About Me

Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin

Selesai ceramah saya di SMK Mergong, saya terus bergerak ke Kuala Lumpur untuk memenuhi satu lagi jemputan di sebuah sekolah di Kajang. Dalam perjalanan sambil-sambil melihat update di Facebook, tiba-tiba tergerak pula hati bermesej nak berjumpa dengan Cikgu Yasmin Noorul Amin. Kenal tak siapa Cikgu Yasmin nih?


Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin


Cikgu Yasmin Noorul Amin nih adalah merupakan cikgu kimia di sekolah SM La Salle. Nama beliau mula dikenali selepas kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, apabila telah tersenarai antara 50 guru terbaik dunia dalam satu pertandingan antarabangsa, iaitu Global Teacher Prize. 

Perkenalan dengan Cikgu Yasmin bermula di facebook apabila beliau menegur saya untuk bertanyakan mengenai Guru Cemerlang. Lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Min, beliau betul-betul ambil peluang untuk mengutarakan pelbagai soalan yang mengelirukan dirinya selama ini, terutamanya yang berkaitan dengan Guru Cemerlang.


Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin


Tidaklah saya nih arif sangat, tetapi boleh lah nak berkongsi mengenai sedikit sebanyak mengenai Guru Cemerlang. Apatah lagi carian di Google mengenai Guru Cemerlang, pasti akan membawa kepada blog saya melalui entri Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 1 dan juga 7 Kelebihan Jadi Guru Cemerlang

Kebetulan pula, semasa saya mahu ke Kajang, Cikgu Yasmin sedang berada di Terminal Bas Bersepadu. Maka saya ambil kesempatan untuk bertemu dengan beliau sebelum saya sendiri mencari tempat menginap di sana. Alhamdulillah, segala perancangan dipermudahkanNya. Pertemuan yang dijanjikan berjalan dengan lancar dan tanpa masalah.


Pengalaman Jumpa Cikgu Yasmin Noorul Amin


Ditemani suaminya, Kak Min memang seorang yang peramah dan mudah didekati. Walaupun baru pertama kali berjumpa, tetapi banyak pula perkara yang kami bualkan. Pertemuan singkat, tapi penuh bermaklumat. Sempat juga kami berkongsi beberapa pendapat mengenai isu pendidikan di Malaysia. Tak lupa juga perkembangan terbaru mengenai perjalanan kerjaya beliau dan juga saya sendiri. 

Kejayaan Cikgu Yasmin di peringkat dunia ini sudah pasti membuka banyak mata mengenai kualiti dan kemampuan guru-guru kat Malaysia. Nampak tak, betapa hebat dan standardnya cikgu Malaysia dalam kalangan pendidik dunia.

Untuk Kak Min, saya ucapkan semoga terus berjaya dalam perjalanan sebagai seorang guru. Pedulikan kata orang dan teruskan memberi inspirasi kepada lebih ramai guru dan murid.. Saya support! ;)



Catat Ulasan

0 Ulasan