.

.

KARTiKEL

Isnin, 31 Ogos 2015

Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah

Jemputan untuk sesi perkongsian bersama anak-anak SMK Bertam Indah ini sebenarnya datang melalui seorang kawan lama. Setelah menyatakan persetujuan untuk menghadiri ceramah di SMK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang, mungkin berita ini turut dikongsikan oleh rakan saya dengan rakan nya yang lain di SMK Bertam Indah. Disebabkan lokasi kem yang diadakan adalah tidak lah jauh sangat dengan tempat saya, maka saya terima jemputan mereka.


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Sesi perkongsian ini berlangsung di Merdeka Beach Resort. Hebat diorang. Buat kem akademik sampai ke Kedah. Siap dok resort lagi. Tahniah untuk sekolah atas usaha menganjurkan kem-kem sebegini ke tempat-tempat best camnih. Baru pelajar ada semangat nak belajar dan berusaha untuk sepanjang kem. Mudah-mudahan.


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Bilangan pelajar boleh tahan ramai. Penuh dewan. Saya anggarkan dalam 170 orang macam tu. Susunan meja dan jumlah pelajar yang ramai menggurangkan sket gerakan saya dalam dewan. Sedikit terbatas. Tapi saya cuba sebaik mungkin untuk berada sehampir mungkin dengan pelajar.


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort



Beberapa pelajar di bahagian hadapan kelihatan begitu bersemangat menjawab soalan. Dari jawapan mereka juga didapati beberapa orang berpotensi mendapat keputusan yang baik dalam PT3 nanti. Tahniah atas usaha guru dan juga pelajar tersebut. Mudah-mudahan mendapat A nanti.

Sesi perkongsian tamat pada jam hampir 4 petang. Disebabkan sesi saya adalah sesi yang terakhir, maka sebaik saja selesai ceramah, pelajar terus bergegas keluar dan menaiki bas. Agak kalut jugak lah sebab masing-masing dah tak sabar nak balik rumah. Rindu ngan mak ayah lah tu.. ;)


Ceramah Sains PT3 di SMK Bertam Indah di Merdeka Beach Resort


Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas jemputan daripada pihak sekolah SMK Bertam Indah. Saya ambil kesempatan juga untuk doakan kejayaan adik-adik Bertam Indah dalam PT3 bulan Oktober nanti. Dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang, terutamanya bagi subjek Sains! 



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan