.

.

KARTiKEL

Jumaat, 17 April 2015

Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah

Ramai antara kita yang kadang-kadang terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi membeli peralatan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam kelas. Visualizer adalah antara salah satu contoh alatan yang boleh membantu pengajaran guru di dalam kelas. Namun harga yang perlu dikeluarkan adalah agak tinggi dan perlu dipertimbangkan dengan baik oleh guru-guru yang juga mempunyai komitmen lain. 

Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah


Tapi kini anda dah tak perlu keluarkan kos yang tinggi bagi membina sendiri Visualizer. Caranya pun mudah dan pemasangan nya juga senang tanpa melibatkan banyak kerenah. Jom kita tengok bagaimana cara membina sendiri visualizer dengan kos yang paling murah dan mudah.


1. Beli Webcam
Dapatkan webcam (kamera web) yang ada di pasaran. Pada waktu sekarang, webcam dengan harga Rm50 pun sudah boleh mendapatkan kualiti video dan gambar yang bagus dan berkualiti. Lebih mahal, lebih lah bagus! Jangan lupa juga install software dan driver yang disertakan bagi membolehkan webcam berfungsi dengan baik.


Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah


2. Sambungkan ke Komputer
Webcam tadi disambungkan ke komputer anda dengan menggunakan USB. 


3. Sambungkan Komputer ke LCD Projektor
Komputer yang anda gunakan kemudiannya perlu disambung ke LCD Projektor. Jika mahu sambungan yang lebih berkualiti, gunakan sambungan HDMI.


Bina Visualizer Murah Dengan 4 Langkah Mudah


4. Perisian Webcam
Buka perisian webcam yang sudah anda install tadi. Uji kedudukan webcam bagi membolehkan visual dapat dilihat dengan lebih jelas dan baik. Kemudian kepit webcam tadi dengan menggunakan tripod / kaki retort / apa-apa yang membolehkan webcam tersebut berada tepat di tempat sasaran. Dan seterusnya, anda boleh lah menggunakan 'visualizer' baru anda tersebut.

Selamat mencuba!


Kredit foto : Cikgu Amanz Samad (group FB Cikgu Sains Kreatif)



11 ulasan:

  1. waaa sy punya post masuk dlm web ni. banggenye. hehehe. tq2 cikgu hailmi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cg macamna kl kite nak sambung trus ke LCD jer

      Padam
    2. gune laptop..then lptop smbg kt lcd

      Padam
  2. Visualizer terus ke lcd boleh tak?

    BalasPadam
  3. Salam..bley tak nak tahu mcmna kl nak tros smbg ke LCD...mahon bantuan yg pakar

    BalasPadam
  4. Salam..bley tak nak tahu mcmna kl nak tros smbg ke LCD...mahon bantuan yg pakar

    BalasPadam
  5. sambungan ke LCD boleh gunakan melalui laptop cikgu macam biasa.. seolah2 paparan daripada laptop

    BalasPadam
  6. Maksudnye sy tak nak gune laptop langsung.cume Dr visualiser trus projektor.sy tak tahu komponen apa yg digunakan

    BalasPadam
  7. Boleh guna kamera digital untuk sambungan terus ke LCD. Cucuk kabel yg ada jack warna putih kuning tu.

    BalasPadam
  8. Klo nk guna smarphone or ipad or tablet direct ke lcd projector pun bole asalkan rakan beli adapter utk sambungan terus ke lcd

    BalasPadam