.

.

KARTiKEL

Ahad, 4 Januari 2015

5 Tips Memilih Aliran Yang Sesuai Untuk Pelajar PT3 Semasa di Tingkatan 4

Beberapa hari sebelum buka sekolah ini, saya menerima banyak pertanyaan daripada ibubapa dan pelajar PT3 2014 yang bertanyakan aliran yang sesuai bagi mereka semasa di Tingkatan 4 nanti. Ada dengan pencapaian yang baik, dan ada juga dengan pencapaian yang kurang memuaskan sekalipun berada di sekolah yang baik-baik. 

Namun mengambilkira pelaksanaan PT3 yang baru pertama kali dilaksanakan, maka adalah SANGAT TIDAK ADIL jika kita bandingkan pencapaian PT3 dengan PMR sebelumnya. Keputusan A bagi PMR adalah belum tentu sama dengan keputusan A bagi PT3. Maka perlu ada 'penyesuaian' bagi menentukan aliran yang bersesuaian bagi calon PT3.


5 Tips Memilih Aliran Yang Sesuai Untuk Pelajar PT3 Semasa di Tingkatan 4


KPM juga dalam kenyataan akhbar berhubung isu pemilihan aliran semasa di tingkatan 4 ini juga menegaskan bahawa

...Keputusan PT3 juga tidak menjejaskan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh dan ke aliran sains atau sastera. Pemilihan ke aliran tersebut dibuat bukan sahaja berdasarkan keputusan PT3, tetapi juga mengambilkira pelaporan keempat-empat komponen PBS....
...Murid-murid Tingkatan 3 yang menduduki PT3 mulai tahun ini telah ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)....

Masalah pemilihan aliran yang sesuai ini juga tambah merumitkan apabila keputusan PT3 antara setiap sekolah juga tak dapat dibandingkan memandangkan penggunaan soalan yang berbeza. 

Justeru itu, penilaian yang tepat adalah penting bagi menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran yang sesuai. Pemilihan aliran yang sesuai juga dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk pelajar.


Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibubapa dan pelajar PT3 dalam menentukan aliran yang sesuai semasa di tingkatan 4 nanti.


1. Pencapaian
Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian pelajar, terutamanya bagi yang berhajat nak ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik harus diberi perhatian memandangkan lebih banyak "Sains dan Matematik" yang akan anda pelajari semasa di aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun sekurang-kurangnya ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan pencapaian akademik anda semasa di tingkatan 4 kelak.

Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam aliran Sains. 


2. Kemampuan
Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Jika pada kebiasaannya, anda mengalami kesukaran untuk belajar dan juga mendapat markah yang kurang memuaskan, maka anda perlu pertimbangkan dengan sebaiknya jika ingin meneruskan minat dalam aliran Sains. Bimbang tak terbawa pulak bebannya nanti.

Jangan perasan. Sebaliknya nilai diri anda dengan sebaik mungkin. InshaAllah percaturan anda nanti akan jadi satu percaturan yang terbaik. InshaAllah.


3. Minat
Pemilihan aliran juga boleh didasarkan kepada minat anda terhadap bidang tertentu. Bak kata orang, bila ada minat, semua pun boleh jadi. Namun jika nak ikut minat, perlu utamakan juga Pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat saja tak cukup. Nanti anda pula yang kesusahan dan terpaksa berendam air mata dengan keputusan yang teruk semasa SPM nanti.

Minat dalam aliran Sains atau sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Boleh rujuk guru kaunseling sekolah bagi memastikan kecenderungan minat dan bakat anda.


4. Tanya
Pendapat peribadi saya, dengan sistem PT3 sekarang, jalan terbaik adalah dengan rujuk terus kepada guru Sains dan Matematik anda sama ada anda benar-benar layak untuk mengikuti aliran Sains. Ini kerana, hanya guru Sains dan Matematik anda sahaja yang benar-benar tahu kemampuan dan juga keupayaan anda dalam aliran Sains.

Jadikan pendapat mereka sebagai satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anda semasa memilih. Baka kata pepatah, "sekilas ikan di air, dah tahu jantan, dah tahu betinanya.."


5. Istikharah
Tips terakhir sekali adalah selepas melakukan semua tips-tips di atas, maka wajarlah jika kita memohon pertolongan dari Yang Maha Esa semoga diberi petunjuk untuk pilihan yang terbaik untuk kita. Usaha akhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik bagi kita yang berada dalam dilema. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Memiliki Segalanya.


Kepada pelajar PT3 dan ibubapa yang prihatin, buatlah pilihan yang TEPAT semasa memilih aliran Sains atau Sastera. Ini kerana pemilihan aliran yang betul akan memastikan masa depan yang cemerlang buat pelajar semasa Tingkatan 4 dan sekaligus semasa SPM nanti. Manakala pemilihan aliran yang salah pula pasti akan memberi satu bencana buat mereka. 




62 ulasan:

  1. Balasan
    1. tQ.. moga jadi panduan berguna..

      Padam
    2. assalamualaikum cikgu,saya bekas calon PT3 2015..Saya ingin bertanya keputusan PT3 saya kurang memuaskan tetapi saya ingin masuk ke asrama.Di sekolah saya tlah mendapat kelas aliran sains tulen.Jadi bolehkah saya mohon asrama dengan menggunakan keputusan ujian sumatif pertama nanti?Harap dibalas..

      Padam
  2. Tq Cikgu untuk info nice
    Cikgu dapat transfer sekolah mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Fahim Akmal..
      Saya pindah ke SMK Jerlun

      Padam
  3. Assalamualaikum cikgu.. dah nak naik sekolah tp saye still x tau nak amik aliran ape untk form 4. masalah saye, saye x dpt kenalpasti cita-cita dan ape yg saye minat. tp saye sering dpt markah tinggi dlm subjek sains berbanding rakan lain. pt3 saye sains C, math pula A. sesuai tak amik aliran sains ? saye juga minat serta pandai melukis, nak amik lukisan kejuruteraan tp saye x berapa minat bidang kerjaya tu. minta bantuan cikgu untk bagi pendapat sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. oleh kerana keputusan PT3 yang agak baik untuk Sains dan Math, serta minat melukis, apakata cuba survey mengenai bidang pekerjaan arkitek.. saya rasa mungkin sesuai dengan jiwa adik. selamat mencuba yer!

      Padam
  4. Cikgu Hailmi,
    Saya telah mendapat kelas 4 ICT tetapi saya inginkan kelas aliran sains kerana saya minat subjek fizik dan biologi.
    Tetapi saya telah mendapat 5A 3C 1E
    C dalam subjek Sc,Bm dan KhB.
    E dalam Maths.
    Saya mendapat Band 3 dan 4 utk maths dan Band 5 dan 6 untuk Sains.
    Bolehkah saya membuat rayuan untuk menukar ke kelas aliran Sains ?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum cikgu...
    I need your help...
    Sy skrg dlm aliran sastera tp sy lebih minat kpd Aliran Sains...
    PT3 Math sy C n Scn sy B...
    Sy mndpt band 5 utk scn & mth...
    Adkh sy msih layak utk msuk ke aliran sains dlm bulan januari-februari ni?
    n betul ke Aliran sains menawarkan banyak bidang perkerjaan atau kursus di universiti?

    BalasPadam
  6. adakah sistem PT3 untuk kemasukan ke SBP unsur BIAS ..keputusan 6A4B xdpt msk manakala 4A3B2C diterima masuk...adakah standard SBP semakin menurun.

    BalasPadam
  7. Saya mendapat PT3 11 A tapi x minat bio tapi minat akaun... bolehkah bertukar akaun pada waktu sekarang??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hafiz mase form 4 masuk aliran apa sains atau akaun??sye nk tanye patut tak sye tukar ke kelas math sbb skrg sye dpt msuk kls sains tapi x minat dgn sn..Hafiz skrg kelas sains ke??patut ke x sye tukar??tolong beri pendapat..thankss

      Padam
  8. Cikgu Aliran apa yg sesuai utk ank saya ..yg mendpt keputusan PT3 5A 3B 1C 1D..C Sains E Math.. bolehkh beliau msok aliran Sains di sek. nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aliran yang sesuai tu bergantung kepada minat dan juga kemampuan anak puan untuk tingkatan 4 nih. boleh rujuk dengan cikgu kaunseling sekolah atau pun terus tanya kepada guru Sains Math anak puan, adakah beliau akan mmpu untuk survive jika belajar dalam aliran sains tahun depan. Good luck!

      Padam
  9. Cikgu keputusn sya mendt 2A 5F 1E 1C 1D apa aliran yg patut sya masu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aliran mana yang kamu minat?. jika minat ke aliran Sains, keputusan subjek Sains dan Math harus dipertimbangkan jugak

      Padam
  10. Anak sy dpt 1A 2B 4E 3F..aps aliran yg sesuai dgn result itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada keputusan Sains dan Math, jika berminat nak masuk ke aliran Sains

      Padam
  11. Assalamualaikum cikgu...tiada respon dari cikgu...?

    BalasPadam
  12. Cikguu dlm pt3 saya mndapat 3A 2B 4D 1C..math C sains D..sains saya pula band 4...bolehkah saya dapat masuk aliran sains

    BalasPadam
    Balasan
    1. bergantung kepada pengurusan sekolah masing-masing.

      Padam
  13. Assalamualaikum cikgu.Saya dpt 5A iaitu dlm subjek sej,geo,agama,kh,bm lisan dan 3B dlm subjek bm,bi,bi lisan manakala 1C dlm matematik dan 1D dlm sains.Sains tu lgi satu markah je sye boleh dpt C.Apa aliran yang sesuai dgn saya cikgu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuanya bergantung kepada minat dan juga kelayakan anda. jika berminat ke aliran Sains, saya bagi galakan. cuma harus berusaha lebih gigih lagi. hebat cabaran di aliran sains ini.

      Padam
    2. Terima kasih cikgu.Sye dpt masuk aliran sains.doakan sye cikgu

      Padam
  14. hai cikgu ...saya dapat keputusan dalam pt3 ialah 2B 4C 2D 2E sekarang saya nak masuk ke aliran sains .masalahnya dlm mt saya dapat D,band4 dan sains E,band 3 sekarang saya minat nak ambil aliran sains sebab cita-cita saya pula nak jadi seorang Doktor .bolehkah saya dapat aliran sains?

    BalasPadam
  15. assalamualaikum.saya puan zaiton.saya ingin penjelasan dari cikgu tentang keputusan psikometrik.adakah diambil kira oleh pihak sekolah dlm memilih aliran

    BalasPadam
  16. assalamualaikum.saya puan zaiton.saya ingin penjelasan dari cikgu tentang keputusan psikometrik.adakah diambil kira oleh pihak sekolah dlm memilih aliran

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum . Saya pelajar pt3 tahun ni , markah keputusan pt3 saya hanya 3A 2B 1C 1D 1E 2F . yang F tu sains dan math . masih ada tak peluang untuk masuk ke aliran akaun ? Dah tanam semangat jika masih ada peluang untuk masuk aliran akaun , insha Allah akan cuba belajar bersungguh sungguh .

    BalasPadam
  18. Salam cikgu yg sye hormati..Sye eisya dri smk batu melintang..Sye nk tnya cikgu..sye ni dlm sains ok..time exam biasa sye hnya dpt A@B..time percubaan sye dpt B dan markah hampir dgn A..Result pt3 sbenar sye dpt C utk sains..Math pulak sye xmahir..Markah hnya cukup2 makan je selalu time exam..pt3 sbenar sye dpt E.hnya skadar lulus..pada pendapat cikgu,sye patut ke trima ke kelas sains walaupun sye xpakar dlm math..Result pt3 sye 5A 3C 2E.E itu math dan b.inggeris lisan.Sye sngat meminati dan mahir dlm b.melayu..mohon pendapat cikgu :)

    BalasPadam
  19. Bagi pendapat saya untuk memasuki aliran sains pelajar haruslah mahir dalam matematik.Ini adalah kerana sebagai pengalaman saya mengajar sendiri anak saya yg akan ke tingkatan 4 tahun hadapan dengan pencapaian maths nya B adalah minimum kerana saya dapati walaupun gred D dlm sains pt3 dia masih boleh membuat latihan add maths dan maths utk tahun hadapan dgn sedikit tunjukajar dari saya yg juga seorg guru.Tinggal lagi saya hanya memberikan pendedahan kpd dia dlm 3 subjek sc tulen yg lain.Tetapi pelajar sebegini haruslah diberi persediaan yg mantap sebelum dia mengikuti kelas aliran sains pada tahun hadapan.Oleh itu saya telah mengambil inisiatif menunjukajar dia dlm kimia,fizik dan biologi semasa cuti sekolah ini.Hasilnya dia telah dapat pengetahuan awalan dlm subjek sc tulen ini sehingga 2 atau 3 bab yg pertama.Jika ada masa lagi saya akan meneruskan dengan bab 4 dan 5.Kenapa perkara ini perlu .Ini adalah kerana pengalaman saya yg pernah mengajar kimia mendapati pelajar pelajar mudah putus asa jika keputusan ujian awalan atau pnp guru pd awal tidak dapat diikuti.Dengan banyaknya subjek yg harus dipelajari dan tanpa pendedahan awal ini boleh menurunkan motivasi pelajar untuk meneruskan pembelajaran d aliran sains.Mudah mudahan dgn pendedahan awal ini dapat membantu pelajar sebegini.Pada tahun hadapan dia haruslah membuat latihtubi sahaja dengan mudah setelah perkara perkara penting telah didedahkan dan difahami dan dimantapkan lagi dgn pnp dari guru.Saya sekadar memberi pandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualikum pn lina,
      anak saya mendapat gred C dlm sains dan matematik PT3. Tetapi berminat dengan aliran sains. Saya bimbang dia x blh bawa aliran ini.

      Adakah aliran accounting + add math mempunyai bidang luas ke IPTA?

      Padam
  20. salam cikgu hailmi,saya hanya meminati subjek math dan bukannyer sains...so,apakah aliran yang saya perlu ambil...terima kasih atas kesudian untuk membaca...

    BalasPadam
  21. Cikgu,saya nak jadi peniaga atau bisnesman,jadi apa yang patut saya ambil?org suruh saya ambil akaun tapi saya takut addmath,saya mohon pertolongan cikgu:( p/s pt3 sains saya dapat b dan math d

    BalasPadam
  22. Gadis Si Cacat Autism31 Disember 2015 3:35 PTG

    Assalamualaikum cikgu, Sya dah nak naik giler dh fikirkan nak masuk alirn apa 2016 nihh nanti . Jujurnya sya nak masuk aliran sains, dan cikgu pon cakap result sy okeyh lh jugak dn lepas kalau nak masuk alirn sains. tapii the big big bigg bigggg prob nyaaaa..... family sya melarng sy msuk kls sains. mereka surh ambk aliran sastera sbb math sy pt3 nih D.. dyeorng risau addmath sy tk blh bwk. sya punyalahh terasa keinsafan lps pt3 nihh. ingt nk mask alirn sains .. nak berubahh lhh. fokus... nak kjar cita-ii jadi dc. tapi bila family ckp mcm tuh.. sya rasa sedih,kecewa, stress.. sy tk thuu lah nk ambik alirn apaa.. ckgu rasa mana yag ptut sy buat? ikut yg sya minat atau ikut keputusn fmily sy? syaa keliruu. Sedihhh asee bile tk de siapa sokong minat kitaa ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      Sebenarnya dgn keputusan D untuk Math PT3, cikgu juga nasihatkan supaya anda bergerak ke aliran yang lain seperti Sastera. D untuk peringkat PT3 akan menyukarkan anda semasa di SPM, apatah lagi dengan subjek Add Math yang sangat sukar bagi pelajar yang dikira lemah dalam Matematik. Apa2 pun berbincanglah dengan keluarga dan pihak sekolah. Saya yakin mereka akan berikan keputusan yang terbaik untuk adik, berdasarkan kemampuan dan juga kebolehan adik. Mana tahu anda jauh lebih cemerlang bila berada di aliran Sastera.

      Padam
  23. assalamualaikum cikgu.. saya tlh mendapat keputusan 3A3B3D dan 1F dlm pt3..boleh ke saya mohon masuk kelas akaun?? tpi math sya dpt F

    BalasPadam
  24. assalamualaikum cikgu,, sekarang niii nak dekat sekolah.. saya masih lagi tak memahami minat kerjaya saya..keputusan pt3 BMTULS=A BMLISAN=A BITULIS=F BILISAN=E SEJARAH=C GEOGRAFI=A PENDIDIKAN ISLAM=A MATH=B SAINCS=B KH=C cikgu rase saya layak masuk aliran sains ataupun layak masuk sastera tolong cikgu baca pesanan saya nii...

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum Cg. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang. Tapi saya tidak tahu aliran mana yang patut saya pilih kerana saya mempunyai 2 pilihan untuk memilih aliran tingkatan 4, iaitu Sains Geografi & Sains Tulen. Jadi aliran manakah yang bersesuaian dengan cita-cita saya? Selain itu, saya juga ingin tahu perbezaan kedua-dua aliran tersebut. Terima kasih Cg.

    BalasPadam
  26. ASSALAMUALAIKUM cikgu, saya telah mendapat keputusan 6A 2B 2C,cita-cita saya adalah untuk menjadu doktor tetapi saya telah mendapat c dalam mata pelajaran sains dan B dalam matapelajaran math adakah saya layak untuk memohon ke kelas sains.Saya minta pendapat cikgu kerana saya dimasukkan ke kelas aliran perakaunan tetapi saya tidak meminatinya saya takut takboleh score subject tu dan menyebabkan saya gagal dalam spm.MINTA BANTUAN CIKGU UNTUK BAGI PENDAPAT.

    BalasPadam
  27. Cikgu, sekarang saya sedang belajar untuk tingkatan 4 dalam aliran sains. Akan tetapi saya masih lagi tidak tahu samada aliran sains pilihan yang terbaik bagi saya atau tidak. Bapa saya ingin saya meneruskan pelajaran dalam aliran sains supaya saya dapat melanjutkan pelajaran di Darul Quran. Saya kurang berminat dengan aliran sains. Saya bimbang ia akan memberi kesan negatif dalam SPM pada tahun hadapan. Keputusan saya 10A 1B dalam PT3. Saya memperoleh gred B bagi subjek sains dan gred A bagi matematik. Boleh cikgu terangkan kepada saya. Saya mohon cikgu dapat selesaikan masalah saya.

    BalasPadam
  28. Cg,sye skrg dpt msuk kelas sn tulen tapi sye x berminat dgn sn malah kpd maths..patut ke x sye pindah ke kls math??? Sye x berapa suka sn tapi cg sye suruh belajar dulu...patut ke x sye tukar kelas??

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum,cikgu.Saya mmg nak msk kls perdagangan sbb sesuai dgn kemampuan saya,tpi saya cuma takutkan kurang peluang utk melanjutkan pelajaran dgn lbh tinggi.Apa pendapat cikgu tentang nie?

    BalasPadam
  30. Assalammualaikum cikgu boleh saya tanya pendapat?saya sekarang telah dimasukkan ke kelas aliran sains tulen tapi dalam masa yang sama ada dua subjek yang elektif biologi dan perakaunan.Cikgu rasa antara kedua-dua subjek tu yang mana senang nak skor?saya keliru untuk ambil subjek yg mana.harap sangat cikgu balas.

    BalasPadam
  31. Hello,bolehkah saya tanya,saya telah masuk sains tulen pada tahun ini,tetapi kalau saya nak masuk account semasa college,bolehkah tak?saya perlu tambah subjek account untuk SPM ke?ataupun masuk college baru belajar?sebab saya takut nanti college itu kata saya tak qualify jika tak ambil Account dalam SPM. kalau saya ambil subjek account sekarang,saya takut tiada masa yang cukup,kerana saya sudah mengambil 10 subjek. harap boleh tolong saya. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  32. saya nk tanye.. saye minat dlam subjek Bhase inggeris. tp math dan sains saye lemah sikit. sains tu boleh laa saya mnguasai sikit2 dari math. Sains saye E, math saya pun E, tpi saya dapat band 4 dlm kedua2 subjek tuu.. cite2 saya nk jadi ckgu bhase inggeris, aliran ape yg saye perlu pilih?

