About Me

12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

Selepas keputusan SPM diumumkan, antara perkara yang sering menjadi pertanyaan adik-adik calon SPM adalah, apakah kelebihan naik tingkatan 6. Masing-masing cuba memikirkan strategi dan langkah terbaik bagi menentukan haluan yang lebih menjamin masa depan. Maka Tingkatan 6 adalah salah satu lagi pilihan yang tak boleh dipandang sebelah mata oleh mana-mana pihak. Jom kita tengok apa kelebihan bagi pelajar yang memilih untuk naik ke Tingkatan 6.


12 Kelebihan Naik Tingkatan 6
12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

01. Terus Sambung Ijazah
Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.


02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan. 


03. Kerja Kursus
Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.


04. Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. ;)


05. Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.


06. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 


07. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu. 


08. Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.


09. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.


10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara. 


11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.


12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.


Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!

kredit : Cikgu Mohd Radzif, SMK St Joseph, Kuching, Sarawak, Cikgu Nurbaida Akma, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak dan Cikgu Norzuraini Abdul Mutalib, SMK Kuala Perlis, Perlis





Catat Ulasan

213 Ulasan

  1. setuju sangat.... STPM bagi sy jalan terbaik nak masuk U... Yuran murah, tak payah wt PTPTN lgi.. Dah masuk ijazah ni 4tahun dh 24K...huh! tp alhamdulillah...plan2 dh bayaq

    BalasPadam
  2. Lepas STPM, apply Ijazah UiTM. Yuran UiTM paling murah antara semua IPT di Malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tnye kalau amik degree, amik bidang yg kita minat or mcm mne??

      Padam
  3. Apa keburukan Form 6?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak kena tahan maki dengan makcik2 kat kampung yg kata form 6 adalah budak yg kurang pandai

      Padam
    2. Cara nak ubah pandangan tu,minta adik- adik aliran sains n sastera yg cemerlang pilih ting.6.Sebab orang pandai kena dpt ganjaran yg lebih baik bkn diploma sahaja.Barulah adil!

      Padam
    3. Takut cikgu yang mengajar tak dedikasi dan berintegriti,berpengetahuan rendah.Lagi satu murid itu malas di mana pun tak berjaya .

      Padam
    4. Assalam...utk makluman guru2 yg mengajar T6 90% adalah guru-guru senior dan berpengalaman luas dalam dunia keguruan. Titik kejayaan adalah di tangan pelajar itu sendiri. Diberikan guru terbaik di dunia pun tidak akan membuahkan kejayaan kalau sikap pelajar itu sendiri yang tidak mahukan kejayaan.

      Padam
    5. Hahaah tahan maki sya pun nk apply stpm tpi kne tahan maki family sbb spm sya mngkin x brpe

      Padam
    6. Kita ni kadang kadang nak salahkan orang lain tapi sebaliknya orng yang kita pandang rendah tu lah yang mampu mengubah masa hadapan kita.

      Padam
  4. bersyukur sngt dapat masuk form 6,sy sanggup masuk form 6 dan tolak tawaran diploma kejururawatan d Universiti Darul Iman,ganu....skang sudah tahun akhir di Universiti Malaysia Terengganu,x sabar nak graduate.... apapun,terima kasih SMK PAHI dan SEMUA GURU SMK PAHI TERCINTA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu stpm sains okayy takk kalau subjek sains semua b ?

      Padam
    2. Salam. Saya ambil aliran usuludin di f6.ustazah saya ckp pelajar yg ambil usuludin ni hnya untk gred sahaja. Saya nak tnya aliran mcm saya ni bole sambung aliran apa lagi?

      Padam
    3. Salam. Saya ambil aliran usuludin di f6.ustazah saya ckp pelajar yg ambil usuludin ni hnya untk gred sahaja. Saya nak tnya aliran mcm saya ni bole sambung aliran apa lagi?

      Padam
    4. rugi tolak diploma kejururawatan, peluang kerjaya sangat cerah dan boleh sambung degree kejururawatan jugak

      Padam
  5. Lepas SPM, saya masuk U terus, dapat biasiswa..tapi saya rasakan F6 lebih baik, sebab sistem macam skolah..lebih fokus, foundation lebih kukuh..kalau terus masuk U, u r on ur own..yang pandai urus diri ok lah..yang baru nak bertatih?memang ke laut lah jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. skejap yg awak maksudan terus masuk U yg pandai urus diri tu, lepasan stpm yg masuk U ke?

      Padam
  6. Setuju sgt... Sy juga pelajar lepasn STPM...

    BalasPadam
  7. Stpm bahaya kepada org yg malas,

    BalasPadam
  8. Sijil STPM diterima di 19 Universiti Awam dan Univ. Swasta dalam negara, malahan oleh banyak universiti luar negara. Boleh dapat tajaan JPA bagi program ijazah dalam negara (PIDN) dan program ijazah luar negara (PILN). STPM murah, mudah namun nilainya sangat "mahal" (tinggi).

    BalasPadam
  9. Just nk tanya mengenai kerja kursus a.k.a assignment.. dan sebenarnya apa beza susahnya sistem form 6 dgn sistem diploma?

    BalasPadam
  10. Anak saya mendapat tawaran Tingkatan 6 jurusan kemanusiaan .Belajar subjek apa dalam jurusan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahasa melayu
      kesusasteraan melayu komulatif
      literature in english
      bahasa arab
      bahasa cina
      bahasa tamil
      sejarah
      geografi
      ekonomi
      pengajian perniagaan
      akaunt
      seni visual
      sains sukan
      syariah
      ussuludin

      Padam
    2. assalamulaikum saya nk tanya kalau subjek mmg pilihan blh ambik 4 subjek jea ke?

      Padam
  11. Anak saya mendpat tawaran tingkatan 6 jurusan sains . apakah lagi bagus untuk twaran form 6 atau terus tunggu UPU?

    BalasPadam
    Balasan
    1. then ank pkcik go on dgn stpm sains till the end ke? *sekadar bertanya*

      Padam
  12. lau dh dpt stpm.bleh x apply MBBS?? sya dpt jurusan sains.

    BalasPadam
  13. stpm jurusan sains ni susah sgt ke sampai xde pelajar yg berjaya??confius ni nk ambik sains ke tidak??

    BalasPadam
  14. As salam nak tanya.saya harap sangat agar ada yg sudi memberi maklumat.saya lepasas asasi undang2 2015.bulan 5 baru dapat result.saya dapat muet band 4.cgpa belum tahu lagi.kena tunggu result.masalah sekarang.persaingan utk ke degree undang2 sgt mencabar .saya risau sekiranya sy tidak mndpt tmpat.kerana itulah saya sanggup untuk belajar di form6.tetapi saya tidak tahu cara untuk memohon ke form 6.boleh bagi maklumat untuk cara memohon ke form 6.umur saya sekarang 19 tahun

    BalasPadam
  15. berapa yuran utk masuk f6? ade sesiape yg tau tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat dalam pengetahuan cikgu, tiada yuran yang dikenakan melainkan yuran biasa yang ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing..

      Padam
    2. salam..maaf sy nak tanya.sy bekerja dan nak amik stpm persendirian sebb dulu sy tak dapat abiskan persekolahan ats sbb tertentu..masalah sy skrg mane yg lebih baik ye stp atau diploma.org ckp stpm xlaku dan banyak agensi pekerjaan tak pandang stpm..jika sy amik stpm ape matapelajaran yg patut sy ambil..STPM ATAU DIPLOMA HUHUHU

      Padam
    3. Kebetulan nama kita sama pulak. Saya pn bercadang nk buat benda yg sama mcm awak..mohon cikgu bantu kami berdua..dh lama impikan hajat ni mula2 nk ambik diploma pentadbiran awam tapi pikir2 4 tahun pjj..mohon bantuan dan cadangan ya cikgu emailkan pada saya ruslinda_77@yahoo.com

      Padam
    4. Kebetulan nama kita sama pulak. Saya pn bercadang nk buat benda yg sama mcm awak..mohon cikgu bantu kami berdua..dh lama impikan hajat ni mula2 nk ambik diploma pentadbiran awam tapi pikir2 4 tahun pjj..mohon bantuan dan cadangan ya cikgu emailkan pada saya ruslinda_77@yahoo.com

      Padam
    5. stpm perlu bayar yuran PIBG jerr...lepas tu dengan kelas tambahan..

      Padam
  16. saya tak dapat tawaran IPTA. pada mulanya, saya dapat aliran sains fizik , tapi sekarang saya tukar kepada sejarah ( kemanusiaan ). so course apa yang boleh saya apply nanti lepas habis STPM ? then peluang pekerjaan apa yang ditawarkan jika saya ambil kemanusiaan ? dalam dilema sekrang ni.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum saya sekarang belajar di aliran kmanusiaan dalam form6. Saya mdapat tawaran diploma bangunan di Uitm.saya minat course tsbut tapi Saya tak tahu mana stu kputusan yang tepat kerana rmai org di skolah suruh saya mgambil form6 dahulu. manakah yg lebih baik cikgu ? Saya sangat keliru skrg.

    BalasPadam
  18. sains sukan , geo dan bm , apa pndapat ckgu !?

    BalasPadam
  19. kombinasi sejarah dan seni visual apa pendapat cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuanya bergantung kepada apa perancangan Erma di masa akan datang. Maksudnya ketika untuk sambung belajar ke universiti kelak. buat kajian sket tentang keperluan subjek bagi kursus yang ingin diceburi.
      semoga berjaya Erma!

      Padam
  20. saya bekas pelajar kolej matrikulasi labuan..dan sekarang saya di UKM..saya tengok majoriti pelajar yg ambl kos2 high class asal dri mattikulasi dan asasi..

    BalasPadam
  21. Cikgu boleh tak syorkan kat mana saya boleh masuk stpm?

    BalasPadam
  22. Salam cikgu, sya lepasan stpm 2012 ttp gagal sekiranya sya nak ulang stpm baharu adakah buku teks stpm 2012 (lama) masih sama dgn stpm baharu?

    BalasPadam
  23. Dengan stpm saja, boleh ke dapat kerja?
    Bidang pengajian ke peringkat seterusnya, boleh pilih ikut pasaran kerja??

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu sy, bekerja dengan sijil stpm gaji lebih tinggi dri spm sbb taraf diploma. sy pun ambik stpm.

      Padam
  24. STPM amat berguna pd pelajar2 marhaen kerana - yuran yg rendah, bukan rendah tp berbaloi2... isnyAllah anak saya akan masuk F6.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju puan.. inshaAllah saya doakan anak puan akan berjaya masuk universiti dengan cemerlangnya nanti

      Padam
  25. minta tolong cikgu jelaskan, boleh tak anak saya yg bukan jurusan sains spm, tetapi minat Pula nak ambil sains stpm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa tak boleh rasanya. sebab beliau tak ada basic dalam subjek Fizik Kimia Biologi. Tentu akan menyukarkan beliau untuk belajar semasa STPM nanti. Bukan minat sahaja yang menjadi faktor penentuan untuk belajar, tetapi juga adalah kemampuan untuk belajar itu sendiri.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  26. As salam cikgu.. saya nk tnya, kalaw kita fail 1 subjek, contoh ekonomi, kita perlu ulang ekonomi sahaja or semua subjek ? saya pernah duduki STPM pada tahun 2009 tp bad result..harap cikgu tlg rply kt emel saya.. ita_smily89stresso@yahoo.com....tq

    BalasPadam
  27. salam cikgu , saya berumur 17 tahun dan spm tahun 2106 ini cikgu boleh bantu saya kah ? saya binggung mana yang lebih bagus untuk saya sambung belajar antara form6 dan diploma . saya berminat sangat nak jadi peguam dan guru tapi saya binggung mana yang lebih sesuai untuk saya pergi . jika belajar di form6 boleh kah saya sambung ijazah perguruan ? atau peguam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Form 6 boleh masuk perguruan & law. Kawan sekelas saya f6 ada yg ambil perguruan d upsi & ada yg ambil law sekarang di um. Nanti adik check subjek stpm apa yg diperlukan klu nak ambil ijazah perguruan atau law

      Padam
  28. Salam sejahtera cikgu. Saya, pelajar spm 2015, ingin bertanya adakah subjek-subjek sains seperti Biologi, Kimia, Matematik dan Fizik akan diajar dalam Bahasa Inggeris pada peringkat STPM? Mohon cikgu dapat jawab secepat mungkin. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, all STPM Science subjects (Physics, Chemistry, Biology, ICT, Maths T/M/Further) are in english. :)

      - STPM 2015/2016 here -

      Padam
    2. Sebenarnya dwibahasa dan dalam exam boleh jawab dalam Bahasa melayu atau Inggeris tetapi majority sekolah ajar dalam Bahasa inggeris

      Padam
  29. Assalamualaikum cgu.. Saya pelajar lepasan stpm tuk thn 2015,.. Sekarang perlu tunggu tuk kptsn keseluruhan stpm. Soalan saya, berapa syarat pointer untuk masuk dalam bidang pendidikan or perguruan. Terima kasih.

    BalasPadam
  30. Saya kini semester ke-2 tingkatan 6. Tiada bantuan voucer buku sejak semester 1. Gagal dapat biasiswa pada permohonan semester 1. Semester ini ingin memohon sekali lagi biasiswa, tapi guru berkaitan memaklumkan tiada lagi biasiswa untuk tingkatan 6.
    Pernah rujuk ke jpn bila diminta berbuat demikian bila gagal perolehi biasiswa pada semester 1. Pegawai jpn memaklumkan pihaknya hanya proses data yg diperolehi dari pihak sekolah. Data berbeza.
    Untuk rekod saya dulu penerima bkpII dari tingkatan 1-5. 2 adik saya di sekolah menengah juga penerima biasiswa bkpII.
    Dulu saya ada dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat diploma di politeknik. Oleh kerana keadaan keluarga, saya tolak.
    Ayah saya uzur dan hilang punca pendapatan sejak 2012 kerana jatuh sakit. Ibu hanya pembantu rumah.
    Benarkah tiada lagi biasiswa untuk tingkatan 6 & bantuan voucher buku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasiswa saya tak pasti tp klu voucher buku tu mmg ada. saya pernah terima waktu form 6 & begitu juga dgn junior form 6 saya, mereka ada terima voucher buku.

      Padam
  31. Assalam. Saya pelajar lepasan SPM. Saya tidak mahu lagi mengambil subjek sains. Guru saya pernah memberikan cadangan kepada saya untuk mengambil STPM kerana masanya juga pendek. Tetapi setelah saya search mengenai STPM di google, katanya STPM adalah peperiksaan tersusah di Malaysia. Saya jadi keliru. Apakah yg dimaksudkan dengan 'Peperiksaan Tersusah di Malaysia' ? Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin adik boleh tukar kos lain apabila masuk stpm. Ambil kos kemanusiaan. Exam dia x susah, cuma perlu rajinkan diri untuk belajar dan ulangkaji. Ada sebahagian dari paper tersebut di buat oleh lecture di peringkat universiti.tapi guru f6 banyak membantu. :)

      Padam
    2. Saya pun student sains waktu spm tp time stpm ambil kemanusiaan. Alhamdulillah sekarang dah ambil degree sem 3. Mmg stpm susah klu kita ambil lewa tp klu kita rajin mmg tak ada masalah. Kawan saya ada yg dpt cgpa 4. Guru f6 selalunya akan bantu pelajar & ada juga siap bg kelas tambahan klu nak

      Padam
    3. Masuklah dulu x susah banding aliran sains lagi susah.Sy dh rasa dua2

      Padam
  32. Kalau dapat stpm aliran sains apa subjek yg akan dipelajari dan berapa byk ? Kita yg decide ke atau sk yg decide sbjk tu ? Satu lagi kalau nk amik medic kena amik.sbjek apa ye for stpm? TK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya 4 subjek sahaja, subjek sekolah yang tentukan, awak boleh buat research subjek apa yg diajar di sekolah trsebut,

      Padam
    2. STPM aliran sains would be Physics, Chemistry, Biology, Maths T/M/Further and ICT. FOr medic better ambil chemistry & biology + sports science, sbab 3 subject tu tdk perlu maths yg mendalam mcm physics.

      Padam
  33. Assalam, sy lpsan spm 2015 dan bleh nak tahu. Dalam tingkatan 6 ada aliran apa ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aliran sains & aliran kemanusiaan(sastera)

      Padam
  34. result SPM saya adalah ke laut tp layak amik STPM...dengan 5 subjek saya berjaya dapat 4A1B. STPM adalah jalan mudah untuk sambung belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya lepaan spm 2017 tpi x yakin dgn result yg akn kluar nnti agak2 boleh dpt ke stpm kalau spm teruk sgat???

      Padam
  35. Assalamuailaikum cikgu saya lepasan spm 2013 prnah dpat form 6 untuk 2014 tetapi saya gagal hadir pada tahun tersebut ...adakah saya boleh memohon semula atau rayuan

    BalasPadam
  36. Assalamm..apakah subjek yg ditawarkn dlm f.6 aliran sains.slps stpm smbung degree brp tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya, klau awak nak tahu subjek aliran sains, mesti buat research mengikut sekolah yang anda dapat, kerana ada sekolah tidak sama subjeknya, sambung degree based on your course,

      Padam
  37. Tingkatan 6 untuk pelajar-pelajar yang rajin,bukan untuk pelajar yang pandai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg betul utk pelajar rajin tp ada juga yg pandai dpt keputusan ok spm siap ada tawaran tp nak sambung stpm

      Padam
    2. Statement anda salah. Sy candidates SPM 2014 dngn result 9A1B+ pun ambil STPM. Why? Becoz ikut kemampuan. Lgipun kbnyakan syllabus science STPM kebanyakan (atau hampir keseluruhan) syllabus degree first year.

      Padam
    3. susah tak belajar STPM dalam aliran sains?

      Padam
  38. Sebenarnya bergantung pada individu dan peluang yg diberikan..saya dulu berhenti form 6 kerana dapat tawaran dari sebuah ipt utk course yg mmg saya mahu..jadi saya pilih utk ke ipt tersebut..

    BalasPadam
  39. Asslammualaikum.. cikgu.. saya berminat dalam dunia perniagaan dan perakaunan.. SPM 2015 yg lalu saya merupakan student akaun.. boleh saya tahu jumlah subject keseluruhan yg wajib saya ambil dalam dunia perniagaan atau akaun mengikut pembelajaran di Tingkatan 6 .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekonomi+Pengajian perniagaan/Akaun+apa2 ja atau eko+PP+akaun

      Padam
  40. Cikgu hailmi bolehkah bagi yang tak dapat keputusan ok maksud saya ada Gred B,C+ D dan E ,layak dapat form 6 .tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anuska, awak jurusan apa??...Kalau Sastera, aku rasa boleh/layak masuk tingkatan 6. Berdasarkan pengalaman aku dulu.
      Aku dulu SPM cuma dapat 3A+,3A,3A-. Walaupun aku dapat tawaran sambung belajar di IPTA di USM/UPM tapi aku tolak sebab aku tak minat bidang yg ditawarkan. Tapi Alhamdulillah Aku masuk Tingkatan 6, sebati dengan gaya aku sbb suka yang cabaran tinggi. Anyway..Aku Bangga Masuk Tingkatan 6 Sesi 2015.
      Kepada pelajar2 yang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6, Berusaha, Baca Buku, Fokus, Yang penting buat KK (Kerja Kursus) sampai dapat A sebab itu markah bonus bagi korang.
      Semoga Berjaya. All The Best

      Padam
    2. Lulus BM dan Sejarah kalau x silap

      Padam
  41. Assalamualaikum cg hailmi, saya dari aliran sc...berminat dlm jurusan kemanusiaan, tetapi ade yg bilang sy x boleh ambil jurusan tersebut kerana tidak ambil Ekonomi Asas.Betol ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,bagi pendapat saya ,jika ingin mengambil jurusan kemanusiaan tidak semestinya kena ambil ekonomi asas. Aliran sains sememangnya bagus,tetapi bergantung pada kemampuan sendiri. Jika anda mampu meneruskan aliran sains,teruskan usaha. Jika tidak, adalah lebih baik secepatnya menukar jurusan kerana akan menyusahkan diri sendiri kelak. Ini berdasarkan pengalaman saya. abaikan kata2 orang,kita yang ingin berjaya bukan mereka.

      Padam
  42. ASSALAMUALAIKUM CIKGU, saya seorang lepasan STPM tahun ini, saya ingin bertanya, adakah pelajar lelaki yang mendapat pointed rendah boleh menlanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pertama. "Ada sesetengah pihak kata, bagi pelajar lelaki peluang untuk sambung belajar lepasan STPM adalah cerah dan tinggi.Saya juga pening untuk memohon program atau pengajian utk sambung belajar. Mohon bantuan cikgu dan kalian.

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum cikgu hailmi , saya ingin bertanya , saya masih berada di tingkatan 4 dan benar-benar berhasrat ingin menlanjutkan pengajian stpm , tujuan saya ingin melanjutkan sptm kerana hasrat saya ingin menyambung pengajian di negara korea dan mendalami bahasa korea , jika saya ingin belajar ke korea course apa yang saya perlu ambil ?? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. sijil stpm diterima seluruh dunia termasuk korea. termasuk bidang yang adik ingin. aliran sains or kemanusiaan yang adik ingin?ikut juga minat

      Padam
  44. Salam, saya dapat 5B+ 2B 1C+ 1G(mathematics) saya dari bidang sastera masa spm saya ambil seni/tswur/pd jadi dengan result macam tu boleh ke masuk ting 6?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wei barbie. Ni wafri yg add google acc you. I guess we are on the same boat. So can we talk? Boleh cakap?

      Padam
  45. Assalam..sy pelajar spm 2015..n sy dpt tawaran f6 jurusan kemanusiaan..tapi sy taknak jurusan tu..sy nak jurusan sains sbb mmg sy spm amek jurusan sains..pastu kalau nk tukar jurusan tu bleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam... cg saya pljr spm2015 ... aslnya spm sye mmg amek aliran sains .. tp f6 2016 sy dpt tawaran kemanusian... tapi mmg la saya bermnt untuk sambung aliran sains.. tp betulke trllu susah sgt cg. Sy ade jgk trpkir nk amek spm lagi skli

      Padam
    2. kalau awak dpt sastera tak bole tukar kpd sains sbb petempatan awak dalam stpm berdasarkan result spm awak. maksudnye awak tak layak ambil jurusan sains. maaf kalau tersalah cakap

      Padam
  46. Boleh tak quit f6 kalau dpt tawaran drpd IPT?
    Mohon pencerahan

    BalasPadam
  47. Saya lpsn spm sya ingin smbg stpm cita2 sya menjadi guru jurusan apa patut saya ambil

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum.. form 6 sy dpt jurusan kemanusiaan .. cita2 sy nk jadi cikgu satu hr nnty.. kirenya.. lepas f6 nnty blh masuk u amek ijazah pendidikan la kan? Soalan sy.. subjek apa yg sy perlu ambil d f6 yg membolehkan sy jd cg nnty?

    BalasPadam
  49. Salam cikgu, yg sy nmpk ramai pelajar aliran sains tukar ke aliran kemanusiaan di f6. saya dpt jurusan sains dan minat subjek tersebut. Saya nak sambung degree dlm bdg sains tapi sy takut kalau tak dapat angkat subjek tersebut nanti. Masa sy form 5 pernah juga regret ambil sains. Takut situasi yang sama berulang. Result spm saya Bio-B,Math-A,Chem-C+,Phys-C,Addmath-D. Rasanya boleh tak saya teruskan jurusan sains?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy cdgkn awk tkr jurusan ke kmanusiaan sbb kputusn awk lebih berarahkan kpd kemanusiaan. Klau minat betul2 kpd sains, msuk matriks. Lebih senang dari stpm. Result awk layak utk PDT.

      Padam
  50. Hi cikgu..nak tanya ..saya masa spm pelajar pure sc..lepas keluar results. .bm.bi.sej ngan moral je dpt A..subjek lain lulus..Addmaths gagal..skrg saya dpt jurusan kemanusiaan. .sy nk tNye kalau jurusan kemanusiaan. .ade subjek apa ye?? Jurusan kemanusiaan untk pejar acc je ke.,?? ? Kalau bljr jurusan kemanusiaan boleh jdi ape ye??? Saya berhasrat utk jadi marine biologist. .tp bio saya c..kalau masuk jurusan kemanusiaan. .saya x de chance utk pilih bidang sains masa kat uni ke,? ? thanks..

    BalasPadam
  51. Salam cikgu. Pada pendapat cikgu antara tingkatan enam dan institut kemahiran mara(ikm) mana satu yang ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cadangkan form 6. sori menyampuk hihi

      Padam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum cikgu.Saya nak tnya,,sekiranya saya punya pointer rendah bgi stpm,,adakah saya masih tetap berpeluang untuk mndapat ijazah? minimum berapakah pointer yg membolehkan saya untuk mndpt ijazah?

    BalasPadam
  54. assalam cikgu ... saya mendapat tawaran form 6 aliran sastera.tapi sy masih tak tahu apa kos yg patut saya ambil untuk jadi seorang guru .sebab saya sangat minat menjadi guru.memandang kan keputusan spm 2015 sy tidak seberapa bagus .jadi sy pilih form 6 sebagai peluang kedua saya untuk menjadi seorang guru..boleh cikgu tolong saya.

    BalasPadam
  55. contoh kerja kursus dye mcm mne ea?

    BalasPadam
  56. Hi cikgu.. Saya dapat tawaran form 6 jurusan sains.. Cikgu rasa apa subjek yang perlu saya ambil kalau nak jadi guru sekiranya saya ambil jurusan sains..lagipun Saya minat nak jadi guru matematik 😆 saya harap sangat cikgu dapat tolong saya..

    BalasPadam
  57. T 6 baik untuk mematangkan diri sebelum ke U.peringkat ini penting untuk bina diri,usaha kendiri amat penting,memang ilmu yang relevan datang dari jerit payah,kalau nak senang saja tak payah belajar.Banyak murid dapat menebus kesalahan lampau melalui T6.Usaha tangga kejayaan.

    BalasPadam
  58. Konsep kononnya T6 susah perlu dikikis,kebanyakan ibu bapa terima bulat bulat kenyataan seperti ini.

    BalasPadam
  59. Saya nk tanya.. kalau fm6 nii kn ade disediakn asrama x?

    BalasPadam
  60. saya nak tnya klu nk ambk kos perniagaan ada x??

    BalasPadam
  61. saya pelajar 2015 spm.Subjek apa yang sesuai saya ambil masa form6 kalau nak jadi engineer,doktor atau cikgu ? Atau apa apa je lah pekerjaan yang sangat diperlukan dan senang dapat kerja di malaysia sekarang ni?

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum,bolehke kalau saya ambil subjek ekonomi stpm walaupun sata tiada basic ekonomi form4&form5? Saya keliru utk memilih p.perniagaan/ekonomi

    mohon pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah . Masalah kau sama ngn aku . Siapa ada pandangan tolong jawab :)

      Padam
    2. yg aku tau p.perniagaan byk fakta..eko byk kira

      Padam
    3. x damasalh kalu xda basic perniagaan, proceed ja kalu minat, sebab saya da lalui, form 4&5&6 aliran science, amik degree perniagaan. mula mmg lambat sikit pickup sebab belajar benda baru, da start engine dia akan gerak terus :)

      Padam
  63. As salam.sy candidate spm 2016, sy ambil subjek perdagangan, ekonmi asas &geo.. Sy bercita2 nak jadi lawyer or guru... Klu nak sambung stpm nnti kos ape yg perlu sy amik.. Untuk persediaan next year..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sains kemanusiaan

      Padam
    2. Sy pn nk mbil deg law. Skrg tgh bljr stpm subjek sej,pengajian am, p.perniagaan, dan BM. yg penting dpt pointer 3.00 ke atas bleh smbg law dan Muet band 4

      Padam
  64. Em .. saya student baru tingkatan 6 bawah 2016 tp kelas saya menjangkau 64 orang :/

    BalasPadam
  65. Assalamualaikum cikgu..tumpang tanya..blh ke rayuan sya utk masuk ke tingkatan 6 berjaya jikalau Mata unit sya 14(aliran kemanusiaan)result bm sya "b" and sejarah "C+"

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum.saya ingin bertanya berapa subject yg saya ambil bgi aliran agama

    BalasPadam
  67. sy dah terlewat nak daftar sebab baru tahu sy layak ke tingktan
    6.masih ada peluang lg ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. spatutnya klau ggal meghadirkan diri masa pendaftaran ting 6 itu dikira menolak tawaran tingkatan 6 ..tp, sama ad boleh daftar lg ke x tu..itu ats budi bicara cikgu tingkatan 6 di sekolah yg ditawarkan =)

      Padam
  68. saya adalah pelajar tktan 6 1991.sekarang dah bnyak perubahan & penambahbaikan sistem berbanding dulu.sekarang saya mempunyai anak lepsa spm 2015 jurusan sc yg gagal permohonan ke upu w/pun resultnya tidaklah teruk (5A )& sc sbjek tiada yg gagal.sekarang berada di f6 kemanusiaan. saya sentiasa memberi sokongan & perangsang supaya dia mencapai kejayaan cemerlang di stpm.biarlah kalau masih ada golongan yg memandang f6 tiada class.hanya ieng yg berpendidikan yg tahu kualitinya student stpm.

