.

.

KARTiKEL

Rabu, 15 Julai 2015

Mungkinkah Anda Bakal Penuntut Universiti Oxford?

Ada satu persamaan di antara Mr Bean dan Stephen Hawking. Nak tahu jawapannya, baca blogpost ni sampai habis!

Percaya atau pun tidak, ada peluang sebenarnya jika adik-adik nak melanjutkan pelajar ke universiti terkenal dunia, Universiti Oxford! Ya, universiti yang menjadi alma mater untuk ramai personaliti-personaliti hebat dunia.

Jom kita ke Persidangan Leaps of Knowledge 2015 bersama-sama St Anne's College, University of Oxford pada 25 Julai 2015 ni.



Jom kita ke Persidangan Leaps of Knowledge 2015 bersama-sama St Anne's College, University of Oxford pada 25 Julai 2015 ni.
Persidangan Leaps of Knowledge 2015

Persidangan Leaps of Knowlege 2015 nih akan diadakan di Garden International School Kuala Lumpur. Yang bestnya, pihak penganjurnya FrogAsia akan membawakan professor-professor, wakil dan pelajar Malaysia daripada St Anne's College, University of Oxford untuk datang sendiri dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford atau pun universiti-universiti lain di luar negara.


Jika adik-adik berumur 16-17 tahun, dah nak habis belajar, dan ada perancangan nak melanjutkan pelajaran ke luar negara, tapi masih tak pasti arah hala tuju, so jemput lah ke Persidangan Leaps of Knowlege 2015 di Garden International School Kuala Lumpur. Memang tak rugi. Mesti banyak ilmu yang boleh dipelajari.



Pemandangan indah di Universiti Oxford
Kalau agak-agak dah penat berjalan, boleh jugak mendayung di Universiti Oxford. Hehe

Antara agenda yang dirancang, adalah Ceramah Subjek daripada para professor St Anne's College, University of Oxford sendiri. Secara tak langsung awal-awal lagi adik-adik dah didedahkan dengan subjek yang perlu diambil untuk membantu kerjaya pada masa depan. Selain itu, ada juga wakil-wakil dari Universiti Oxford yang akan memberi penerangan tentang proses permohonan kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford atau pun di UK!


Ada lagi..


FrogAsia juga akan turut membawakan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford dan ahli-ahli Oxford University Malaysia Cluba (OUMC). Mereka akan bekerjasama mengadakan panel bagi berkongsi kehidupan sebagai pelajar di UK. Jadi jika adik-adik ada persoalan atau pun nak tanya pengalaman mereka, boleh lah datang ke sini. Boleh tahu gambaran sebenar realiti kehidupan pelajar di perantauan.



Kubah terkenal yang terdapat di Universiti Oxford
Salah satu kubah Universiti Oxford yang terkenal!

Yang lagi mahalnya adalah, peserta berpeluang menyaksikan sendiri demonstrasi khas temubual kemasukan ke Universiti Oxford yang memang cukup terkenal. Di sini, adik-adik akan lebih faham kenapa temubual kemasukan ini sering menjadi sebutan orang ramai. Baru lah boleh faham apa jenis soalan yang akan ditanya ketika temubual supaya lebih bersedia pada masa hadapan. Mana tahu ada rezeki nanti kan?


Jangan lupa juga bawa kamera. Sebabnya kawasan pameran akan dihias menyerupai suasana di Universiti Oxford dan bandar Oxford itu sendiri. Mesti best kan?  Bergambar kenangan kat sana sambil adik-adik join aktiviti menarik yang disediakan, berbual dengan pelajar OUMC dan juga aktiviti bersama Frog VLE. Nak ambik selfie pun boleh!



Pemandangan sekitar Universiti Oxford
Bayangkan jika hari-hari dapat lihat pemandangan macam ni sebelum masuk kelas?!

Serius, walaupun hanya sehari sahaja Persidangan Leaps of Knowledge diadakan, tapi aktiviti yang diadakan memang akan membuatkan adik-adik rasa macam dah jadi pelajar Universiti Oxford! Sehari jer lah kan. Tapi mana tahu, boleh jadi kenyataan suatu hari nanti! So mesti datang ke Persidangan Leaps of Knowledge nih sebab ini adalah peluang yang memang tak dapat nak dilepaskan!



Fakta-fakta menarik:
1) Seramai 26 Perdana Menteri Britain pernah menuntut di Universiti Oxford
2) Wingardium Leviosa! Beberapa filem Harry Potter pernah difilemkan di Universiti Oxford. Bukan itu je, salah satu pelakonnya, Emma Watson (a.k.a Hermione Granger) juga merupakan bekas penuntut Universiti Oxford!
3) Mr Bean dan Stephen Hawking merupakan bekas pelajar Universiti Oxford! Hebat kan diorang nih?


Dengan bayaran hanya Rm20 bagi pengguna 1BestariNet dan RM50 bagi bukan pengguna 1BestariNet, pastikan anda booking nama cepat-cepat di www.leapsofknowledge.com. Kalau boleh, hari ini jugak. Sebabnya, tempat yang disediakan memang terhad! 500 orang yang paling cepat saja berpeluang. Rugi woo kalau tak sempat..



Harga tiket Persidangan Leaps of Knowledge 2015



So, jom kita daftar sekarang jugak! :)



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan