.

.

KARTiKEL

Sabtu, 4 April 2015

Ceramah Sains PT3 di SMK Jerlun

Peluang untuk menyampaikan ceramah di sekolah sendiri merupakan sesuatu yang aneh bagi saya. Seringkali saya menolak, dengan alasan pelajar sendiri biasanya kurang berminat dengar ceramah daripada cikgu sendiri biar lah sehebat mana pun cikgu tu. Tapi atas desakan dan pujukan daripada beberapa rakan dalam Panitia Sains, maka saya layankan jer.




Kebetulan pula saya masih baru di sekolah tersebut. Apatah lagi saya juga tidak mengajar mereka. Maka peluang ini diambil sebaik mungkin untuk dijadikan alasan kepada saya untuk memberikan ceramah tersebut. Ok lah.. Ok lah... Hu3

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada kesemua calon PT3 pada tahun ini. Seramai hampir 80 orang pelajar Tingkatan 3 yang terlibat. Saya bernasib baik kerana, ramai yang datang membantu menguruskan hal disiplin bagi memastikan kelancaran program ini. Puan Pengetua, PK HEM, Guru Disiplin, Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia Sains, Guru Cemerlang Sains semua turun memberi sokongan. Hebat!










Bengkel ini adalah lebih kepada cara dan teknik umum untuk menjawab soalan Sains PT3. Tiada teknik khusus yang dapat saya berikan memandangkan PT3 masih baharu, belum nampak corak dan juga masih mungkin boleh berubah-ubah. Maka penekanan adalah diberi kepada cara mengenalpasti kata kunci dan kata tugas pada soalan, teknik berfikir secara KBAT dan juga cara memupuk minat untuk belajar subjek Sains.

Extra : 8 Tips Menjawab Soalan Sains PT3







Secara keseluruhannya, diharapkan melalui bengkel ini para pelajar dapat belajar Sains dengan lebih baik, mempraktiskan teknik menjawab dengan lebih berkesan dan membudayakan amalan KBAT dalam kehidupan seharian supaya dapat membantu mereka menjawab dengan lebih baik.

Terima kasih juga buat pihak sekolah yang menyediakan Sijil dan juga sedikit token untuk saya sebagai tanda penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib. Terima kasih banyak!




Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan, Kak Pah, Kak Ayu dan Kak Jas yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk memberikan yang terbaik. Serta memastikan program berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Semoga juga adik-adik pelajar memperoleh ilmu yang berguna untuk mereka semasa menjawab soalan Sains PT3 nanti. 





1 ulasan: