. Nih adalah bahan-bahan yang digunakan oleh beliau.


Idea P&P Sains : Kesan Haba Terhadap Gas


Idea P&P Sains : Kesan Haba Terhadap Gas


Rod kuprum dimasukkan dalam straw supaya straw tak kemik. Rod kaca boleh digunakan. Botol plastik boleh digunakan juga. Tapi perlu dipesan kepada pelajar, supaya jangan ditekankan botol tersebut. Tujuan asal yang dikehendaki adalah untuk memerhatikan pewarna naik kerana udara mengecut, dan bukan kerana botol ditekan atau dilepas.


Idea P&P Sains : Kesan Haba Terhadap Gas


Idea P&P Sains : Kesan Haba Terhadap Gas


Tuala sejuk (direndam dalam air sejuk) diletakkan (atau dibalut) pada botol untuk menyejukkan udara dalam botol. Kalau nak dipanaskan botol, boleh guna haba tangan pun dah boleh hasilkan gelembung.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan