About Me

Idea P&P Sains : Ketumpatan (Terapung atau Tenggelam)

Idea P&P Sains bagi tajuk Ketumpatan ini dikongsikan oleh Cikgu Nurul Hanim Ismail di group facebook Cikgu Sains Kreatif. Cara mudah bagi menerangkan konsep ketumpatan kepada pelajar melalui kebolehan objek untuk terapung atau tenggelam. AKtiviti juga diterapkan dengan elemen KBAT dan kemahiran berfikir yang lain.

Idea P&P Sains : Ketumpatan (Terapung atau Tenggelam)
Konsep Ketumpatan melalui Terapung atau Tenggelam
Sains ting.1. tajuk ketumpatan. xtvt utk klas hujung. bagi budak main air. heheh..... integrasi elemen KBAT. 
kaedah: inkuiri penemuan (inquiry-discovery learning). 
bagi beberapa objek. test timbul / tenggelam. lpas tu sruh mereka fikir mcm mana nk tenggelamkan objek yg terapung. boleh guna botol air / tin / buah / plastisin. dari situ bina formula ketumpatan. mnta pelajar sndiri bina hubungan antara ketumpatan dgn jisim & isipadu. next, sbg pengukuhan, pelajar guna air & minyak supaya sntiasa ingat kedudukan bahan tumpat / kurang tumpat.

Semoga bermanfaat kepada pelajar dan juga guru lain untuk dipraktikkan dalam atau juga di luar kelas. Selamat mencuba!



Catat Ulasan

0 Ulasan