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum,cikgu..saya nak dgr pendapat cikgu tentang masalah saya..saya ni minat english dan math ni pon biasa2 jer,sains pula saya rasakan diri saya nih x blh nk bawa..dan saya pulak terlalu minat nk jadi penyanyi..saya juga x tau nak pilih jurusan ape lps pt3...ya allah,teroknya..kwn2 saya ade juga masalah mcm saya..mak ayah saya mengharapkan saya jadi doktor,tapi saya selalu rasakan saya x blh...!!!mcm mane niiiiih??!! saya harap ade seseorang yg dpt membantu saya dan saya ingin mendgr penjelasan cikgu..boleh??

    BalasPadam
  34. asalamualaikum cikgu,saya adalah bekas pelajar pt3..saya nak pandangan cikgu,saya dapat kelas aliran sains tapi ujian formatif pertama saya menurun...pelajaran tu ade yg saya boleh bawa tapi keliru patut ke saya tukar aliran kepada sastera atau stay kelas sains..keputusan pt3 sy ade 3A 2B 3C 1D 1E....maths sy E dan sains sy D...HRP CIKGU DPT BNTU SY..sy masih dalam dilema sehinggakan sy frust smpai skarang..

    BalasPadam
  35. Assalam, skrg dah 3 bulan Sya ambil aliran sains tulen...klau sya nak ke aliran perdagangan ,sempat ke untuk cover 3 bulan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aliran Perdagangan? Knpe nk tukar pulak, aliran sn tulen x minat ke atau x bleh kuasai? Tapi klau awk nk tukar jugak sye rase sempat lagi ni, cuba usahalah lebih sikit,sye pun mcm awk jugak msuk aliran sn tulen then tukar ke aliran perakaunan, dlm awal bulan 2 gitu

      Padam
    2. Maksud saya aliran akaun...saya cuba tapi xbleh, so saya nak tukar aliran dan kena pindah sekolah sebab skolah Sya cuma ada SC tulen

      Padam
  36. Assalamualaikum ckgu.. saya nk minta pndangn ckgu.. sy skrng berada di kelas sains tulen.. result pt3 saya 6A 3B 1C.. yg C ialah English brtulis.. sy cume nk tnye.. boleh ke jd peguam dgn aliran sains?

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum Cikgu Hailmi...
    Anak ketiga saya akan menduduki PT3 tahun ini .. tiba tiba hari ini dia memberitahu suruh melihat kolej bahagian kulinari kerana dia takut melihat subject ting 4 yg memerlukan mengambil Add Math.Saya takut tindakan dia terburu buru

    BalasPadam
  38. assalamualaikum,cikgu. saya ni minat seni tapi orang cakap supaya masuk kelas sains sebab pencapaian saya pun boleh tahan. tapi sekarang tak tahu nak pilih kelas akaun,sains atau pindah ke institut bidang seni. mohon pertolongan cikgu.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum cikgu,sy nk tanya tntang aliran sains..
    Boleh tak ambil,bio,fizik,kimia tp tak nak ambil addmath.
    MOHON PENJELASAN...

    BalasPadam
  40. assalamualaikum cikgu.selepas tamat pt3,Jika saya minat kepada bidang arkitek(binaan), saya perlu ke kelas aliran sains tuln ataupun ke sekolah teknik dan mengambil kejuruteraan awam.yang mana satu lebih memudahkan saya mengambil bidang itu? mohon beri penjelasan cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la macam saya. cikguu or anyone pls jawab asap

      Padam
  41. Cikgu hailmi . aliran dan bidang apakah yang sesuai untuk menjadi seorang guru ?

    BalasPadam
  42. Cikgu hailmi . aliran dan bidang apakah yang sesuai untuk menjadi seorang guru ?

    BalasPadam