    BalasPadam
  69. Hi, Jika sy sekarang mahu masuk tingkatan enam ,tetapi dh lambat, adakah cara lain untuk mohon tingkatan enam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai awk boleh call pihak sekolah secepat2nya. Tengok kpd budi bhasa pihak skolah lah klau drg still mnrima pljr :D di skolah sy, ad je pljr bru nak daftar dn still dpt tmpt

      Padam
    2. Tetapi sekarang sy tktau mana satu sekolah kerana sy check dekat SMS, di web dh tutup sy tak dapat check, so sy kena pergi pdd tanya tentang Surat tawaran kan?

      Padam
    3. Kalau mcm tu trus pgi tnya pdd. Good luck ya :D

      Padam
  70. Betul ke aliran sains stpm susah sangat? Sbb sya dpat aliran sains. Rsa syang nk tinggal sains..

    BalasPadam
  71. Cigu sy kata sc stpm susah. Skrg sy dh tukar kmanusiaan. Rasa syg plk 2 thn mbil sc n skrg tkr jrusan. Awk ad buat ryuan matriks tak? hrp2 sy dpt msuk dn continue sc

    BalasPadam
  72. Assalamualaikum cikgu.. saya adalah lepasan spm2015 aliran sains dan sekarang saya ambil f6 aliran kemanusiaan (subjek yg saya ambik skrg ialah BM, P.AM, SEJ, SYARIAH & MUET). Saya minat utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perguruan. ADakah subjek yg saya ambil skrg ni membolehkan saya utk melanjutkan pelajaran dlm bidang perguruan? Dan apa syarat2nya?

    BalasPadam
  73. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  74. Assalamualaikum cg. Nak tanya. Kalau sy ni dpt skola dkt ngn umah.. Dpt sains tapi taknk n dh ke ppd utk urusan pertukran sekolah n aliran. Jadi skrg ni sy perlu hadir ke sekolah yg telah sy terima ataupun tidak? Sebab ada baca yg dia tunggu je kt rumah smpi la dpt surat pengesahan pindah ke sekolah yg kita nak diluluskan.. Minta panduan cikgu .. Huhu. Terima kasih

    BalasPadam
  75. Hai sy nak tanya klau sy berjaya utk rayuan upu , adakah saya tidak akan terpilih untuk rayuan matrikulasi?? answer pls asap

    BalasPadam
  76. assalamualaikum,hai saya nak tanya kalau rayuan utk ke tingkatan 6 saya ditolak, ada tk cara lain utk saya memasuki tingkatan 6?sya btul2 berminat utk memasuki tingkatan 6...Pls answer :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade,ambik periksa calon persendirian,for more info msg sy

      Padam
  77. assalamualaikum dan salam sejahtera.. sy ingin menanyakan beberapa soalan.. kalau bagi sesetengah pelajar yg mengambil repeat spm untuk paper july adakah pelajar tersebut dapat memohon untuk tingkatan 6 walaupun umurnya bukan 18 ?? mohon penjelasan ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer,janji ade spm, tahun bila pon boleh, brape umur pon boleh

      Padam
  78. As salam... saya pelajar matrikulasi tapi saya rasa x sesuai di sini . Adakah stpm jugak sama dgn matrikulasi?

    BalasPadam
  79. Stpm ade mase depan,anytime bleh sambung degree, sbb stpm laku sampai bila bila, biar lambat tp berjaya

    BalasPadam
  80. Assalamualaikum, nk tanya,stpm kan bhsa pengantar in bm, means that kalau ambik aliran sains, bio fizik n chemist blajar dlm bm la?

    BalasPadam
  81. Assalamualaikum Cikgu, saya nak tanya sikit. Kalau nak jadi Cikgu kaunseling boleh ke saya masuk Stpm ni. Lepastu saya nak kena ambil subjek apa. Boleh ke budk sastera macam saya ni jadi Cikgu Kaunseling. Lepastu lepas dah dapat result saya nak kena apply dekat mana untuk jadi Cikgu kaunseling. Berapa pointer kena dapat untuk jadi Cikgu. Maaf kalau banyak tanya ������

    BalasPadam
  82. Askm...cikgu saya budak lepasan spm dri aliran kemanusiaan keputusan sye dpt straight B so blh tak sye tukar ke aliran sains tu waktu stpm nnti...keterangan cikgu amat dihargai....

    BalasPadam
  83. Salam. Sy f5 skrg n planning to apply f6 aliran sastera thun dpan. Sy nk tnya kelas kita kan brdsrkan bidang2 yg brbeza. Jadi kelas dtentukan ikut kputusan spm ke ikut minat kita? Tq

    BalasPadam
  84. salam.sy f5 skrg n f6 mmg ade dlm.list sy utk future studies.kateknlh result stpm x brp cemeelang.sng citer pointer dlm.2.35 ke kn..rendh kan.so ad chance tk.nk smbung blaja lagi?and klau tkde nk.buat ape ye?

    BalasPadam
  85. salam.sy f5 skrg n f6 mmg ade dlm.list sy utk future studies.kateknlh result stpm x brp cemeelang.sng citer pointer dlm.2.35 ke kn..rendh kan.so ad chance tk.nk smbung blaja lagi?and klau tkde nk.buat ape ye?

    BalasPadam
  86. Saya nak tahu sekolah stpm di johor yang manakah tawar kursus ICT...

    BalasPadam
  87. Kalau ikutkan cikgu2 di sekolah memang la ramai yang sarankan ke f6, tapi bagi saya lebih baik ambil diploma, 3 tahun masa yang sekejap sahaja. Dalam 3 tahun kita didedahkan dengan latihan praktikal, belajar berdepan dengan orang ramai lebih awal dari yang berada di f6. Lepas dip boleh sambung degree atau bekerja. Ya memang x semua lepasan dip boleh dapat kerja yang diidam-idamkan tapi lepasan degree juga belum tentu mendapat pekerjaan yang sama. Seperti saya bersyukur sebab menolak tawaran ke tingkatan 6 semata2 untuk menyambung diploma kerana saya memang mahukan persekitaran, suasana dan cabaran yang baru. Cukuplah bagi saya bergelar pelajar sekolah selama 11 tahun.

