About Me

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016 / 2017

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan iklan permohonan ke program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016 / 2017 melalui laman webnya. Tarikh permohonan bermula daripada 1 Julai sehingga 10 Oktober dengan mengisi borang permohonan atas talian di https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm.


Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016 / 2017
Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016 / 2017

Cara Permohonan
1. Pelajar sekolah perlu membayar RM6.00 kepada kaunselor / guru bertanggungjawab menguruskan PMI (Permohonan Melalui Internet) atau pelajar juga boleh membeli sendiri di BSN.
          i. Pelajar juga boleh membeli sendiri nombor PIN di mesin ATM BSN (bagi pemegang kad akaun Giro / Wadiah BSN sahaja)
          ii. Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
          iii. Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
          iv. Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan atau mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa.


2. Kaunselor / guru / pelajar akan ke mana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar / Nombor PIN
          Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod : A2657500.


3. Kaunselor / guru / pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah :
          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM
          Nombor akaun : 1410 0290 0021 1897
          Nombor kad pengenalan pelajar
          Nombor PIN 5 digit


4. Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor / guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari laman web KPM di https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2015 dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN


Semoga berjaya!



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. cop! kenapa gmbo kpop kat atas tu? hehe

    BalasPadam
  2. keh3.. teknik mengelirukan pihak lawan tu.. :D

    BalasPadam
  3. saya nak tanya, saya dah isi borang permohonan matrikulasi sesi 2016/17. saya belum print out borang tapi link dah tutup. bila saya nak kemaskini, dimaklumkan bahawa nama saya tiada dalm sistem, nak isi borang balik dah tak boleh. apa yang boleh saya lakukan?

    BalasPadam
  4. LAMBATNYER..................BOSAN NUNGGU

    BalasPadam
  5. Saya sudah lupa untuk cetak borang.oleh itu saya tidak tahu pin semakan matrikulasi. Bagaimana saya boleh dapat mendapat no.pin yang akan dapat selepas mengisi borang.tolong saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. klik pada laman itu dan klik pada butang kemaskini permohonan........masukkan no kad pengenalan anda dan angka giliran anda dalam ruang berkenaan.kemudian kesemua maklumat anda akan terpapar termasuk dengan nombor pin anda

      Padam
  6. saya cuba buat permohonan matrix 2016/2017 tapi kenapa webnya tak boleh buka sedangkan tutup 10 oktober

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm

      Padam
  7. Saya cuba daftar dengan mengisi no. KP dan PIN. malangnya notify
    Nombor kad pengenalan atau nombor PIN yang anda masukkan tidak tepat.

    tetapi saya dah cuba banyak kali.

    BalasPadam
  8. assalam cikgu saya nak tanya kenapa saya msukkan no ic sya dgn pin kluar nama orang lain

    BalasPadam
  9. salam. knapa takbole masuk sdh tu web , , ,

    BalasPadam
  10. Ye lah kenapa x leh masuk dlm web tu
    Diminta penjelasan

    BalasPadam
  11. salam cikgu tarikh tutup permohonan matriks dilanjutkan sampai 30 nov 2015 kan?

    BalasPadam
  12. sekarang kalau nak memohon matrik,nak macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. So far, the application for
      Matriculation is officially closed. What you can do is,
      later in February 2016, I suggest you make a phone
      call to Matriculation’s Hal Ehwal Pelajar at 03-8884
      4041 and talk to the officer. The officer MAY be able
      to manually key in your application.

      Padam
  13. Kalau sekarang baru nak check no. Pin matrik masih boleh x?

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama, nak tanya. saya belum print out dokumen tapi link dah tutup 11 Mei lepas, tapi saya memang dah terima dah tawaran tu just belum print, apa yg blh saya buat eh��

    BalasPadam
  15. Macam mane saya nk semak tapi no.pin saya dh hilang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semak masukkn id je kot xsilap😅 tp klau mskkn no. Pin sekali kene beli yg baru lah.

      Padam
  16. Asslmualaikum cikgu hailmi kenapa tak boleh cetak ea . saya banyak kali tekan tak cetak2 jugak. Heh;'(( boleh ke saya tak payah cetak permohonan ni??? Sy screenshort pin tu je boleh kn?? Mohon penjelasan ASAP sbb permohonan kemaskini dah tamat esok:'(( macam mane ni cikgu?? X dpt cetak lah:''(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asslmualaikum ckgu hailmi😃 matrik aliran account leh smbung uiam tak??

      Padam