.

.

KARTiKEL

Selasa, 13 Januari 2015

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.



10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Ciri pembelajaran abad ke 21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran



Boleh rujuk Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21 bagi maklumat lanjut


30 ulasan:

  1. Mastery Learning

    BalasPadam
  2. Salam. Cikgu Hailmi, saya mohon untuk linkkan entri ini di blog. Terima kasih di atas perkongsian.

    BalasPadam
  3. Assalam..Cikgu minta share untuk page prasekolah saya

    BalasPadam
  4. boleh sy dptkan dumber rujukan bag I entry ni x?

    BalasPadam
  5. Yup Cikgu, saya sudah menggunakan konsep begini dalam kelas saya...cuma tak tahu pula ada nama khas utk pembelajaran begini. Yup, ianya sangat berkesan dan memudahkan untuk handle pelajar.....Saya selalu ckp kat pelajar "saya suka cara sekolah rendah, dan maaf lah ya, korang terpaksa ikut".....sbb dulu zaman saya, mmg belajar cam gini kat sekolah rendah....hehehe....

    BalasPadam
  6. Mgkn sesuai bg subjek lain..tp klau p.islm brpstkn pljr mmg x sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam..utk peng Islam.pun blh ..kami di sekolah amanah kohort 1 telah melaksanakan dan sgt berjaya

      Padam
  7. Info yang terbaik dari saudara Hailmi... teruskan usaha anda, semoga mendapat kerahmatan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih saudara. semoga sama2 mendapat rahmat Allah

      Padam
  8. Tahniah n terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  9. Pendek kata guru tu perlu kreatif utk lahirkan pembelajaran murid aktif

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... part tu saya setuju!

      Padam
    2. Boleh saya share cikgu.terima kasih atas maklumat

      Padam
  10. Terima kasih atas info yang sangat berguna ini. Saya mohon share semoga ramai yang akan mendapat manfaat terutamanya anak bangsa kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga atas pembacaan.. Semoga lebih ramai dapat manfaat daripada perkongsian ini.

      Padam
  11. Terima kasih atas perkongsian in I.

    BalasPadam
  12. Zaman telah berubah. kita perlu kreatif supaya murid minat belajar. Tidak timbul isu guru masih guna idea lapuk. Janji budak minat x ponteng srk..

    BalasPadam
  13. Zaman telah berubah. kita perlu kreatif supaya murid minat belajar. Tidak timbul isu guru masih guna idea lapuk. Janji budak minat x ponteng srk..

    BalasPadam
  14. Kelas kurang sesak tu tdk dapat diimplemen. Kbykan sekolah kerajaan memang sesak. 1 kelas purata antara 35-45 org. 50 pun ada. Kelas terlalu 'berpusatkn' pelajar. Patutnya 25-35 org shj pelajar 1 kelas

    BalasPadam
  15. Semua bagus. Tapi hakikatnya sekolah saya ada banyak kekurangan. Kpm nak sek dan guru aplikasi alas 21 tetapi kemudahan di sekolah luar bandar menyedihkan. Bila guru x dapat ajar cara alaf 21 prestasi guru dapat rendah. Kesian guru. Teknik ini untuk kels depan bolehlah tapi kelas hujung tidak berkesan.

    BalasPadam
  16. Kelas alaf 21 sklh sya sesak sgt smpai nak ajar pun susah.nak ikut style alaf 21 hanya pd cara tertentu spt susunan meja,kad traffic light dan yg mudah mudah untuk dilakukan shj

    BalasPadam
  17. Murid yang berjaya berada dalam dunia geniusnya yang mampu memaksimumkan potensi diri dan potansi persekitaran..bagsimana dgn murid yang kurang berpotensi akan lambat mencapai kecemerlangan..

    BalasPadam
  18. salam cikgu, saya nak minta izin untuk share kan dalam page fb.:D

    BalasPadam
  19. assalamualaikum...mohon share ye cikgu Hailmi..

    BalasPadam
  20. Tkasih di atas perkongsian..

    BalasPadam