About Me

Kereta Hidrogen : Belajar Sains dengan Lebih Menarik

Satu perkara yang menarik perhatian saya semasa mengadakan aktiviti bersama ASCO EDUTECH di SMAP Kajang adalah Kereta Hidrogen. Ya! Kereta yang bergerak dengan menggunakan gas hidrogen. Kereta mainan saja, tapi konsep sains yang ada kat dalam sebiji kereta kecil tu cukup membuatkan saya plak yang jadi lebih excited daripada pelajar.




Jom saya cerita sket konsep yang digunakan dalam Kereta Hidrogen nih dan bagaimana konsep nih boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang sama, saya dah ceritakan dengan adik-adik kat SMAP Kajang nih. Ha, cer tengok. Bersungguh jer diorang dengar saya bercerita. Hehehehe..

Saya cerita slow-slow mengikut flow nya yer. Takut nanti ramai yang tak dapat faham plak. Ok, saya mulakan dengan bagaimana kereta yang lawa tu bergerak. Kalau anda perhatikan betul-betul, sebenarnya ada satu tangki berupa belon kat bahagian dalam kereta tu. Tangki ini akan diisi dengan hidrogen bagi membolehkan kereta tersebut bergerak dengan menggunakan satu lagi device khas yang juga ada pada kereta.




So, dari mana nak dapatkan bekalan gas hidrogen? 

Tengok gambar kat atas, nampak tak ada bekas tertulis H2 tu ? So situ lah gas hidrogen tadi akan dihasilkan. Jadi, camana cara nak hasilkan gas hidrogen daripada bekas simple tu?. 

Haa... ingat balik. Kan dalam Sains Tingkatan 2, bagi tajuk Air dan Larutan, pelajar ada buat satu eksperimen, iaitu Elektrolisis Air (hidrolisis). Bukan kah hasil daripada eksperimen tersebut adalah gas hidrogen dan gas oksigen?. Ya. Dengan menggunakan konsep ini lah, kita boleh dapatkan gas hidrogen, bahanapi utama untuk Kereta Hidrogen kita nih.




Dan bagi menjalankan proses elektrolisis air, maka kita perlukan sumber elektrik. Kalau di makmal kita gunakan power supply, tetapi pada kereta nih, dia dah siap sediakan sumber bekalan yang lebih mesra alam, iaitu menggunakan tenaga solar!

Dah nampak tak betapa benda kecik cam kereta mainan tu camna dapat mendedahkan pelajar dengan konsep Sains. Pelajar boleh terus lihat sendiri bagaimana konsep-konsep Sains yang mereka pelajari dalam buku teks, dapat digunakan terus kepada dunia sebenar. 




"Ini kita guna untuk kereta kecil. 
Kalau nak guna untuk kereta sebenar boleh, cikgu?"



Ha.. nampak tak? Bila dah dapat nampak, maka bercambahlah idea mereka untuk jadi pelajar yang lebih kreatif dan inovatif lepas nih. Ini yang kita nak daripada pelajar. Bukan setakat belajar, tahu, faham dan ingat sahaja. Tetapi juga dapat apply kepada situasi sebenar. Nak lagi cantik, bila dapat buat rekacipta baharu plak untuk situasi yang lebih sesuai dengan situasi semasa. 

Untuk ibubapa, boleh juga berikan Kereta Hidrogen nih kepada anak-anak sebagai alat mainan di samping ada ilmu sains yang boleh dia belajar. Sains level advanced juga. Tapi kan lebih bagus kalau kita dapat dedahkan lebih awal untuk mereka. Banyak lagi mereka boleh explore nanti.

Bagi yang berminat nak dapatkan Kereta Hidrogen nih, boleh terus hubungi Encik Azril, ASCO EDUTECH. Pandai-pandai lah deal dengan beliau untuk nak dapatkan harga terbaik. Harga mampu milik, sesuai dengan ilmu yang bakal anak-anak kita dapat. Main sambil belajar!



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. seronoknya bila berada waktu di event ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. excited pula nak tahu kan apa sebenarnya konsep yang digunapakai dalam nak menggerakkan kereta nih..

      Padam
  2. wah...sgt menarik...berapa anggaran harga keta tu cg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak berapa pasti lah.. kalau tak salah dalam lingkungan rm100 - rm150 camtu jer.. cuba hubungi terus ASCO EDUTECH untuk maklumat lanjut yer..

      Padam
  3. Salam Cikgu Hailmi , cikgu ada idea x mcm mne nk bwad eksperimen yang brkaitan tenaga,kerja dan kuasa yg bole diaplikasikan dlm kehidupan seharian? Mohon jasa baik cikgu , tq

    BalasPadam