About Me

Idea P&P Sains : Oksigen Dalam Udara

Idea sains ini dikongsikan oleh Cikgu Yunos Mohd Diah dalam group Cikgu Sains Kreatif. Aktiviti daripada Sains Tingkatan 1 ini adalah eksperimen mengenai peratusan kandungan oksigen dalam udara. Eksperimen mudah, tetapi menarik sebab pelajar dapat melihat terus perubahan aras air yang berlaku apabila oksigen dalam balang digunakan untuk proses pembakaran. Tahniah cikgu!


Eksperimen peratusan oksigen dalam udara


Eksperimen peratusan oksigen dalam udara



Hasil akhirnya, 1/5 daripada balang akan dipenuhi air. Ini membuktikan bahawa terdapat 20% kandungan oksigen dalam udara. Gambar di bawah ini pula dikongsi oleh Cikgu Shawany Shabir, hasil eksperimen bersama anak muridnya. Tambahan gelang getah digunakan bagi memperlihatkan peratusan kandungan oksigen dalam udara dengan lebih jelas.

Eksperimen peratusan oksigen dalam udara





Catat Ulasan

1 Ulasan