.

.

KARTiKEL

Selasa, 28 April 2015

Ukur Kefahaman Pelajar Guna Sistem Kad Trafik Light

Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru yang menggunakan gelaran Sepatu Putih bagi akaun Facebooknya dalam Cikgu Sains Kreatif. Menggunakan pendekatan pembelajaran abad 21, maka terhasil lah Sistem kad atau sistem warna yang menggunakan warna hijau, kuning dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar. Ada kelainan.



Ukur Kefahaman Pelajar dalam Kelas Guna Sistem Kad Trafik Light


Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut.



Ukur Kefahaman Pelajar dalam Kelas Guna Sistem Kad Trafik Light


Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi  jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.



Ukur Kefahaman Pelajar dalam Kelas Guna Sistem Kad Trafik Light


Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna hijau tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh guru! ;)



Ukur Kefahaman Pelajar dalam Kelas Guna Sistem Kad Trafik Light


Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan emoticon senyum bagi hijau, sedih untuk merah dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh yang lebih panjang. Selamat mencuba!


9 ulasan:

  1. Kami guna sistem traffic light ntuk kes Disiplin.. 😊

    BalasPadam
  2. Bagaimana kita nak pastikan keberkesanan sistem ni pada kelas belakang ye cikgu? Macam cikgu tulis selalunya mereka akan angkat saje warna hijau utk elakkan disoal..

    BalasPadam
  3. Bagaimana kita nak pastikan keberkesanan sistem ni pada kelas belakang ye cikgu? Macam cikgu tulis selalunya mereka akan angkat saje warna hijau utk elakkan disoal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. soal mereka semula secara rawak bagi menguji kefahaman mereka.

      Padam
  4. cadangan saya, suruh semua dirikan warna merah, bila akhir, suruh tukar mengikut kefahaman mereka.

    BalasPadam
  5. x nmpk mcm abad 21 lgsung. sape pnye idea laa ni. mcm tadika n abad 17 jek. sepatotnye abad 21 ni da pkai notebook je.. konon dlu bg tp bazir gitu je. tah hape2 pny sistem laa kmenterian ni. sume da mcm ahmad maslan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. kan.. tak canggih langsung..

      Padam
  6. TQ CIKGU HAILMI KONGSIKAN..

    BalasPadam
  7. Terima kasih Cikgu atas semua pengkongsian Abad ke21.sangat2 membantu

    BalasPadam