.

.

KARTiKEL

Sabtu, 7 Mac 2015

Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan

Apabila saya menerima panggilan telefon daripada Encik Johari, saya sangat lah teruja. Terus saya menyatakan setuju atas tawaran beliau. Ini kerana buat pertama kalinya saya akan melibatkan diri dengan program bersama anak-anak Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi seluruh negeri Kedah di bawah program Jabatan Zakat Kedah. Alhamdulillah atas rezeki. Dan alhamdulillah juga atas peluang jarang-jarang sekali ini.

Saya akan berkongsi teknik menjawab soalan Sains PT3 dengan adik-adik dari 'sekolah pondok' ini. Dan program akan berlangsung selama hampir 2 bulan, dengan melibatkan 18 buah sekolah SABK di 7 venue yang berbeza. Meletihkan jika dengar jadual dan komitmen yang nak diberikan. Tetapi atas dasar nak membantu adik-adik SABK ini, maka saya usahakan juga perkara ini agar menjadi realiti.



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Sesi yang pertama berlangsung di Kem Kenari. Dalam surat tertulis, Kem Kenari di Kuala Nerang. Disebabkan saya nih pun baru je mula nak menjelajah balik semula ke bumi Semenanjung nih, maka mula lah bertanya rakan-rakan guru di sekolah jalan nak ke Kuala Nerang.

Sesampainya di sana, bila menghubungi mereka yang bertanggungjawab, rupanya saya dimaklumkan bahawa Kem Kenari tersebut berada di Yan! Penganjur salah letak alamat pada surat jemputan. Waaaaaaa... rugi masa saya sejam lebih di atas jalan kerana menuju ke arah yang berlainan. Walaupun hati bengkak atas kesilapan yang sepatutnya tak berlaku, tapi bila memikirkan anak-anak SABK yang nak diajar pada hari esoknya, maka ku gagahi juga menuju ke Yan, dengan sejam lebih juga perjalanan.



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Mujurlah saya tak mengalami masalah ketika nak mencari Kem Kenari tersebut. Laluan menuju ke kem, hanya lah lorong kecil yang terletak berdekatan dengan Maktab Mahmud (Yan) arah menuju ke kawasan air terjun terkenal, Titi Ayun. 

Disebabkan dah tiba agak lewat, dalam jam 10 malam, maka saya ambil keputusan untuk terus berehat sambil membuat sedikit persediaan untuk esoknya. Daripada perbualan ringkas, maka tahulah saya ada 3 buah SABK yang akan ikut serta untuk minggu ini, iaitu sekolah pondok legenda zaman berzaman, iaitu SMA Taufikiah Khairiah al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pakya, SMA Daris dan juga Al-Maahad Addini Alor Setar.

Keesokan harinya, saya bangun awal dan mula bertegur dengan para pelajar semasa sarapan pagi. Sejuknya alahai  mata memandang melihat perwatakan pelajar-pelajar ini. Tertib. Sebaik sahaja sesi bermula, saya terus memulakan sesi perkenalan. Rupanya, terdapat juga beberapa orang pelajar dari negara jiran, Thailand yang bersekolah di SABK tersebut. 

Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Selesai memperkenalkan diri, maka saya mulakan sesi teknik menjawab soalan Sains PT3. Saya cuba sampaikan sebanyak mungkin maklumat yang sekadar termampu saya. Semoga perkongsian saya boleh membantu adik-adik tersebut untuk menjawab dengan lebih baik selepas ini. Yang lebih bagusnya kerana mereka bermula awal. Maka sempat lagi bagi mereka untuk belajar dengan betul sebelum menghadapi PT3 sebenar yang dijangka pada Oktober nanti.

Walaupun pada mulanya mereka malu-malu dan diam, tetapi lama kelamaan semakin bagus penerimaan dan respon mereka. Ada juga yang berani bertanya dan mencuba menjawab soalan. Beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam semasa sesi ceramah, saya hadiahkan dengan Kalender Solat 2015 Cikgu Hailmi (Edisi Terhad). Sebagai galakan untuk mereka, dan kawan yang lain.



Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan


Kesempatan ini juga saya ambil untuk bertanyakan kemudahan makmal di sekolah mereka. Rata-rata mereka mengatakan kemudahan adalah agak kurang memuaskan. Walau bagaimanapun keadaan adalah semakin baik dari masa ke semasa. Maka saya harapkan pihak yang bertanggungjawab, atau pun mungkin yang merasa terpanggil untuk datang menyediakan makmal yang lebih sempurna untuk adik-adik ini. 


Ceramah Sains PT3 Untuk Pelajar SABK di Kem Kenari Yan
Abang-abang dan kakak-kakak fasi

Sebelum mengakhiri sesi ceramah, sempat juga saya kongsikan beberapa idea dan teknik untuk belajar Sains dengan lebih baik. Penerapan unsur student-centred dan juga project based learning diharapkan dapat membantu adik-adik pelajar tersebut untuk keluar dari kelompok pemikiran biasa mereka.

Saya doakan semoga adik-adik ini berjaya dunia dan akhirat. AMin! ;)





2 ulasan:

  1. Kesian cikgu tersalah jalan sampai ke Kola Nerang..

    BalasPadam
  2. mcm mane nak contact cikgu utk ceramah pt3?

    BalasPadam