.

.

KARTiKEL

Isnin, 3 November 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2014

Hari ini bermula lah secara rasmi perjuangan para pelajar yang menjadi calon SPM untuk tahun 2014. Peperiksaan yang juga bakal jadi penentu kepada hala tuju mereka selepas ini. Kena hadap betul-betul, dah tak boleh main-main lagi. Sebab bukan ada banyak kali peluang nak ulang ambik SPM.

Saya tahun nih pulak dilantik menjadi Pengawas di sebuah sekolah di Sibu. Intan terpilih sungguh. Dalam ramai-ramai cikgu, saya juga yang kena. Takpe, kutip pengalaman. Setiap yang berlaku inshaAllah ada hikmahnya. 


Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2014


Sayang juga tahun nih saya tak dapat nak berkongsi banyak bahan dengan calon SPM tahun nih seperti tahun lepas. Keadaan yang agak sibuk menjelang nak tutup sekolah nih, lepas satu, satu. Tapi sempat juga lah saya kongsikan beberapa koleksi soalan percubaan daripada negeri-negeri lain. Tak banyak, tapi ada la..

InshaAllah saya doakan semua adik-adik calon SPM mendapat keputusan yang cemerlang! Kalau ada usaha, inshaAllah hasil kita juga setimpal dengan apa yang kita dah buat. Usaha, doa dan tawakal..


Kesempatan ini juga saya nak buat ucapan Selamat Maju Jaya khas buat anak-anak murid saya yang juga calon SPM 2014, pelajar-pelajar kelas 5B. Saya ajar diorang subjek Kimia. Walaupun keputusan  nya tak ler berapa bagus sangat (banyak faktor yang mempengaruhi), tapi saya gembira atas perubahan sikap dan juga kenaikan markah mereka menjelang peperiksaan. 


Selamat Maju Jaya khas buat anak-anak murid saya yang juga calon SPM 2014, pelajar-pelajar kelas 5B


Jika mereka terus fokus berusaha, inshaAllah boleh dapat keputusan yang jauh lebih baik. Rentak dah ada. Cuma nak teruskan dengan yakin dan bersemangat saja lagi. Tapi saya yakin, mereka boleh lakukannya!


Dan tak lupa juga pelajar mentee saya dalam Program Bintang Mencari Bintang, Reemy dan Jasmine. Saya doakan mereka berdua mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM ini. Kedua-dua mereka adalah harapan tinggi saya bagi mengharumkan nama sekolah. Namun, yang paling penting adalah keputusan cemerlang itu adalah untuk masa depan mereka sendiri.


pelajar mentee saya dalam Program Bintang Mencari Bintang, Reemy dan Jasmine


Saya cuma berharap, dengan segala persediaan yang mereka telah lakukan, maka mereka akan lebih fokus dan bersungguh-sungguh semasa menjawab dalam peperiksaan nanti. Doa cikgu bersama kalian yer! All da best!! ;)



2 ulasan:

  1. sama la kita kena mengawas spm gak thn ni, siap kena mengawas di hospital lagi, first time tu, its ok, kutip pngalaman ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... saya belum pernah kena lagi yang kes khas camtu.. ok ler.. budak tak ramai .. senang nak jaga

      Padam