    BalasPadam
  88. 15 tahun pengalaman dlm dunia pengajian tinggi ni mengajar sya bahawa STPM bukan pilihan yg tepat sekiranya keputusan perperiksaa SPM pelajar bukan kategori cemerlang. Ini kerana perperiksaan STPM adalah perperiksaan paling susah di Asia. Banyak pelajar cemerlang x berapa cemerlang semasa stpm akhirnya terpaksa guna keputusan spm untuk smbung pengajian. Buang masa satu stengah tahun.
    Sya lebih bersetuju jika lepasan Spm ini teruskan pengajian di peringkat diploma kemudian bekerja selama 3 tahun dan terus sambung master dibawah program MQA (APEL).
    Nak jadi somebody yg diiktiraf skrng ni may ada master takat degree makan puluh tahun la tngok rezeki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, sdr shah, jika amik dip, then, kerja 3 tahun, boleh terus master?tak perlu buat degree?TQ

      Padam
  89. Masuk bagi saya lepas SPM terus mintak kerja lagi baik. Terlalu ramai graduan sekarang masih menganggur atau dapat kerja skel SPM jer. Kalau kita kerja contohnya kerja kerani kerajaan kita dapat ambik peperiksaan kenaikan pangkat. Dalam interview keutamaan diberikan kepada calon KPSL drp graduan. Ada "cable" lagi. Ambik test & interview dapat claim subsisten. Selain itu, bolehlah juga mbil PJJ guna duit sendiri atau biasiswa kakitangan kerajaan.

    BalasPadam
  90. cikgu.. kalau nak jadi akauntan, aliran tingkatan 6 mana 1 sesuai?

    BalasPadam
  91. Cikgu,sy lepasan spm 2016. Sy ambil akaun, ekonomi & perdagangan. Result sy 4B 1C+ 3C 1D. Sy minat sgt nk jd jururawat. Tp math D, sy semak syarat kelayakan ikut result sy. Bnyak yg sy x minat kecuali diploma pend. Awal kanak2. Adakah sy layak masuk form 6?

    BalasPadam
  92. cg , saya minat kearah law tapi sy xlyk mohon asasi sbb result sy 4A je . in your opinion mana baik sy smbung stpm atau sy ambil dip dlm mana2 course yg ada kaitan dgn law cnthnya pentadbiran awam , ke baik smbung stpm then pointer cemerlang smbung degree in law kat mana2 ipta ?

    BalasPadam
  93. cg , saya minat kearah law tapi sy xlyk mohon asasi sbb result sy 4A je . in your opinion mana baik sy smbung stpm atau sy ambil dip dlm mana2 course yg ada kaitan dgn law cnthnya pentadbiran awam , ke baik smbung stpm then pointer cemerlang smbung degree in law kat mana2 ipta ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. okey. sebagai pelajar penggal 2 pada tahun ni . akak pun nak amik law lepas stpm. so first step is. jika rasa adik sedia untuk yakin boleh tempuh diploma yang full with assignment .test and pressure from lecture. ia sesuai untuk adik. but if you want more intelectual and stage who can make you more mature as a student also high quality education. pick STPM. now STPM CERTIFICATE accepted by all uni around the Globe. even if you take BM subject you can still go oversea of coz also local. dan you only dapat tawaran ijazah kelas pertama dari uni yang susah untuk pelajar dari matriks,asasi or diploma kerana uni lebih focus onto stpm student because of their maturity in study. so cadangan akak. amik stpm dulu . pointer tinggi then you can choose law course from any uni even from cmbridge branch in malaysia. sound exciting right? pekakkan jer mulut2 yang mengatakan stpm tu lapuk. even if you had a job after graduate from degree, gaji starter you is more high than asasi student ,FACT! because nowadays company s also start to give job to STPM graduate.dont suprise if i said major big company also love stpm student. and also you can get guidance straight away from teachers that is hard to find when you go to asasi or dip and matriks. so take STPM ala. just 1 1/2 year. then finish degree when you 23. exciting right?

      Padam
  94. Assalamualaikum ckg sya bukan dri aliran sains tpy sya mnat sains sukan.. subjek apa yg perlu sya ambik tuk smbung ting 6

    BalasPadam
  95. sya lepasan spm 2016 .. ambil subjek
    bm bi sej pmo sc math eko dan geo ..
    smua lulus kcuali math gagal ..tetapi berminat ambil bidang kejururawatan .. sya bercadang masuk f6 ..jika msuk f6 .
    ada kh sy mempunyai pluang utk ambil course nurse ..jika ya ..
    subjek apa yg perlu diambil tanpa memerlukan matematik ? mohon balasan yerr��

    BalasPadam
  96. Saya mendapat 4b+3c+2D....BM saya mendapat D bolehkah saya mendapat f6.. :D

    BalasPadam
  97. Kalau sains tulen Dlm bahasa melayu ker inggeris

    BalasPadam
  98. Cikgu,saya nak tanya. Jika saya terima tawaran ke Tingkatan 6, adakah ia akan mempengaruhi keputusan permohonan UPU?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nope, adik still dapat result permohonan UPU. dan ika nak menerima tawaran boleh mohon keluar f6

      Padam
  99. Tumpang tanya... Sy dpt aliran agama.. Blhkh sy tukar ke aliran kemanusiaan sbb mw ambil sains sukan.. Sy pljrn lpsn spm 2016 aliran sains.. Result sy rndah jak 1A 2A 3B 1C 4D...

    BalasPadam
  100. Bio sy jak dpt C.. Subjek sains yg lain dpt D..

    BalasPadam
  101. Salam..sye punye soalan agak kbat..haha..boleh x student stpm bawak kete gi sklh?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry menyampuk hehe. Depends on sekolah benarkan bawak kereta ke tak :)

      Padam
  102. Assalam cg, nk tnya.. Student yg buat rayuan tu.. Dia masuk sekolah sama tarikh ka dengan student yg dh dpt twrn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. student yg buat rayuan akan masuk sekolah pada 19 jun kalau diterima

      Padam
  103. Salam cikgu.....lepas habis stpm boleh x kalau saya nak sambung kulinari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer sebab ipts aku budak stpm boleh sambung course animation walaupun pengalaman dalam bidang animation kosong.

      Padam
  104. assalam cg saya nak tanya t6 ini susah ke cara pembelajarannye sbb saya dpt tawaran ke t6 jurusan kemanusiaan ,so pada pendpt cg patut ke saya masuk ? saya takut saya x leh nk bawak .. please jawab

    BalasPadam
  105. kalau tak dapat tawaran form 6 maksudnya dapat matrik ke? sebab keputusan form 6 keluar awal drpd matrik. pls answer.thanks :)

    BalasPadam
  106. Assalamualikum cg. saya lepasan spm 2016 saya dpt 5A utk subjek teras and for my elektif bio b+ +math c physics c+ kimia c+
    saya dapat T6 utk aliran sains.. dengan result saya ni boleh ke dpt pointer above 3.5 ye? or patut saya tukar aliran?
    also saya ada buat rayuan untuk matriks tapi saya dapat T6
    agaknya rayuan saya diterima ke? atau sebaliknye?
    jawapan cikgu amat saya hargai *terima kasih*

    BalasPadam
  107. Mengapa BM sya dpt gred C+ tpi tiada ditawarkan utk kemasukkan ke Tingkatan 6 ?

    BalasPadam
  108. I want to ask something....jika sya sudh trima twran poli,and then i want to try utk permhonan uitm second intake...boleh tak mcm tu??

    BalasPadam
  109. saya dah masuk f6.lepas tu dpt tawaran bidang prubatan .saya minat bidang perubatan tu. Tapi tu diploma .saya nk f6 ,dalam masa yg sama saya nk bidang perubatan tu. Mohon pandangan

    BalasPadam
  110. Form 6 ni..kalau sekolah cuti penggal tu ..Ade kelas tmbahan Tak?kire cuti pon mcm x cutilah ye?

    BalasPadam
  111. Assalam cikgu sya aliran sains tpi spm sya x brpe sgat boleh ke sya amik stpm??

    BalasPadam
  112. Betul ke stpm boleh apply luar ngara??kalau addmath spm gagal boleh amik stpm ke

    BalasPadam
  113. Assalamualaikum... Nak tnya ni... Sya bru ja lepasan spm 2017 dan skrng sngt2 keliru tntng hala tuju slpas spm ni. . Bagus ke msuk form 6 ni... Mohon pencerahan yaa... Emergency huhu

    BalasPadam
  114. assalamualaikum, saya dapt tawaran belajar sains sosial di tingkatan enam, boleh terangkan sikit tak tentang sains sosial nih, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. awk boleh berjumpa kaunselor di sekolah untuk semua kekeliruan. kaunselor akan terangkan lebih lanjut

      Padam
  115. Assalamualaikum, sya bru dpt tawaran form 6 dan diberi jurusan sains sosial blh tolong terangkan tak apa itu jurusan sains sosial sya kurang fhm. Lagi satu agak2 berapa yuran tingkatan 6 ehh adakah ia dlm Rm 100 lebih??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu hailmi tolng laa jawab..kesian diye...dlm pertnyaan tapi takde jwpn tu

      Padam
  116. Assalamualaikum..tak baik klau tak jawab tuu..😁😁
    Please reply,kalau sains sosial,peluang pekerjaan tggi ke?antara
    sains sosial or kemanusian,mana stu lgi baik..please cikgu2 blh tlng tak??😧😶😵😵😵

    BalasPadam
    Balasan
    1. adik, awak boeh buat kajian sendiri mengenai perkara ni. atau boleh jumpa kaunselor di sekolah untuk info lebih lanjut.

      berkenaan peluang kerjaya, boleh

      Padam
  117. Kalau saya dah daftar stpm tahun ni tapi saya batalkan pendaftaran atas sebab tertentu boleh ke saya nak masuk stpm tahun depan dgn umur saya pada waktu tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sefaham saya kena pergi daftar semula di pejabat pendidikan daerah

      Padam
  118. form 5 dulu ambil subjek akuan, tawaran poly kejuruteraan elektronik optoelektronik ...boleh ke?

    BalasPadam
  119. sekarang aku menyesal sebab tak nak ambik stpm dulu sebab tak yakin. sekarang ni aku ambik degree lambat sebab ambik diploma dulu dan hutang rm30,000. tahun depan baru graduate pada umur 29 tahun. sangat2 menyesal. nanti kalau aku ada anak aku akan paksa anak aku ambik stpm sebab tak nak jadi macam aku nanti. diploma dengan degree sumpah lebih kurang dia punya pembelajaran jadi elok tumpu pada stpm dan degree sahaja. jadi korang boleh jimat duit dan masa. tolong jangan jadi macam aku nanti korang menyesal!!!

    BalasPadam
  120. Bagi saya STPM merupakan laluan untuk mempersiapkan diri terbaik sebelum memasuki universiti. Pelbagai kemahiran boleh diterapkan secara mantap dalam pelajar terutamanya cara membuat kajian dan mereka eksperimen bagi pelajar Sains. Sukatan pelajarannya juga agak mendalam dan bertindih dengan sebahagian sukatan pelajaran ijazah sarjana muda. Pelajar adalah lebih bersedia dari segi teknikal berbanding laluan matrikulasi serta asasi tertentu.

    Syabas saya ucapkan buat mereka yang mengambil laluan ini, namun janganlah biarkan kelalaian mengakis peluang emas tersebut.

    BalasPadam
  121. Assalam saya nak tanya, subjek masa f6 tu kita sendiri blh pilih ka ? Cth nak subjek pengajian am(mmg wajib), sastera,bahasa melayu, and seni visual ?

    BalasPadam